Kata Ku


Ahad, 29 April 2012

Body Slimming (part 3 & 4)

Sesi ke 3 berat aku naik berapa ratus gram ntah la..naik la setelah seminggu lebih aku tk dtg..apa tidaknya aku belasa macam-macam, time tu aku period lagi ler selera macam hantu..hihihi..so semalam aku buat seperti biasa dan tambahan G5 maka turun semula berat aku dan pagi tadi berat aku turun lagi 200 gram. Nak kata aku tidak b/fast aku amik..kopi ganu ngan sedikit mee goreng then terus aku ke Spa. Lagi satu aku tak membuang pun pagi tadi..aku dah risau..adakah berat aku nak semula..dengan memakan macam2..lepas tu tidak membuang..haaa..bila timbang..berat aku tak naik tapi turun lagi ada..hihihi..geram aku tidak mecapai tahap yang aku nak huhuhu..sabar aje la..insyallah kalau aku tak mengikut nafsu makan aku yang macam apa ntah..munking akan ada penurunan. Aminnnn...harap-harap ler. Pagi tadi aku buat sesi yang ke 4..maka aku ada lagi 3 sesi sambung sabtu minggu depan. Sementara nak tunggu minggu depan tu maka aku kena ler jaga pemakanan aku. Bukan nak berdiet, nasi dibenarkankan waktu lunch pagi aku kene amik kopi ganu ngan oat ker..apa2 la kecuali apa-apa roti dan biskut. Bihun goreng boleh makan..sib baik. Hari ini aku tambah 1 eksesori iaitu Pre-Shapping. Perghhhhhhhhh..yang ini lagi sakit dari G5. T perut tu aku tak tahan.. sakit giler.rasa macam nak mati dah jer..siap aku mengucap ngan baca ayat kursi..manalah tau ada masalah dalaman ke tak sempat lak aku kan..hihihi.mula-mula aku tahan je tak bersuara. apa tidaknya 2 orang sekali kerjakan badan aku..sorang buat shapping..sorang lagi buat Pre-Shapping. Memang sakit, so agaknya budak-budak ni tengok muka aku menahan sakit..baru dia nak tanya sakit ke kak..ha..time tu baru le aku leh bersuara cakap sakit..tolong slow sikit bahagian perut tu..bahagian lain tak apa..terutama peha aku ni..memang dia lenyek habis la badan aku ni..berkesan badan aku dah ni..bertanda sedikit lebam2 kt badan..hihihi..tak apa kejap je tu kan...menyeksakan badan je aku ni..tapi memang betul la..aku tidak perlu berjongging..treatment ni dia punya penat sama je aku berjongging..balik aku dah terbaring penat. So..keputusannya..berat aku turun lagi 4oo gram..tapi tidak mencapai tahan keinginan aku..maka mulai esok aku kenalah berjaga-jaga dari segi pemakanan..ermmm..nak kurus punya pasalkan...hadap je lah..kembalikan la berat aku yang dulu..huaaaaaaaaaaa....dapat turun 6 kilo lagi pun dah cukup bagus...kira dah ok la tuh..tak mo ikut berat ideal aku..nanti nampak cengkung..tak lawooo...hahahaha..biar berisi sikit..aku suka...nampak muda remaja je nanti...kalau cengkung nanti kau nampak tua seusia aku..atau lebih lagi tua..hahahaha..apa pun tak bleh..hihihi..

Insyallah esok mau puasa...kuatkan semangat..tinggikan keyakinan tabahkan hati..perjuangkan hak diri..insyallah..hihihi..:)

Rabu, 25 April 2012

Bila jauh dari kediamannya..aku rasa lain macam...jauh sgt dari aku ..rasa rindu..lawak la pulak bila fikirkan...padahal memang jauh pun dari hidup aku. Entah la...hahahahahahaq
Sebenarnya hari ini aku malas tul nak wat keje..tak ada semangat langsung..lemah je...hihihii///tu je pun aku nk tulis..huhuhuhu


Untuk hilang stresss...kemalasan akuuuu...aku belasah magga dak etonnn.ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Kusyukkk sambil lelap mata..bukan tidor yer..

lelehhhh..

Isnin, 23 April 2012

Tiket...

Pening kepala aku malam ni..mungkin sebab aku tengah period kot. Aku kalau time bendera merah ni..memang macam ni la, pening.Sakit perutnya tak ada la sangat..sikit je..Dalam pada pening-pening pun otak aku ni asyik nak fikir benda yang bukan-bukan..Maksud aku fikir hal kehidupan la ye..Huhh..mengeluh aku di buatnya. Aku takut kalau perkara yang aku tak nak berlaku..akan berlaku sekali lagi dalam hidup aku ni. Payah nak handle emosi macam tu. Setiap kali bila berkata-kata unsur yang buat aku jadi mengharap tu, aku rasa cuak sama ada nak percayakan atau abaikan. Mungkin hanya gurauan sahaja atau memang berkata benar tetapi tiada daya kekuatan untuk mengotakan apa yang di katakan. Keberanian tak ada dalam diri, hanya pandai berkata-kata sahaja.
Arghhh..Bosan..kalau aku asyik nak fikirkan benda yang sama. Asyik fikirkan betulke ni jalan yang aku pilih sekarang ni, betul ke ni apa yang aku dah buat ni, betul ke ini pilihan aku. Aduhhh.. nak percayakan 100% tetapi tidak boleh, memandangkan pengalaman tu buat aku rasa cuak nak lebih-lebih. Tetapi kadang-kadang aku terlebih-lebih juga..melebihi apa yang aku takutkan..Ermmm...kenapa perlu dua insan yang masih hendak duduk di takuk yang lama menanti perkara ajaib berlaku dalam diri sedangkan..tiada usaha. Sabar tu ada hadnya..tahap kesabaran aku masih lagi boleh terkawal walaupun pemikiran itu datang berkali-kali buat aku sesak nafas sahaja bila dilayankan. Nak kata sedih..ada juga bila rasa macam tak di endahkan kehidupan ini, tetapi difikirkan balik ini yang aku pilih, yang aku mahu aku teruskan selagi terdaya. Dah banyak usaha aku, aku rasa aku yang terlebih untuk kearah itu, tetapi kehidupan itu seolah-olah lemah, malas, tak ada daya usaha..masih duduk macam tu sahaja, mencari untuk meningkatkan taraf hidup agaknya baru nak teruskan. Mungkin masa itu aku dah tak berdaya lagi untuk memikirkan, untuk hidup berdikari, untuk teruskan kearah kehidupan itu. Tiket dah ada tetapi berbolakbalik sama ada mau terbang bersama atau tidak..bukan aku. Bagi aku kalau dah ada tiket tu..teruskanlah penerbangan itu. Apa nak susah-susah, kapal terbang dah ada menunggu. Masa kita pilih mau terbang bila. jangan sampai terlepas kapal terbang sudah lah...kalau delay ok lagi..masih boleh lagi menunggu..ruang menunggu pun masih luas...maka terbanglah kearah destinasi yang dituju.....April hampir berlalu untuk meninggalkan kata-kata itu.walaupun itu bukan satu perjanjian tetapi ia tetap sesuatu pengharapan yang di harap..tetapiiiii............apakah itu...??? kehidupan kah itu..senak....yang penting..bulan 5  aku nk terbang dahhhh...moga selamat...Amin..

Aku dah mula merepek>

Isnin, 16 April 2012

Body Slimming (Part 2)

Sambungan citer kelmarin yer..rawatan aku kali kedua..
Macam rawatan pertama, aku datang kul 8.30 sepatutnya itu masa untuk aku buat treatment. Tetapi kul 9 baru mula.
- Treatment pertama bersauna la pulak, tak macam semalam toning dulu baru sauna. So..sebelum aku masuk sauna aku kene sapu minyak satu badan. Maka..aku mulai dengan bersauna la..kali ni aku tak rasa pening, ok steady jer. Sebab aku dah minum secawan kopi gano bersama roti.
- Selepas bersauna, toning pulang..iaitu urutan badan menggunakan mesin pengurut. Kira satu badang la kan.
- Treatment ke3 lak 3G..haaa..ini mesin pecah lemak punya. Perrghhh.badan aku dah macam kene lenyek apa ntah..hahaha..diurut-urut mana tempat yang berlemak tu lebih-lebih..Pada awal urutan tu...memang gelila aku menahan..tang pinggang tu..hahahaha...dari awal sampai ke sudah bila urutan tang pinggan aku mengeraskan badan menahan geli.
- Selepas 3G..Aku buat body shapping lak..ha yang ni..mcm aku cakap tu..dh macam robotkan..tp kali ni..badan aku di wrap tidak berapa ketat..kira adalah laluan untuk aku bernafas...hihihi..sempat lagi aku tidur berangan...
- Last treatment ialah angin..haaa..yang ni..tak panas..tetapi pembalut di bahagian peha dan pinggang..bila time dia..dia akan mencengkap kasi ketat gila..hahahaha..tapi bahagian peha aku suka sangat..bila tang pinggang memang ler..mengeraskan je badan aku...hahahahaha
- So..keputusan aku hari ini..berat aku turun 400 gram..sukanya...hahahahaha
- nak di campur dan talak naik 100 g tadi sebelum buat treatment..turun 1 kg. dalam masa 6 jam.untuk 2 hari..kesan dari treatment aku tadi...apa yang aku rasa tadi..ialah petang tadi aku pergi mydin dengan mak. makan kat food court..pertama kali makanan aku tk habis..aku rasa cepat kenyang ko...hahahaha
ermm..harap-harap maintain penurunan berat aku ni..makan pun kalau boleh aku kena jaga jugalah..walaupun Nani kata tak perlu berdiet dan berlapar...aku kene juga berhati-hati pasal pengambilan makanan..so...treatment seterusnya aku tak pasti bila nak buat..sebab esok dah kerja..nak datang petang kompom balik malam...takut lak aku jalan otw dr MT..ke lendu..sunyi sikit...harapkan weekend jer la...
hihihihi...

> Harap-harap..penurunan berat aku mencecah yang aku target..target aku tak tinggi..cuma beberapa kilo mungkin dalam 5 kilo...hihihi..cukup la kan..:)

Ahad, 15 April 2012

Body Slimming...(Part 1)

Anda gemuk!!!..dengan riak muka yang macam tak peracaya sambil kedua-dua tapak tangan melekap kat pipi dengan mata terbeliak, mulut ternganga.. Astagfirullah....makin lama makin naik berat aku. Apa kes niii..nak kata tak makan malam dah berhari-hari aku tak makan malam. kalau ikutkan jadual diet memang ler kene makan waktu siang. Terutama sekali waktu pagi sebelum kita memulakan kerja. Menu selalu yang aku order tak adanyer nasi. Semuanya Bihun sup atau bihun goreng, kadang-kadang tekak nak rasa mee goreng mamak aku order la. lunch pulak memang la tak makan cuma after 2 aku makan ler apa-apa yang patut. Cuma kalau ada meeting kat bilik mesyuarat utama sebelah je opis aku ni, ada lebih-lebihan makanan tu pantang kalau di offer kat kitaorg ni, confirm belasah jer..kalau seminggu tu ada meeting seminggu tu aku belasah. Tidak kira ler menu apa..kalau nasi goreng aku belasah jer..sedap la kan lagi pun free sapa nak tolak..hahahahaha. Sebelum ni aku cuba elakkan cheese tetapi berat aku macam tu juga. So..Rabiah you must do something for body slimming. Makanya...
Semalam aku dah pergi ke pusat body slimming, tetapi!!! bukan london weight tu yer. Aku tak mampu nak bayar mahal-mahal kat chino. Aku cuba mengkayakan orang-orang melayu kita. Kebetulan pengurus body slimming ni adalah ex-student UiTM Lendu ni. Maka eden torai la kat diaorg ni. Lagipun aku amik pakej yang paling murah jer huhuhu..aku boleh kalau nak amik pakej yang rege LIMA RATUS lebih tu, masalah eak eden nak poe Bandung awal bulan 5 ni, nak ler menyimpan duit kan..nak berjoli apa-apa ke nak gak pakai duit takkan air liuk kan. So bermulalah sesi pertama aku. aku ada 7 sesi untuk pakej ni. setiap sesi ada 3 program rawatan.
Hari Pertama:-
- Aku masuk pusat Body Slimming tu terlihat ada beberapa customer dengan selamba  je bercoli ngan spender jer. Ermmm..aku camner lak karang..hahaha..memang aku kena buat macam tu. Mula-mula tu segan gak la kan. Tetapi lama-lama dah tak segan.
- Pertama aku kena berkemban sementara menunggu Nani (Pengurus)datang untuk timbang berat badan aku sebelum melakukan treatment ni.
- Apabila dah timbang aku tengok berat aku..macam riak wajah yang aku cakap kat atas tadi la kan. Macam tak percaya. Aku rasa penimbang tu macam tipu aku jer. ker timbang kat umah aku tu dah longgar sekeru dia hahahaha..nak tau berat aku???..jeng jeng jeng..Biarlah rahsia yer..memang berat.
- Rawatan pertama yang aku kene buat ialah urutan badan menggunakan mesin apa ntah..ada nama rawatan ni body toning kot..entah la. Urutan di bahagian belakang dahulu yer. haa masa ni kene londeh kan towel aku dia selitkan towel kang bontot aku tutup bontot je walaupun aku bersepender. So badan aku di sapu ngan minya baby johnson. Ok..mula mengurut..bunyi mesin eak dah mcm bunyi mesin rumput hahahaha..apa-apa hal memang syiokkkk kene urut. Tetapi dia punya merenyam nyer..memang ler sesangat. Katanya lemak mula nak pecah.
- Rawatan ke dua pula aku bersauna. Suhu yang dia set ialah 65 darjah.. selama 30 minit. haaa..nak tau lagi 5 minit nak tamat aku dah suruh mak aku panggil consultant yang urut aku tadi suh bukak bekas sauna. Nak tau kenapa!!! aku rasa nak pengsan..sesak nafas..aduyaii..aku bab sauna memang rasa suka nak buat. tetapi dia punya panas dengan peluh mencurah-curah macam air hujan melimpah perghhhh..memang banyak kuar dan keadaan aku rasa macam tak selesa serta tidak bersarapan yang berat-berat, aku cuma minum air sahaja..memang patut aku rasa nak pengsang dan pening. lepas keluar dari sauna aku di suruh duduk kejap. lepas tu sambung mengurut di bahagian depan pula.
- Rawatan ke 3 body shapping. Aku kene bungkus dengan plastic wrap dan macam mumia pun ada..bila dah kene balut nak gerak dah macam robottt..koreh je.hahahaha..tetapi masa dia wrap badan aku perghhh..bila lah nak nak dapat badan kurus macam ni. Ada seorang customer tu..nengok badan aku kena wrap. Aku rasa dalam hati dia mesti cakap" ermm kalaulah aku dapat badan macam ni kan best..mesti ramai yang nak ngorat aku"..hahaha..budak tu memang gemuk, tetapi muka cantik. Apa-apa je lah dik..ko kena la usaha lebih yer..akak usaha kurang sikit jer dari adik..sebab badan akak tak lah gemuk mana..tang punggung ngan peha ni jer..hihihihi..lepas kena wrap aku kena baring..masa nak baring aku ni kena lah didukung sedikit nak naik atas katil..selepas baring aku di bungkus ngant selimut yang mempunyai haba berapa suhu kepanasan aku tak pasti. Tetapi yang pasti tekanan kat bahagian dada aku terlalu ketat sampai nak bernafas pun susah. pendek je nafas aku. Dalam hati aku, bila ler nak tamat masa niiiiii..aku cuba tidur...tak boleh juga..aduh...harung ajer laa..nak kurus punya pasal.
Kata pengurus- Pn. Nani..bila kita dah buat body slimming ni..bentuk kita dah kecik..pengambilan makanan pun dah kurang dah..dah boleh maintain berat atau bentuk badan kita. Aku nak kecik kan peha ngan punggung aku serta lenggan aku niiii..payah bebenauuu..nak kocik. Penat aku berjongging, sapu krim panas..tak juga kecik-keciknya. Rupa-rupanya aku tidak perlu berjongging sangat bagi orang macam aku yang berpeha lebau ni..makan pun aku tidak boleh ambik lauk yang berkuah...aduh..tom yam..sup-sup..buat masa ni aku kena tahan selelra aku ke arah lauk-lauk macam tu.
>> Nak tau apa keputusan aku selepas buat treatment tadi...hahaha..aku berjaya menurun berat badan aku 700 g dalam masa 2 jam...ermmm..kira oklah kan..dari berhari-hari aku torai nak kurangkan berat badan aku..tak juga turun-turun.
>> Esok aku akan buat sesi kedua pula yer..aku dah booking 8.30 pagi. sesi esok ada tambahan treatment. haa..ni tak termasuk dalam pakej. ni di panggil aksesori tau. aku buat buang angin ngan 3G..apa ntah..buat je la.
Yang aku risaukan..esok nak timbang..kompom berat aku naik balik..sbb tadi ada kenduri umah abg aku..maka aku dah belasah lah..tghari tadi..balik dari mantin belasah lauk2 dia..hihihi..harap2 naik sikit...atau adalah berkurangan..hahaha..tungguuuuuuuuuu...sambungan Episod Body Slimming aku ni yer..berjaya atau tidak...

>>aku kalau boleh setiap kali sesi nak ler turun 2 kilo ker..kan best..tetapi nani kata..ada setengah orang badan dia dah jadi kecik..tetapi berat tidak turun sangat...ada yang turun banyak..bergantung pada body kita la kan,..

Semoga berjaya Rabiah...Chaiyookkkkk...
 to be continued next episod..