Kata Ku


Jumaat, 20 Mac 2009

Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah

Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah (Rasullullah Penyatu Ummat Manusia)
Sambutan Maulidur Rasul di UiTM Kampus Melaka di sambut dengan meriah sekali, dengan pelbagai warna warni dari pakaian hingga la ke bungga mangar...Selepas perarakan kami semua masuk ke dewan Bendahara untuk acara seterusnya. Acara di mulai dengan persembahan Nasyid kemudian deklamasi sajak dan seterusnya ucapan dan perasmian dari Pengarah Kampus sera persembahan Montaj Pelancaran Kelab Seni Islam(Inspirasi) UiTM Melaka. Selepas Persembahan Montaj di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Sepanduk dan Perbarisan antara bahagian dan Kolej. Pejabat aku memenangi tempat kedua bagi Sepanduk..jadi la ..huhuhuh....


Perarakan





cuba cari saya kt mana?..ehehehh

Selasa, 10 Mac 2009

Cerita Kerbau yang berakal..ehehehe


Gambar hiasan
Sebab apa aku letak tajuk Kerbau...ini ada cerita aku sewaktu dalam perjalan aku menuju ke Alor Gajah untuk sarapan pagi di sana. Sewaktu sahabat aku tengah drive tiba-tiba sekumpulan kerbau sedang teragak-agak untuk melintas. Sahabat aku pun berhenti untuk memberi laluan pada sekumpulan kerbau ni. Yang aku jadi terpegun dan aku pun tak tau nk cakap apa...seekor kerbau yang pada fikiran aku adalah ketua kumpulan kerbau itu ianya juga merupakan kerbau jantan, berpatah semula kebelakang untuk memastikan anak-anak kerbau kesemuanya selamat melintas. Yang berada di belakang kumpulan kerbau ni pula ada di lindungi oleh kerbau betina, pada pengamatan aku itu mungkin ibu kepada anak-anak kerbau tersebut. Kerbau jantan ni tadi..memastikan kesemua kerbau selamat melintas baru la dia beredar dari kawasan jalan. Kami pun terus kan perjalan dan rasa teruja melihat adengan kerbau tadi. Aku rasa ralat la pulak sebab tak sempat nak ambil gambar kerbau-kerbau tadi.
Tapi tu la kan pelik aku..orang kata "binatang ni tak berakal"..tapi apa yang aku lihat tadi..ermm....macam apa yang kawan aku seloroh kan tadi..kerbau sekarang pegi sekolah..ehehehe...tergelak besar kami dalam kereta. Sahabat aku yang sorang ni pulak kata kerbau sekarang makan dedak tak macam kerbau dulu-dulu makan rumput jer..entah la betul ke tidak pendapat dia...mungkin yer juga kan. Sebelum ni pun..sewaktu aku hendak ke Alor Gajah juga...aku perhatikan sekumpulan Lembu pun berakal..sebelum lembu itu hendak melintas lembu-lembu ini pandang kiri kanan sebelum melintas..dalam hati aku berkata..pandai lembu ni..eheheh, itu la serba sedikit cerita aku hari ini..sekarang ni kita tak boleh nak kata binatang ni tak berakal,tak semua camtu kan...