Kata Ku


Isnin, 20 Oktober 2008

Jamuan Raya

Banyaknya pilihan tak tau mana satu nk pilih...


Kusyuk menjamu selera




Ermm...sedapnya...pembuka selera


Jamuan Raya telah di adakan di tempat aku bekerja. Telah di anjurkan oleh sebuah kelab yang aku sertai. Memang setiap tahun kelab ini menganjurkan jamuan Raya. Makanannya boleh tahan lah sedapnya...yang tak boleh tahan dan terliur ialah kek ermmm...sedapnya.....ehehehe

Sabtu, 18 Oktober 2008

Stress dan Dengki

Hari ini dalam sejarah..sedang aku membuat kek carrot tiba-tiba Pak uda aku datang sekeluarga ke rumah dalam pukul 10.00 am. Mak uda aku bersalam dengan mak, aku, abang dan adik dalam keadaan yang sedih memohon maaf, mak terkejut dan hairan sedangkan pada raya pertama masing-masing telah memohon maaf di pagi raya. Kami sekeluarga menjadi panik melihat keadaannya. Kemudian Mak Uda aku ke rumah nenek katanya ingin memohon maaf pada Nenek dan Makcik aku sekeluarga. Aku, mak dan adik turut kerumah Nenek ingin mengetahui perkara sebenar. Disana Mak Uda aku asying menangis memohon maaf dan dia rasa bersalah kepada semua orang. Asyik-asyik ulang kita akhirnya akan bertemu di Melaka Pindah(rumah Mak Uda aku). Aku dah jadi seram dalam keadaan begitu betul ke Mak Uda aku akan pergi meniggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Aku rasa hampir 2 jam lebih berada di rumah Nenek. Kami menelefon semua adik beradik terdekat kerana ini adalah permintaan dia yang terakhir untuk memohon maaf. Dalam cerita ni aku pun tak tau nak cakap camne Mak Uda aku ni stress pun ada dan gangguan yang kita tidak nampak telah bersatu menjadikan dia tertekan sehinggakan dia rasa nyawa dia akan berkahir hari ini juga. Dalam keadaan dia macam tu dia ingin suami dan anak-anaknya berada disampingnya. Pak Uda aku call Mak Mertua dia di Seremban dan dia akan datang dengan segera. Mak Uda aku bercakap perkara-perkara yang pelik yang menakutkan aku sehingga meremang bulu roma aku dan semua yang berada di sana. AKu yang nak pergi beraya hari ini pun terpaksa batalkan. Kami turut memanggil guru kauseling yang sama tempat kerjanya untuk memberi nasihat dan kata-kata perangsang, lama-lama dia tenang sedikit. Sebelum tu Hujan turun dengan lebatnya, Pak Uda aku azankan di telinganya banyak kali baru dia senyap dan tenang. Tapi bila guru kaunseling tiba dia mula berang sedikit. Tapi lama-lama dia sudah boleh tersenyum tapi masih ada lagi yang menggangu hidupnya. Aku rasa macam bukan Mak Uda aku sahaja lain benar perangai dia, cara dia bercakap tidak senyum langsung. Setelah guru kaunseling pulang Pak Uda aku sekeluarga ke rumah aku. Disana Mak Uda aku menangis semula memohon maaf pada suaminya. Pak Uda aku turutkan aje la orang sakitkan dia terpakasa duduk di sebelahnya tak boleh kemana. Sementara aku mak dan adik menyediakan makanan tengah hari kerana masa tu sudah pukul 1.30 pm. Sedang kami semua makan, Mak kepada Mak Uda aku tiba. Mereka tidak lama singgah di rumah aku kerana dia ingin membawa Mak Uda aku berubat di Kelemak. Mak aku turut mengikut untuk mengetahui perkara sebenar. Menurut mak aku, Mak Uda aku ni terkena buatan orang dan juga stress, seperti yang aku cakap tadilah perkara tu dah bersatu. Sekiranya lambat berubat kemungkinan akan membawa maut. Selepas berubat dia dah berasa sihat dan tidak lagi menangis seperti sebelumnya. Siapa yang membuat Mak Uda aku jadi macam tu mak aku tak nak cerita, tak pe la yang penting dia selamat. Dalam cerita ni ada perkara-perkara yang dia cerita, katanya sebelum dia sakit dia pergi ke supermaket dia terjumpa dengan seorang lelaki bermata merah menyuruh dia mengambil air 100 plus tapi Mak Uda aku tidak ambil. Banyak kali la dia sebut perkara tu. Dia kata orang yang berada si sekelilingya pun bukan orang, kalu bukan orang sapa eak?..ermmm..entah la. Dia asyik-asyik menyebut nama seseorang iaitu guru di tempat dia bekerja dia ingin mohon maaf untuk apa aku tak tau bila di tanya dia tak buat salah dan guru tu pun tak buat salah. Dalam kejadian ni apa yang terpendam selama ini tidak di ketahui oleh suaminya semua terluah terutama sekali berkenaan hutang. Baru suami dia tahu yang isteri dia ada berhutang dengan guru di tempat kerjanya. Bukan perkara itu je, iannya melibatkan tanah pun ada juga. Baru-baru ni Mak Uda aku dan keluarganya pergi ke pejabat tanah berkenaan pembahagia tanah, mungkin ada yang tak puas hati ke aku pun tak tau. Banyak perkara yang boleh di kaitkan, berkenaan stress ni aku rasa dia banyak berfikir dia rasa guru-guru di sekolah tidak suka dia dan stress kerana Pak Udak aku sakit dia sering berulang alik ke Hospital, menjaga anaknya seramai 4 orang, dah lah tak reti bawa kereta terpaksa naik bas, tapi yang mana satu aku pun tak tau nak di kaitkan. Yang penting Mak Uda aku sihat. Itu la kisahnya hari ini dalam sejarah pertama kali aku mengalami perkara macam tu. Seram sejuk aku di buatnya, masa tu aku terfikir gak Dosa-dosa aku selama ni, ada menyakitkan hati orang ke, hutang yang tak aku perasan sempat ke aku nak minta maaf kat semua orang, menginsafkan aku gak ni..huhuhu

Selasa, 14 Oktober 2008

Ngantuknya....

Hari ni dah 2 hari aku puasa sunat syawal. Orang lain dah habis aku baru nak mula eheheh..takpe la..yang penting aku nak teruskan puasa aku. Harap-harap berjaya la aku nak habiskanya dengan keadaan sekarang, jamuan raya dan keadaan sekeliling orang yang dah tak puasa ni kan..sabar jer la aku. Seumur hidup aku ni la pertama kali aku mencuba. Sebelum ni memang aku nak buat tapi nafsu makan aku ni terlalu kuat walau pun tak makan banyak sangat, tak tahan di goda ngan makanan..bila tengok orang lain makan terliur gak. tapi tahun ni aku berazam nak cuba teruskan puasa sunat syawal aku ni.. Jahilnya aku ni kan..umur dah meningkat nak ke senja..ehhhe..baru nak mencuba.

Bosan sungguh hari ni.. kerja pun kurang, baca Novel tajuk 'Cinta Tiada Akhirnya" pun aku boleh tersenguk-senguk, dah banyak kali aku menguap ngantuk ni. Malam tadi aku resah tak boleh tidur tak tau kenapa, rasa panas semacam.Kalau kat rumah ni dah lama aku terbaring atas katil bermimpi yang indah-indah....ermm tak lama lagi berposak la aku dengan kerja-kerja yang memang memerlukan kesabaran..maklumla tak lama lagi student exam mula la operasi kesibukan...tak sabar aku nak menempuh kesibukan tu, Yang paling best dapat makan free pun ada, naik la berat badan aku sehari 3 kali makan tak termasuk balik rumah, kena pantau pengambilan makanan aku ni sepanjang minggu exam nanti, jimat duit aku..hahahah. Aku suka kesibukan ni, tapi... tu la..paling tak suka kalau ada timbul masalah...sapa nak jawab... bos la jawab...ehhehe

Isnin, 13 Oktober 2008

"Ayat-ayat Cinta"


Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Ayat-ayat cinta..kalu sesapa ada tengok la cerita ni kat T.V3 pada hari Jumaat (10/10/2008)9.00 malam. Filem ni adalah filem dari Indonesia dan di lakonkan di Mesir. Jalan cerita ni memang best walau pun slow tetapi ada unsur-unsur islam,pengorbanan seorang isteri, kejujuran, keikhlasan,pengajaran pun ada ni dan ada juga unsur fitnah dalam filem ni yang menguatkan lagi jalan ceritanya. Anak buah aku yang berumur 5 tahun pun minat tengok filem ni..Cerita ni ada diselitkan dengan lagu Ayat-ayat cinta memang kena la.....cerita ni pun mengingatkan aku tentang satu perkara dan masalah dalam hidup aku sekarang ni...insyallah akan aku lakukan pengorbanan tu bila dah sampai masanya untuk diri ku dan masa depanya...."Jodoh itu adalah rahsia Allah", "aku pinjam salah satu ayat dalam cerita ni.

Sandaran Hati


Aku telah melakukan kesilapan, kerana terpadam catatan aku miggu lepas pada 6/10/2008 nasib baik aku leh copy paste semula....berikut adalah catatan aku pada minggu lepas mengenai novel yang aku baca....


Hari ni aku berjaya menamatkan pembacaan novel aku yang bertajuk "Sandaran Hati" from Aini Marisha keluaran Alaf21. Lama juga la aku nak habiskan membaca buku ni. Maklumla aku mula baca buku ni sehari sebelum raya. Bila dah sibuk menyiapkan persiapan untuk raya esok, terpaksa aku tinggalkan sekejap buku ni. Nak lagi bila berhari raya..terlalu sibuk nak mengadapnya pun tak sempat. Baru hari ni aku berjaya nak habiskan. Setiap perkara yang kita lakukan dengan niat baik dan sabar bahagia la jawapannya tapi jika niat tu tak elok, tamak dalam segala hal maka buruk padah la masa depan seseorang tu. Begitulah cerita yang di garapkan dalam novel ni. Nasib baik ceritanya happy ending best sikit aku nak baca. Tapi hidup aku tak pernahnya berjaya dalam percintaan, mencintai dan di cintai semuanya terkandas... sad ending huhuhu.. Tapi aku tak salahkan sesapa yang pernah aku kenali sebelum ni. Aku selalu fikir belum tiba masanya untuk aku merasai semua ni..ada hikmah disebaliknya. Allah sayangkan aku sebab tu dia selalu beri aku ujian. Aku kena tabah dan kuatkan iman untuk menghadapi semuanya, tu yang selalu aku pegang. "Tanyalah hati ini dan ketahuilah..penantian mu ada penghujungnya"...ayat-ayat kat depan novel ni. Boleh gak aku pegang kata-kata ni. Untuk meneruskan kehidupan seharian aku ni pasti ada penghujungnya....."Oh tuhan....ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu"...ermm...cam best jer ayat ni...

Rabu, 8 Oktober 2008

Salam Perkenalan dan Selamat Hari Raya 2008


Aku Alammaya bukan nama sebenar...
Ini pertama kali aku membuat blog aku sendiri. setelah aku membaca blog seseorang yg tak aku kenali, entah macam mana aku leh bukak aku pun tak tau..masa tu aku tengah bosan so..cuba la bukak apa2 yang patut kat laman web ni.. hati aku terpaut dan terpanggil untuk mencipta blog aku sendiri. Wah..tercipta sudah (dah cam stacy lak)... blog aku Alammaya eheheh...

Dah 8 hari kita berhari raya masih sempat untuk aku mengucapkan selamat hari raya pada pembaca-pembaca kalu ada la...tahun ni aku rasa memang beraya sakan lah aku...malam-malam raya aku terima banyak msg ucapan raya dari member-member aku biasa la zaman sekarang semuanya mudah dan pagi-pagi raya aku dah terima msg n call dari seseorang yang pernah aku sayang sebelum ni dan dia dah jadi hak orang lain apa nak buat dah ditakdirkan kami tak ada jodoh aku redha dan terima hakikat ni...kami masih berkawan macam kawan-kawan aku yang lain. Kisah menyayat hati ni tak perlu aku cerita la..huhuhuu....baik aku cerita pasal raya...
Hari raya pertama aku dah berhari raya di jalan raya..hehehe..maksud aku selepas solat raya, aku, adik dan member aku wani, terus menziarahi kubur adik ipar aku di Sijangkang Selangor, Hampir setahun lebih pemergianya..kehidupan sebagai suami isteri yang di kecapi oleh adik aku bersama suami tercinta hanya bertahan selama tidak sampai setahun...dah takdir hanya setakat itu sahaja jodohnya...semoga rohnya di cucuri rahmat..amin...

Selepas aku menziarahi kubur adik ipar, aku terus kerumah mertua adik aku hanya 3 kilo meter dari kawasan kubur. Setelah menjamah makanan aku terus berangkat kerumah member office aku kak nana di Sabak Bernam sempadan Perak dan Selangor, adalah dalam 4 jam nak sampai kerumah dia. Aku tiba kat rumah kak nana dalam pukul 7.00 pm (dah nak magrib), terlajak sikit la nak kerumah dia, tapi nasib baik tak jauh. ini lah first time aku sampai kampung dia, seronok dapat ke sana. kami bertolak pulang dalam pukul 8.30 malam. family kak nana suruh tidur jer kat rumah dia, tapi kami tak mahu sebab esok banyak tempat lagi nak beraya kt kampung sendiri lak.aku tiba di rumah dalam kul 2.30 pagi, penat gila la. Sebab tu la aku kata berhari raya di jalan raya..beraya hanya 2 rumah jer tapi makan masa di jalan raya berjam-jam.. Keesokan harinya aku dan family berhari raya kerumah saudara mara sampai petang, sampai mak aku kena kencing manis la sebab tak jaga pengambilan makanan. Musim-musim raya ni kalu tak jaga pengambilan pemakanan macam-macam penyakit la yang datang. Seronok lah beraya tahun ni. Semoga kesenorokan raya tahun ni akan berkekalan setiap tahun. sebab raya sebelum ni aku hanya duduk di rumah tunggu orang datang beraya, aku sempat beraya rumah makcik aku kat depan rumah jer... huhuhuh.....setakat tu jer la yang aku dapat cerita....
Alammaya................