Kata Ku


Selasa, 9 Jun 2009

Rindunyer pada blog...


Salam...lama sunggu aku tak mencoretkan apa2 pada blog aku ni..dalam keadaan aku busy dan tidak ada apa2 cerita yg nak aku kongsikan bersama, maka menyepilah aku dari blog ni. Baru2 ini aku baru jer balik dari sukan antara Kampus di UiTM Dungun Terengganu. Berkampung aku di sana selama seminggu. Dalam masa seminggu tu la keadaan kesihatan aku terganggu, aku tidak sihat..batuk dan demam. Dalam keadaan aku yang tidak sihat terpaksa aku harungi juga turun ke padang bersama2 pasukan Bola Tampar aku. Kalau aku tak turut bersama mungkin aku akan rasa ralat dan sia2 sahaja usaha aku menjalani latihan setiap petang..sampai naik gelap la kulit aku ni. Tapi nasib baik kesihatan aku tidak teruk sangat. Selepas seminggu aku berkampung di UiTM Terengganu..aku di landa demam yang teruk, batuk dan selsema..walau apa2 pun aku tetap datang kerja..tanggungjawab yg dah aku tinggalkan pada kawan2 selama seminggu..takkan la aku nk biar mereka buatkan keje aku jer..walau pun penat dan tak sihat aku tetap datang..aku takut aku terkena H1N1 jer..tapi sebelum aku di arahkan pergi kursus Semangat Waja di Melaka ni..Demam, batuk dan selsema aku dah hilang..maka aku harungi kursus tu dengan selesa sekali. Seronok sekali menghadiri kursus tersebut, tidak terlalu stress, yang mengetuai dan fasilitatornyer adalah Pengarah Kampus aku sendiri..dia lah yang mengetuai semua aktiviti kami, baik di Hutan mau pun di Laut. Aktiviti Luar memang seronok..terutama masuk hutan pada waktu malam di Taman Boltani Ayer Keroh atau Taman Rekreasi Ayer Keroh. Memang mencabar aktiviti tu..sebelum masuk hutan sekali lagi aku di landa pening2 dan rasa mabuk..rasa tak nak ikut jer aktiviti tu..tapi dengan semangat yg ada pada diri ni aku paksa juga masuk hutan..bila jejak kaki aku dalam hutan di tengah malam ni..segala penyakit aku hilang...yang tak boleh aku lupa bila badan aku di gigit lintah mungkin aku dapat lintah ni ketika mengharungi selut dan lumpur yang bau dia aduhhh..aku tak tahan, nasib baik malam..aku tak nampak apa2....eee..geli aku..ada juga penyelamat yg berani nak menyentuh dan buang lintah tu.thanks pendekar, kami terpaksa melintasi aku tak tau ler tu sungai ker tasik..sbb malam aku tk nampak..harunginyer dalam keadaan sejuk, aku yang rendah ni airnyer parat leher aku..berpandukan tali yang telah di ikat kedua2 seberang..kami selamat..kumpulan kami menang..esoknya kami ke Pulau Besar..3 acara kami lakukan..pertama kami terpaksa tutup mata dan harungi laut semata2 untuk mendapatkan bendera kumpulan..itu secara berkumpulan..kami di lepaskan berseorang tanpa memegang kawan2 lain..sehingga kaki mencecah air baru di benarkan memaut bahu kawan2 dengan di ikuti arahan jurulatih..kumpulan kami menang acara ni. Acara kedua ketua kumpulan terpaksa mendapatkan mendera kumpulan dari laut ke darat dengan mata tertutup..yang ni kumpulan kami akhir sekali..last acara futsal campuran..aktiviti ni seronok..satu kumpulan di campurkan lelaki dan perempuan..masa tu la yang perempuan nak tunjuk terror masing2 termasuk la aku..ehehe..aku ni di panggil ganas..oleh pengarah di sebabkan satu tendangan padu aku untuk menjaringkan gol kebetulan di depan Pengarah Kampus..walaupun tak masuk..ehehehe...dalam keseluruahn aktivit dari kelas, masuk hutan dan redah laut..kumpulan Hip Hop kami menjuari keseluruhannya..futsal kami tempat kedua, redah laut untuk mendapatkan bendera secara berkumpulan kami pertama..walau apa2 pn..memang seronok..sekali lagi selepas aku balik dari sukan..aku demam panas..nasib baik cepat sembuh..aku tak tau la..kenapa la aku asyik demam jer..agaknya dah tua kan..baru sekarang terasa sakit2..dulu susah aku nk dapat demam ni..dalam setahun belum tentu aku dapat demam..sistem imunisasi dan ketahanan badan aku dah berkurangan agaknyer..alhamdulillah..sudah seminggu aku tak kene demam dan harap tak kena lagi..semoga Allah memberkati hidup aku, jauhkan aku dari segala penyakit, sihat2 selalu, panjang umur dan semoga Allah memperkenankan hajat aku yang satu itu..amin..