Masa sampai kat bilik luka aku di suruh baring sebab nak bukak jahitan kat telinga aku..masa lepas bukak tu..nurse tengok kawasan bengkak tu dah merah teruk..dengan pantasnya nurse tu cari Doktor Izzudin..tetapi dia tak ada sebab ada kes kat hospital Melaka..so dia suruh Doktor Izham tengokkan..sbb masa pembedahan hari tu dia ada..Doktor Izham pun dah risau..di picit-picit bengkak tu..perhh sakit gila..masa bukak benang tu dah sakit sangat-sangat..mengaduh kesakitan juga lah aku..Doktor Izham bagi aku MC 4 hari..huhuhu..lama gila..masa tu hari rabu..kalu kira sehingga isnin..lamanyer aku duk umah..kira ngan sabtu ahad lagi..apa taknya 6 hari..lamakan..hihihi..mengembangkan badan jer..
lepas dapat MC..then ambil ubat..aku terus balik..tetapi dalam kereta lagi aku dah telan ubat tahan sakit..sebab aku dah tak tahan nak menanggung kesakitan dari Infection tu..sebelum balik rumah aku singgah bank keluar duit nak bayar tambang pergi Beijing..masa aku berdiri kat kaunter, sedang menunggu kerani tu buat kerja..tetiba aku terbau sesuatu,,aku ingatkan abang sebelah aku tu berbau..siap aku pandang-pandang dia..hihihihi..lepas tu aku terasa ada semacam basah kat tudung aku..dan macam ada benda mengalir kat telinga..aku dah mula teirngat kata-kata nurse tadi..dia cakap kalau dah meletup"nada lawak"..cepat-cepat datang sini jangan tunggu tarikh appoinment yer..So aku dah mula tak selesa..lepas selesai kat kaunter aku terus masuk dalam kereta dan singkap tudung aku..memang sah..nanah bersama darah mengalir kat telinga..aku ingatkan keluar kat lubang telinga...masa kat dalam kereta aku lap-lapkan telinga aku tu..memang hanyir bau dia..hihihihi..sampai rumah aku lap-lap..lepas tu try bukak pembalut..huhuhuhu..masa tu aku dah risau dan takut..rupa-rupanya cecair tu keluar dari tempat jahitan yang dah bukak benang tadi..banyak yang keluar..aku picit bahagian bengkak keluar lagi..so sepantas kilat aku call kak Mawar..sbb anak dia pun sama kes macam aku ni..tetapi tak adalah sampai anak dia..terkena jangkitan kuman tu...dia suruh aku pergi sekarang juga ke hospital semula..maka aku salin pakaian ngan tudung yang dah terkena darah ngan nanah tu...terus aku pergi hospital Terendak Kem..jumpa nurse tadi..haaaa..masa tu la..kene picit bagai..saki..sakit..huhuhuhu..masa tu la jahitan aku terbukak..huawaaaaaaaaaaaaa....aku dah terfikir adakah aku kena jahit semula..tak mau aku..tetapi nurse tu letak ubat lepas tu balut jer..perghhhh lega aku. Tadi bila aku suruh mak cucikan luka aku ni..sebab balutan semalam dah berdarah...bila bukak lepas mak aku cuci aku tengok kat cermin..memang terbukak jahitan aku tu..risau lak aku ni..harap-harap cepat lah sembuh luka aku ni dan cepat bercantum daging...ngeri tengok eak..tetapi kesakitan teramat pada bengkak aku tu dah tak rasa sangat..Alhamdulillah..harap-harap tak ada jangkitan lagi..Doktor pun dah suruh aku makan ubat antibiotik..
Nampak tak jahitan aku tu terbuka..geli lak aku tengok lubang macam tu..
Haaa..ni ler benda yang dibuang dari lubang bengkak kt telinga aku tu.nampak tak urat tu..sebenarnya warna biru tak silap aku..
>aku rasa nak tarik-tarik jer telinga si Rijal..penat aku cerita pasal telinga aku kena bedah..leh dia gelak katanya luahan telinga tobek..jahat... :(