Sudah sekian lama aku tak menulis di blog ni, tak ada cerita yang nak aku kongsikan tapi..Pada 10/4/2009 Jumaat pagi dalam pukul 5 pagi aku dan rakan-rakan HEA bertolak ke KLIA untuk lawatan ke Sabah. Sampai di Sabah dalam pukul 11.30 pagi, bas UiTM Sabah telah menunggu kami di Lapangan Terbang KK. Kami terus ke Hotel. Sampai di Hotel adalah acara bebas suka hati kami nk buat apa ehehehe. Tak sampai 5 minit aku duduk dalam hotel aku dan rakan sebilik telah keluar tak sabar nk menjamu mata di sekita KK. Di sana beberapa tempat telah kami lawati antaranya..Pasar Philipines, kedai mutiara..pasar malam..buang duit..ehehehe..lawatan sekitar di Kaki Gunung Kinabalu-Ranau, Kundasang..selain tu kami melawat 3 buah pulau tapi dh lupa apa nama pulau tu..ngeee. seharian kami di sana..sampai naik gelap la kulit aku. Walaupun aku tak menyelam, lautan yg jernih menampakkan isi di dalamnya di tepi lautan..memang cantik, pada hari isnin kami melawat di UMS..tempat mereka memang cantik, terutama Muzium/galeri mereka memang menarik pada pandangan aku. kami bertolak pulang pada 13/4/09 isnin. sepatutnya penerbangan kami pada pukul 7.30 malam, ada masalah menyebabkan penerbangan delay. Nak di jadikan cerita penerbangan yang sepatutnya kami naik dh terlepas, bukan salah kami..ini ada masalah sistem down. Terpaksa kami balik esok paginya. Nasib baik segalah penginapan, makan dan teksi di sediakan oleh pihak MAS. Merasa segala2nya free..eheheheh..tp malangnya sekejap jer dalam beberapa jam saja dapat aku merasa duk hotel yg di sediakan kerana pukul 2.30 pagi terpaksa aku bangun tuk bersiap2 ke lapangan terbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan