Kata Ku


Isnin, 13 Julai 2009

Musim Buah-buahan...Kebun ku...

Musim Buah-buahan mula la org berniaga dengan pelbagai buah-buahan yg ada di Malaysia ni terutama sekali Durian memang popular sejak dari awal musim lagi, sehingga ke hari ini dan sekarang pula buah Rambutan dan Cempedak. Sudah ramai peniaga berniaga di tepi jalan dengan hasil tanaman mereka. Negara kita ni kaya dengan buah-buahan tempatan yg memang enak di makan tapi kalu terlebih makan bagi pesakit yg mmg dh ada penyakit tu kene la berjaga2 kerana buah-buahan tempatan kita ni kebanyakannya manis2 belaka. Kat bawah ni adalah sebahagian pokok-pokok buah-buahan yg terdapat di kebun belakang rumah aku. Pokok2 ni adalah hasil tanaman Arwah Atok, katanya "Atok tanam pokok buah-buahan ni untuk cucu2 Atok, senang tak payah nk beli2" tu katanya la..dan ini la hasilnya.Tapi tahun ni pokok durian(Gambar tak ada lupa nk snap) kurang berbuah, masa mula2 berbunga memang banyak, tp bila time mula nk jadi buah tak melekat. satu lagi musuh ialah Tupai..ish2..kene upah org tembak kalu nk hasil yg banyak. Dua tahun lepas memang lumayan buahanye, ada la dalam 50 batang pokok Durian Atok aku tanam dan tak la semua yg berbuah, kira puas bila makan, memang tak perlu beli.. Cakap pasal bunga durian ni..pun boleh buat lauk. Goreng bercili pun sodap..macam tauge kerangupanya. Bawah ni sebahagian pokok yg ada kt kebun buah-buahan Atok aku.









Bawah ni lak..pengikut setia setiap kali nk p kebun..ada lagi beberapa pengikut..tak ikut kene kurung. Leceh nak bawak ramai2..kesudahn kita lak terjerit2 panggil balik..ehehe..

Bawah ni lak..Ayam Jantan kt umah aku yg hampir pupus.hahaha..kokok aku ni..jer la yg tinggal, manja lak tu..yang lain mati kene makan biawak..malas nk bela..reban ayam, kitaorg buat tempat kucing2 aku berehat waktu petang..ehehe

Tiada ulasan: