Bila hidup aku di tumbuhi tanaman-tanaman di taman..hati berbunga rasa..
Bila taman yang aku diami di sinari matahari..aku bahagia..
Bila kebahagian yang sedang aku kecapi di bajai dengan sempurna..kehidupan aku menjadi indah
Bila keindahan yang aku lalui bersama bunga-bunga segar..redup mata ku melihatnyer
Bila aku melihat perjalanan hidup aku di warnai denga warna-warna pelangi...yang pasti ada terselit kedukaan..
indahnyer hidup ini..
Bila ianya muncul dalam hidup..aku jadi resah..
Bila keresahan itu menjalar..aku mula takut..
Bila ketakutan itu menguasai diri..apa yang aku dapat??
Hidup aku akan sentiasa terlepas dari perkara-perkara yang mungkin baik bagi diri aku..tapi aku takut
untuk menerimanya..
Kali ini aku cuba untuk menjauhkan rasa takut itu daripada menguasai diri sepenuhnya..
Apa yang aku perlukan dalam hidup ini??
Kebahagian!!!
Keriangan!!!
Senyuman!!..senyum??..ehehe teringat lak kat seseorang..
apa yang pasti..aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ni..walaupun aku hidup bertemankan kebahagian orang lain..
Biarlah aku lihat mereka semua bahagia..aku suka..
Aku benci pada orang yang menipu..
Aku benci pada orang yang suka berpura-pura
Aku benci pada orang yang suka amik kesempatan
Aku benci pada orang yang anggap aku sebagai sandaran
Aku harap tiada kepura-puraan hanya kerana ingin menjaga hati..
yang penting sekarang aku bahagia bersama kriss and myvi kesayangan aku..hahaha..menggong aku!!!
Kata Ku
Khamis, 16 Disember 2010
Rabu, 15 Disember 2010
Percutian di Langkawi lagiii..dlm cuaca hujan..
Pada 10/12/2010 aku sudah berada di Langkawi - Sehingga 12/12/2010 menginap di Sinaran Motel..yang seronok bila melawat di Kilim Geoforest Park..Aktiviti yang menyeronokkan..dapat la hilang kebosanan apabila banyak tempat yang aku tak dapat pergi..
Takper..lain kali aku datang lagi ke Langkawi banyak kali pun tak apa..sampai la aku bosan..ehehe..aku akan ku pastikan aku pegi semua tempat-tempat tu..
Nak lagi kalu pergi ngan orang-orang tersayang..bila la aku dapat bawa mak,ayah!..adik??..aku dah bawa ehehe..ermm..
Me n As
Adik
Ahad, 7 November 2010
BBQ DI PENGKALAN BALAK 6/11/2010 (Sabtu 6.00 pm)
Hari ini aku, Adik, Ija, Zana & Intan...ber BBQ di tepi pantai sambil-sambil melihat matahari terbenam dan dalam keadaan ombak yg bergelora..sehingga sukar untuk kami membuat aktiviti tepi pantai..nak menyalakan api pn susah..sib baik ada family ni..dh habis bakar2..dia tinggalkan tapak yg masih berbara..serta jaring..thanks ya..kami cuma tambah lagi satu lubang untuk buat bara supaya cepat sikit masak kesemua bahan-bahan yang kami bawa..keadaan laut yg bergelora kadang-kadang percikan air menyimbahi kami..tapi kami tetap teruskan membakar..selepas siap semuanya..kami ke tapak yang lebih selamat untuk menjamu selera..keadaan cuaca yang memang cantik..memang aku suka keadaan seperti itu..bergelora seperti ku..eheheh..
Banyak kali buat BBQ kt Pengkalan balak ni..tp ni la yg mencabar..asyik kene air laut jerr..ombak kuat sangat..sampai basah la baju kitaorg ni..takut gak tgok keadaan camtu...ombak penuh gelora, hati dan perasaan kitaorg pn bergelora..huhuhu..Gelora di hati Sara vs Gelora di hati Rabiah..leh wat buku baru nih..Ombak yang menghempas pantai..bagaikan rajuk yang berpanjangan, angin bertiup kencang menyalakan api keresahan..matahari terbenam di selaputi awan mendung, berselindung kala hati rajuk..kini awan mendung mula berarak..menampakkan sinar cahaya..cahaya hati" wah..ayat aku tk menahan..ehehehe..
Selasa, 12 Oktober 2010
Hepi Besday Afiq 10.10.10 sama tarikh dengan kejadian mengerikan....
Hepi Besday Afiq..yang ke 6 thn
Riuh betul kakak2 dan makcik2 yang datang..gamat sungguh..
Kemalangan yang mengerikan 10.10.10
Pada kejadian kemalangan tersebut aku adalah salah seorang yang terkandas di kesesakan itu. AKu baru pulang dari rumah abang sulung di bangi menyambut besday anaknya. Aku bertolak dalam pukul 6.30, pada cadangan awal..kami nk balik awal dalam pukul 5 tapi abang tak benarkan kami pulang sehingga kek di potong..maka aku tidak la terlibat dengan kemalangan itu alhamdulillah..apa yang aku rancang semua tak jadi..pada rancangan awal, aku nak exit tol di rembau, tetapi mak aku tak solat magrib lagi, singga di kawasan rehat seremban terlalu ramai, kesian mak aku, kaki dah la sakit..so aku rasa sempat kalu singgah di masjid alor gajah..rupa-rupanya..lain yang jadi..magrib mak aku ntah kemana..ehehhe..aku terjebak dengan kesesakan itu bermula dari pukul 7.30 mlm hingga 11.45 mlm di pedas, perjalanan sudah mula perlahan..pada sangkaan aku ada sekatan jalan raya di hadapan..tapi bila fikir balik takkan sekatan di Highway..hati mula cuak bila terdengar siren ambulan..sah..ada kemalangan..ingatkan kemalangan kecil..sekali lagi siren ambulan dari arah belakang..dan bunyi lagi..pada sangkaan aku..ini mesti melibatkan bas atau lori..macam-macam sangkaan antara aku, adik dan mak..bila sampai di tempat kejadian..sah la..memang berlaku kemalangan besar..aku mula terkandas selepas perhentian pedas..sehingga la hampir-hampir masuk ke sempadan melaka. Pada 2 jam pertama aku tidak rasa apa-apa..masih segar bugar..tetapi selepas 2 jam..aku dan adik dah rasa tak selesa..nak terkucil, nak membuang segala bagai, belum sampai rumah aku dah amik nombor dulu untuk masuk ke toilet nak singgah kat tol..ramai org tak selesa..ehehe..aku mula rasa pening dan loya, mak dah standby kan plastik untuk aku..ikutkan hati aku nk berhenti saja tepi jalan..tapi aku gagahkan juga..perlahan-lahan kenderaan bergerak..sampai di suatu tempat..aku terpaksa matikan enjen kereta dan kepanasan mula terasa, nasib baik dalam kereta aku ada kipas tangan aku mula mengipas ada yang menegur aku..aku senyum je la..abang yang dalam ambulan pun sempat lagi menegur aku.. kerana masa tu memang kenderaan tidak boleh bergerak langsung...ada yang keluar dari kereta terus menuju ke tempat kejadian..sangkaan mereka hanya di depan sahaja kemalang berlaku tetapi jauh jangkaan mereka..memang jauh ke depan..ada yang patah balik..ehehe..gelagat manusia..ikutkan hati aku pun nk tengok..tapi di sebab kan aku yg drive..kene la duduk diam2 dalam kereta...sambil berkipas..
Ahad, 3 Oktober 2010
Sambutan Hari Raya UiTM Kampus Melaka (1/10/2010)
Gabungan antara Pejabat Pentadbiran, Unit Keselamatan & Unit Kenderaan
Tema untuk Sambutan Hari Raya untuk Gerai Kami
Ni le rupa Gerai kitaorg..Tema Trafic Light..pakaian pn nk ikut gak..baju plain lak tu..
Gerai Kambing Panggang..memang laku..cecah dia..pergh..sodap..tp aku tak berapa nk makan sangat
Char Kue tiau..ermm..memang sodap..tiap2 tahun ado..
Beratur nak dapatkan Char Kue Tiaw dari Chef Ku mie kita ni..ehehe
Bergambar di Gerai yang memenangi tempat pertama gerai tercantik..tp masa ni gerai dh nk tutup so background dah di tanggal..tk sempat nk bergambar masa dah di pasang sepenuhnya..mmg kreatif org2 Library..
Warung tercantik tempat ke 2..Warung Kopi Jando Melotup (BPF). Budak2 BPF ni pn leh tahan kreatifnyer..siap ada meriam buluh dan boleh di guna lagi..
Geng HEA...
Warung tercantik tempat ke 2..Warung Kopi Jando Melotup (BPF). Budak2 BPF ni pn leh tahan kreatifnyer..siap ada meriam buluh dan boleh di guna lagi..
Geng HEA...
Rabu, 15 September 2010
Berhari Raya di Jalan Raya..Raya 1 & 2..Melaka & Selangor 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri2010
Raya pertama selepas solat Raya, terus ke Pusara Atuk dan sedara mara, balik kejap layan sedara datang then p berhari raya di rumah saudara lak...tp 3 buah umah jer..ehehe..dh tk larat nk isi perut...
Raya ke dua..p Selangor..umah mak mertua adik dan menziara kubur Arwah suami adik..
dah kenyang makan kuih dan penat berposing amik gambar kt umah org..p terus Pantai Remis on de way nk p sana tersesat lak kt bandar klang tersilap masuk lorong terus ke shah alam..sib baik leh patah masuk tol shah alam then patah terus ke klang balik..alhamdulillah..sampai gak.. sampai sana borong kerang, remis ngan mentarang dulu takut habis sbb mmg dh tinggal sikit masa tu peh tu..snap pic dulu kt tepi pantai..posing sakan...dlm perjalanan nk balik..singgah jap kt EON klang(JJ)..lepak2 sambil makan isi perut yg kelaparan..sampai melaka 12.30 am..penat gilerr..esok nyer tk p mana2..duk umah diam2..layan org dtg lak..raya taun ni cam tk best..tp buat2 best la..taun depan raya time aku nk p holiday arr...best kot..ehehe..ermm di fikirkan.
pic kt atas banyak pic kami berempat jer..semua kaki gambar pantang..
Langgan:
Catatan (Atom)