Kata Ku


Selasa, 12 Oktober 2010

Hepi Besday Afiq 10.10.10 sama tarikh dengan kejadian mengerikan....

 Hepi Besday Afiq..yang ke 6 thn





Riuh betul kakak2 dan makcik2 yang datang..gamat sungguh..

Kemalangan yang mengerikan 10.10.10
Pada kejadian kemalangan tersebut aku adalah salah seorang yang terkandas di kesesakan itu. AKu baru pulang dari rumah abang sulung di bangi menyambut besday anaknya. Aku bertolak dalam pukul 6.30, pada cadangan awal..kami nk balik awal dalam pukul 5 tapi abang tak benarkan kami pulang sehingga kek di potong..maka aku tidak la terlibat dengan kemalangan itu alhamdulillah..apa yang aku rancang semua tak jadi..pada rancangan awal, aku nak exit tol di rembau, tetapi mak aku tak solat magrib lagi, singga di kawasan rehat seremban terlalu ramai, kesian mak aku, kaki dah la sakit..so aku rasa sempat kalu singgah di masjid alor gajah..rupa-rupanya..lain yang jadi..magrib mak aku ntah kemana..ehehhe..aku terjebak dengan kesesakan itu bermula dari pukul 7.30 mlm hingga 11.45 mlm di pedas, perjalanan sudah mula perlahan..pada sangkaan aku ada sekatan jalan raya di hadapan..tapi bila fikir balik takkan sekatan di Highway..hati mula cuak bila terdengar siren ambulan..sah..ada kemalangan..ingatkan kemalangan kecil..sekali lagi siren ambulan dari arah belakang..dan bunyi lagi..pada sangkaan aku..ini mesti melibatkan bas atau lori..macam-macam sangkaan antara aku, adik dan mak..bila sampai di tempat kejadian..sah la..memang berlaku kemalangan besar..aku mula terkandas selepas perhentian pedas..sehingga la hampir-hampir masuk ke sempadan melaka. Pada 2 jam pertama aku tidak rasa apa-apa..masih segar bugar..tetapi selepas 2 jam..aku dan adik dah rasa tak selesa..nak terkucil, nak membuang segala bagai, belum sampai rumah aku dah amik nombor dulu untuk masuk  ke toilet nak singgah kat tol..ramai org tak selesa..ehehe..aku mula rasa pening dan loya, mak dah standby kan plastik untuk aku..ikutkan hati aku nk berhenti saja tepi jalan..tapi aku gagahkan juga..perlahan-lahan kenderaan bergerak..sampai di suatu tempat..aku terpaksa matikan enjen kereta dan kepanasan mula terasa, nasib baik dalam kereta aku ada kipas tangan aku mula mengipas ada yang menegur aku..aku senyum je la..abang yang dalam ambulan pun sempat lagi menegur aku.. kerana masa tu memang kenderaan tidak boleh bergerak langsung...ada yang keluar dari kereta terus menuju ke tempat kejadian..sangkaan mereka hanya di depan sahaja kemalang berlaku tetapi jauh jangkaan mereka..memang jauh ke depan..ada yang patah balik..ehehe..gelagat manusia..ikutkan hati aku pun nk tengok..tapi di sebab kan aku yg drive..kene la duduk diam2 dalam kereta...sambil berkipas..















Tiada ulasan: