Pada 6 - 8 Ogos aku dan staf pentadbiran telah menghadiri Bengkel Semakan Semula Proses Kerja Staf di KUKUP Golf Resort,Pontian Johor yang di anjur oleh pihak Pentadbiran juga. Aku adalah salah sorang AJK Berkumpulan..
Kat bawah ni ada beberapa keping pic kenangan kami di sana..
Gambar bawah ni...baru sampai sempat lagi nk posing sementara tunggu buggy..ikutkan rasa mcm tk sesuai kalu buat bengkel/seminar dan apa kursus la. Sebab jarak bilik dengan dewan terlalu jauh..kerana jadual bengkel terlalu padat dari pagi hingga petang. Rasa tk sempat nk berbaring balik dari bengkel, cuma sempat solat Zohor. Bengkel petang kami pakai siap2 baju sukan..sbb selepas Bengkel kami adakan Aktiviti berjalan ke Tanjung Piai dan terus lakukan Aktiviti Berkumpulan di sana. Sebab itu buggy di diperlukan sebagai pengangkutan peserta. Bas pula tk boleh na masuk ke kawasan penginapan kami. Sesampai je kami di KUKUP semua staf di sana sibuk buat persiapan untuk menyambunt Tengku Mahkota Johor. Ermm keadaan diaorg jadi kelam kabut sikit. Apa2 pn..Bengkel tetap di teruskan..KUKUP Golf Resort tempatnya luas tetapi bila lihat keadaan sekeliling dah macam tk terjaga sgt..kata org dulu tempat ni memang cantik..ermm..tk tau kenapa selepas beralih tangan..yang penting aku enjoy walaupun kami kene marah dan ada tak kene pada awal permulaan bengkel hingga ke Dinner..ehehe..
Gambar di bawah ni lak.masa malam dinner bertemakan Black & Red. Bersolek sakan le aku mlm tu..saja je..tak pernah di buat aku..aku rasa macam pelik bila mmengguna teknik makeup entah apa2..aku belasah jer..bila tengok gambar..rasa cam ok..tp bila teringat balik tgok muka kt cermin..menakutkan..hahaha..sbb dh jadi cam bukan Rabiah...siap ngan bulu mata palsu lagi..dh macam mata uji rashid..tapi mlm dinner tu memang seronok bukan saja aktiviti makan2..kami adakan aktiviti lain memang menyeronokkan..tamat dinner sempat lagi kitaorg berkaraoke ngan kawan2..
Tak pernah aku makeup camni rupa..makeup sendiri lak tu..cam telebih tupong ghomak la..huhuhu
kt bawah ni acara lepas dinner...
Acara bungkus orang..ehehe..mumia
Ijad dh jadi org bungkus..ehehe..pemenang
Aku rasa mlm tu.berisi tul badan aku..puase ni kene kurus semula..
aku mkn main belasah je skrg, ni yg jadi camni..ish3 risau aku di buatnya
Gambar sewaktu ke Tanjung Piai..jalan2 ke Penghujung Selatan. Seronok jugalah masa kt sana. Memang menyeronokkan..on the way nk ke tanda penghujung selatan (Aktiviti jalan kaki)..kami di temani disekeliling dengan hutan dan paya bakau, kera2 dan juga sempat tgok siput sedut memamg besar saiznyer. Keseronokan bertambah dengan telatah kawan2 sewaktu bergambar...mmg seronok betul..selepas itu kami lakukan aktiviti berkumpulan di sana di kawasan lapang...abis la diaorg kene ngan kami..ehehe
Ni Group Bengkel aku...sambil wat keje sambil makan..ehehe..sib baik bos tk kisah..sbb dia pn tumpang sekaki..hikhik..
Kusyuk tul diaorg ni wat keje..then aku lak..merayau ke group orang..sbb tajuk yang di beri pada group aku tak sama ngan arahan kerja aku..so..aku tolong wat carta alir kerja jer sikit2..yang lain serah pada Gee dan Bai empunya badan..ehehe
Bergambar kenangan di depan bilik aku yang bernombor 127. bilik dia nice..aku suka hiasan dia..dan yang penting penuh ciri2 buatan dari kayu..cantik dan selesa.
Bergambar di hari akhir Bengkel sebelum berangkat pulang...