Kata Ku


Isnin, 3 Jun 2013

Kebahagian itu bukan milik aku...

penyesalan itu tidak akan dapat mengubah apa-apa pun sekiranya kedua-dua pihak tidak mengalah..hendak mengalah tetapi berapa banyak kali nak mengalah..mengalah pada orang yang terlalu egois dengan pendirianya...maka ianya mengalir seperti air sungai mengalir yang tidak akan berpatah ke tempat asal.
Penyesalan tu kadang-kadang datang bertamu tetapi bila di fikirkan semula, memang patut aku bertanya soalan macam tu..kalau tidak masa berlalu seperti angin yang bertiup hanya menyapa wajah dan pergi macam tu sahaja...aku pelik apa yang nak di tunggu lagi..payahlah nak bercommunicate dengan orang yang terlampau egonya..semuanya jawap entahlah..bila lebih-lebih tanya sudahnya senyap terus...senyanp dan terus senyap aku pulak yang naik risau dia ni kenapa...kenapa suka buat aku macam ni..bukan sekali tetapi banyak kali..suka sangat nak menyepi diam tanpa khabar..
Rindu...rindu tu memanglah rindu..bila duk sorang-sorang dari berazam tak fikir terus berfikir entah apa-apa..
sayang..memang la sayang..bertahun aku mengabdikan..setia menuggu..bertahan dengan karenahnya..sabar dengan apa yang berlaku..cuba buat bodoh, tapi sampai bila..dah naik tua aku dah ni..berlapuk dah diri ni..
Tapi apa yang aku dapat? inilah dia..keadaan macam ni..sepi..sedih..kecewa, kesetiaan aku tak di hargai, walaupun kecewa masih lagi sempat mengharap...mohon pada allah semoga ada keajaiban berlaku..semoga bersatu semula..semoga lebih baik dari sebelum..tapi..payah nak terang..berkawan dengan orang-orang seni ni..memang kena bersabar..kena faham kata-katanya..semuanya berbelit-belit payah nak faham..tapi sabar aku ada tahapnya..aku dah penat bersabar..maka ini lah yang terjadi..
Pujuk?..jangan harap..faham sangat memang tak pandai pujuk..tetapi aku tetap nak juga cuba..try..test..tidak juga jalan..macamana aku diam...macam tu la dia diam senyap..lelah aku di buatnya dengan orang yang tak reti memujuk..sudah eak..aku pujuk diri aku sendiri..memang macam tu selalunya..sampai lah sekarang..pujuk lah diri sendiri..tapi aku ada harga diri juga..harga diri aku bukan boleh dapat kat pasar malam..jual murah-murah..hanya ada pada aku sahaja..
Bila dah pujuk diri tu..pandai-pandailah aku bawa diri aku ni..nak mengharapkanya jangan harap..entah-entah ingat..rasa menyesal dalam dirinya pun tidak...ingat aku..mungkin juda tidak..yang aku bodoh duk ingattttkan dia je..
Katanya tak nak ikut jalan higway..cepat sangat sampai..tak best..tak ada pemandangan yang cantik..
dia nak juga ikut jalan kampung..ikut jalan kampung pemandangannya indah..cantik..banyak tempat yang boleh singgah...nak singgah kedai cendol..kedai mamak..makan-makan..sekarang ni jalan mana yang dia ikut aku tak pastu..masih tak sampai-sampai pun..3 tahun pn tak sampai-sampai lagi...agaknya setiap negeri singgah bina rumah ke apa agaknya..haishhhhh...tak faham aku...
Penyudahnya apa????...aku sendiri tak pasti..berserah sahaja pada Allah...Redha segala apa yang berlaku dalam hidup aku ni..dulu pun sama juga..bercinta..sayang katanya..tapi penyudahnya..sakit hati...kecewa yang aku dapat juga..dulu kini sama sahaja orangnya..penat aku nak menghadap orang-orang yang macam ni..
Yang pasti..aku masih ada sedikit mengharap..masih ada rindu..masih ada sayang..dan masih menunggu jawapan yang tidak berjawab-jawab...kalau tidak lah kehendaknya..maka aku terima..aku dah berusaha..mencuba..kalau tidak kata allah..tidak lah untuk aku...mungkin ya untuk yang lain.....

Kebahagian itu bukan milik aku............................................

hidup mesti ceria..walau hati sakit...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalaulah aku mampu............

alammaya berkata...

kalau boleh pertahan..pertahankan..kalau tidak redha..itu je yang mampu