Tengok tajuk je dah menyeramkan betul tak...perasaan takut tu mesti ada, bila dengar ramai yang terkena sihir akibat buatan orang yang tak akidah ni,,kita mesti rasa kesal dengan sikap sesetengah orang nak lagi pada zaman sekarang..zaman IT ni lagi mudah bukan para remaja orang dewasa dan orang tua-tua pun boleh terkena macam tu...bukan susah berkenalan di laman sosial tak lama lepas tu dah mula berjumpa..hari pertama berjumpa dah kena manderem. Bahaya pada sang perempuan bukan sahaja duit kene kebas, maruah pun tergadai...emmm...takut aku zaman sekarang ni...aku ingatkan zaman dulu-dulu je guna khidmat syaitan dan jin ni..zaman sekarang pun ada juga. Aku rasa lagi ramai guna khidmat macam ni, semata-mata nak berjaya mendapatkan sesuatu..memang kesal. Kenapa tak berusaha sendiri..mohon pada allah minta pertolongan bukan susah pun kan..kalau tak cepat..lambat yang pasti ada harapan pada mereka yang percayakan Allah.
Aku ceritani sebab ada kena mengena dengan aku. Minggu lepas aku baru dapat tahu yang aku ni sebenarnya dah terkena buatan orang..sekali lagi yer..terkena buatan orang..!!!..siapakah geranggan yang telah menghantar benda kotor ni pada aku. AKu sendiri pun tak dapat nak pastikan. Siapa?kenapa?kat mana?bila masa?..ermmm pening kepala aku fikirkan, Sampaikan aku sendiri sekarang ni lagi susah nak tidur, resah jer..sebelum ni memang aku payah sikit bila dah terjaga dari tidur nak tidur semula susah kadang sampai naik rimas. Bukan aku tak buar solat-solat sunat ni, memang aku buat itu pun kalau aku rajin dan dalam keadaan yang tidak mengantuk. Kalau aku solat sunat dalam keadaan yang mengantuk..ermm..tengah-tengah aku baca surah kompom tetiba aku tersedar yang aku sedang bercakap entah apa-apa ntah. Aku pun pelik kenapa aku leh jadi macam tu..mengaji pun sama kadang-kadang bila kita dah penat bekerja..aku cuba gagahkan diri untuk mengaji..macam tu ler jadinya tetiba aku sebut ntah apa-apa..mcm baca mandrem lak..hehehehe...
Sambung balik pasal aku terkena buatan orang ni..pada awalnya adik aku ada bertanya pada seorang Ustaz ni..dia bekas Ustaz sekolah pondok kat mana aku tak tau la...so hari apanntah ..rabu kot..bila adik aku bagi nama aku pada petang tu..so malamnya Ustaz tu adalah buat solat sunat tengah malam..so dia dapat petunjuk..dia bagi massage..katanya kes aku ni menyedihkan..bila aku dapat tau jawapan ustaz tu macam tu..aku dah mula fikir yang bukan-bukan. Hari sabtu, ustaz tu datang dengan isteri dia..aku pulak kat opis kerja masa tu..entah kenapa tetiba aku tersedak yang amat..sampai keluar air mata la...bila adik aku suruh balik ustaz tu ada kat rumah, aku pun balik. Sampai je aku kat rumah..lepas salam isteri dia, aku duduk sebelah mak, sekali lagi aku batuk tersedak-sedak yang sopan la..sehinggalah adik aku bertanya pada ustaz apa kes kakak dia ni kan..terus ustaz tu cakap "dia ni terkena buatan orang", ermmm aku ni penakut..mula dah tak tentu arah bila dapat tahu..terus ustaz tu cakap itu lagi "dari tadi saya perhatikan kakak awak ni..benda tu ada kat dia ni"..lagi bertambah aku takut..terus meremang bulu roma ustaz tu..terus minta keluar sekejap, sambil menghisap rokok...katanya benda tu dah datang kat dia..ermmm..tak tau lah aku kan..lepas dia dah habiskan sebatang rokok tu..dia masu balik..kata ustaz tu ada orang dah menghantar sesuatu kat aku untuk menutup pintu jodoh aku..supaya jodoh aku tu susah nak nampak aku..susah nak jumpa aku, kata dia lagi benda tu dah lama aku kena pergi berubat kalau tidak aku akan menjadi kemurungan dan selalu termenung sorang-sorang. ermm siapa nak jadi macam tu kan...ustaz tu ada syorkan aku pergi jumpa seoarang ustaz ni..untu pergi berubat secara islamkan...bukan jumpa bomoh yer...jauhkan lah...aku hanya percaya pada allah yang satu tu je..tapi itulah..nak kata aku sakit tak juga..mungkin orang tu guna cara kita tak perasan yang kita dah di sihir kot..sbb aku memang tak rasa apa-apa pun..cuma itu lah..pada cerita aku sebelum ni aku ada cerita pasal mimpi jamban yang kotor tu kan, lepas tu tidur kadang-kadang tak nyenyak. Kenapa la orang macam ni buat aku yer..kalau ye pun aku ada menyakitkan hati, menolak lamaran cinta ke..apa-apa la...tak payah la buat aku macam ni..pandai orang tu..sampai aku tak sedar yang aku dah terkena..patutlah setiap kali aku berkawan dengan seseorang mesti tak menjadi..ada je penghalang.
Apa yng aku mampu buat masa sekarang ni hanyalah berdoa..Jika benarlah aku memang terkena buatan orang..aku mohon pada allah semoga orang tu sedar dan insaf dengan perbuatan dia tu..semoga dia ambil balik barang kotor yang dia dah bagi kat aku ni. Aku rasa dah lama bertahta kt diri aku benda ni..sebab ustaz tu kata kuat benda ni...harap-harap aku dapat jumpa ustaz yang boleh mengubati aku ni...
Apalah nasib aku..patutlah tak kahwin-kahwin lagi kan..rupa-rupanya ada orang berdendam dengan aku..itu kalau betullah apa kata ustaz tu..
Itu je la perkara yang nak aku cerita...nak pergi berubat tu yang aku malas..demi diri ini..aku akan cuba berlawan dengan benda ni..aku kena kuat semangat tak mau leka-leka..tak mau lemah semangat...aku kena kuattttt....in sha allah...
2 ulasan:
Assalamualaikum..
kebetulan tarikh awk letak cerita nie sama dengan tarikh hari lahir sy..
Apa yg sy nk beritahu sebenarnya, kisah awk hampir sama dengan kisah sy, mungkin keadaan sy lebih teruk sket dari awk coz dah lar putus tunang, bukan saja byk halangan org nk berkwn dgn sy, malah sy hampir lumpuh. kes sy nie start teruk dr pertengahan tahun lepas, berubat sana sini tp kejap je elok, dh boleh jln tp fikiran terganggu, sampai ckp sorang², kena tindih,kerja terganggu, kalau mimpi tue tak usah citer lar mmg mimpi bukan². dari tarikh sy komen kat sini sebenarnya sy baru je pergi berubat.. mudah-mudahan Allah izinkan sy sembuh sepenuhnya...
Boleh saya dapatkan no ustaz tuh
Catat Ulasan