Kata Ku


Isnin, 13 Jun 2016

WALIMATULURUS..RABIAH & HELMIE

Alhamdulillah selamat sudah majlis perkahwinan aku dengan Helmie...Pejam celik..pejam celik..dah sebulan lebih aku bergelar isteri dan sekarang pertama kali menjalani Ibadah Puasa bersama suami tercinta. Nasib baik suami yang jenis sempoi..sahur makan je roti dengan air ovaltine aku lagi suka..senang perkerjaan. Makan dua jenis ni pn dah kenyang. Berbuka kadang aku masak dan kadang-kadang suami yang masak...aku tolong apa2 yang patut..tapi banyak suami yang masak tuk makan malam ni. Aku balik kerja makan je..hihihi..untungkan. Di awal perkahwinan lagi aku dah mula duduk rumah sewa, maklumlakan hendak merasa hidup berdikari dengan suami. Setakat ini alhamdulillah kami berdua masih boleh lagi handle urusan rumah tangga cuma satu tu la..baru je kahwin orang dah tanya pasal anak..bosan je kan soalan tu..dulu tak kahwin orang tanya bila nak kahwin..ni dah kahwin orang tanya dah ada isi ke (anak)...hurmm siapa yang tak nak anak kan..aku tgh usaha lah ni..hello..baru baru kahwin kot..honeymoon la dulu la...sambil-sambil tu aku dan suami usaha la. Okeylah malas nak cerita lebih-lebih..aku nak belanja pic masa majlis perkahwinan aku bulan lepas.

 Masa ni dub dab jerr..tu bkn lap sebab nangis..tp sebab berpoluh...

 hokeyyy malu-malu kottt...segan gila orang sekeliling tengok..senyum je mak mertua aku tengok..hihihi



 pakcik makcik ku...big size..hihihi

thanks kat kawan-kawan sebab hadir memeriahkan lagi majlis aku... 

 Family suami...family baru ku...

Ada macam model tak...hahaha


Outdoor pun aku guna pakaian sama..malas nak tukar-tukar...lokasi..tasik UiTM Kampus Alor Gajah dekat dengan dewan majlis kahwin aku..dalam UiTM gak.



Tiada ulasan: