Kata Ku


Ahad, 9 November 2008

Kerja..Kerja..kerja

Hari yang ke 13 exam telah berlalu, sabtu, ahad pun kerja gak 3 minggu berturut-turut tanpa cuti. Adush..penat tu memang la penat apa nak buat dah situ tempat aku mencari rezeki, tapi seronok juga la kerja kat sini kesibukan kerja aku ni bermusim yang pastinye kesibukan tu biasanya waktu peperiksaan dan pedaftaran pelajar...dan selama 13 hari la aku di jamu makanan dengan makan free, save budget aku selama 3 minggu ni eheheh..dan secara tak langsung..ianya akan menambahkan berat badan aku je...huhuhu..camner la aku nak turunkan berat badan aku ni, kebanyakan makanan yang di sediakan semuanya sedap-sedap. Maklumla orang kampug masak...lagi pun menu ayam ni memang hari-hari disediakan yang pasti setiap sarapan pagi pasti ada je ayam goreng kentucky..sapa la yang tak nak makan..sebab rasanya memang sedap..mengoda selera aku jer..kadang-kadang tu aku kena tahan gak la tak nak ambik. Hari ni menu tak kene selera aku lak..mee kari....mee kari ni kalau mak aku masak sedap laa..cuma yang tak kena selera aku ni ada ke dia masukkan daging tetel..dah la bersantan di campurkan ngan lemak daging tu..ermm..nak tak nak aku makan je la lapar punya pasal, tapi lepas tu..ermm..loya.nasib baik ada gula menahan loya aku,.dah cam orang mengandung mengalahkan wife dak Apis lak..hahha..
apa-apa hal tahnniah la buat dak Apis kerana bakal menjadi ayah....

Tiada ulasan: