Kata Ku


Isnin, 22 Disember 2008

Melaka - P.Pinang - Perlis - Melaka

Pada 12/12/2008 aku dan staf HEA bertolak ke P.Pinang untuk menghadiri Majlis perkahwinan AR aku (Nur) Pada 13/12/2008 (Sabtu) di Dewan Balai Polis Bayan Lepas. Kepada Nur selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat amin...........

Selepas menghadiri Majlis perkahwinan AR aku, kami terus ke bukit Bendera kononnya nak la merasa kali kedua naik trail ke atas, tapi malangnya sedang di baik pulih so kami ambil keputusan terus ke Perlis. Selepas sampai di UiTM perlis, masing di tempatkan di Asrama. Aku sebilik dengan adik aku, selepas berehat dan bersolat, pada puluk 8.00 mlm kami ke Kuala Perlis untuk makan malam. Sampai di sana kami berpecah, aku dan adik memilih gerai EDAH SM 4 Ikan Bakar. Aku tak tau member aku yang lain makan kt mana sebab sampai jer kat Kuala Perlis masing-masing dah lesap...ehehehe...makan kat kedai EDAH SM 4 ni boleh tahan sedap masakanya, yang aku suka ialah ikan siakap bakar disapu dengan madu bercampur cili sebelum di bakar, rasanya macam ayam percik dan kuah cecah dia pun lain..aku dan adik memang kekenyang giler...sampai di bilik nak tidur pun susah sebab kenyang sangat eheheh...

ermm..sedap menyelerakan

Licin..memang kenyang giler makan berdua jer

Pada esoknya 14/12/2008 pada pukul 8.00 am kami dah keluar dari asrama. Selepas sarapan pagi kami terus ke Wang Kelian, memang aku suka jalan ke Wang Kelian ni dah macam nk pergi Cameron Higland jer. Menakutkan aku jalannya curam tapi pemandangannya yang berbukit bukau menenangkan hati sapa-sapa yang melihatnya. Di kesempatan itu kami ke seberang Thai, nak masuk kene beratur untuk scan Mykad, jalan kaki jer tapi memang penat, tempat jualannya sama je macam pasar minggu. Harga barangan di sana murah sangat. Selepas ke Wang Kelian kami ke Padang besar pula dan terus pulang ke Melaka, sampai di rumah dalam jam 1.30 am...

Khamis, 11 Disember 2008

Sahabat

Apabila kau bersahabat, janganlah kerana kelebihannya..kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya..
Apabila kau bersahabat, janganlah kerana kebaikanya..kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya..
Apabila kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya..kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya..
Apabila kau bersahabat janganlah kerana sifat cerianya..kerana apabila dia berduka, kau mungkin akan menjauhinya..
Apabila kau bersahabat, terimalah dia seadanya..kerana dia juga manusia biasa seperti mu..

ni msg aku terima dari sms....leh buat pedoman...

(Sahabat terima kasih sudi menerima ku seadanya sebagai sahabat mu..)

Selasa, 9 Disember 2008

Janda 18 tahun

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

Khamis, 4 Disember 2008

Souvenir

Sarat...bukan sarat mengandung cam kak ana..eheheh..sarat dengan barang souvenir di atas P.C aku ni, hasil pengumpulan pemberian dari sahabat2 yang bercuti, tidak akan lupa kami disini. Aku memang suka menyemakkan barang kt atas P.C aku ni. Bila aku bosan aku perhatikanla Souvenir kat atas P.C ni. Barang yang paling orang suka usik ialah basikal aku tu. Asalkan ada je orang lalu di depan aku ni, tak sah kalau tak sentuh,ada yang nak pinjam bawa balik la dan yang cuba bawa lari pun ada nih..hihihi..saja je diaorang bergurau..tapi tu la sampai ke toilet la aku kejar orang tu. nak dapatkan balik basikal aku tu. Basikal tu pemberian dari sahabat2 aku k.nana dan wanie masa birthday aku yang keberapa aku pun dah lupa maklumla dah tua.

Rabu, 3 Disember 2008

Cameron Highland

Pada 29 Nov. 2008(Sabtu)..kami bertiga bercuti di Cameron Highland...memang menyeronokkan. Tenang bila tiba di sana, suasana yg menyegarkan..aku dari rumah bertolak jam 9.00 am sampai di Cameron Highland dalam pukul 2.30 pm. Aku melalui jalan Tapah..memang mengerunkan melalui jalan yg memang sempit, dengan keadaan cuaca hujan..jalan yg licin, tanah runtuh dan pokok tumbang aku tetap meneruskan perjalan aku. Tapi memang seronok mengikuti jalan yg macam tu..mencabar juga la bagi aku yg Firts time Drive ke sana...Keesokannya dalam rancangan ingin pulang mengikuti jalan Simpang Pulai Tapi keadaan yg tidak mengizinkan..jalan yg penuh sesak maklumla cuti sekolah.. aku membuat keputusan untuk mengikuti jalan tapah memang tidak menghampakan aku..jalannya tenang tanpa kesesakan. Aku tiba di rumah dalam pukul 7.50 mlm...
CACTUS VALLEY


ermm..bestnyer...yummy..