Kata Ku


Isnin, 22 Disember 2008

Melaka - P.Pinang - Perlis - Melaka

Pada 12/12/2008 aku dan staf HEA bertolak ke P.Pinang untuk menghadiri Majlis perkahwinan AR aku (Nur) Pada 13/12/2008 (Sabtu) di Dewan Balai Polis Bayan Lepas. Kepada Nur selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat amin...........

Selepas menghadiri Majlis perkahwinan AR aku, kami terus ke bukit Bendera kononnya nak la merasa kali kedua naik trail ke atas, tapi malangnya sedang di baik pulih so kami ambil keputusan terus ke Perlis. Selepas sampai di UiTM perlis, masing di tempatkan di Asrama. Aku sebilik dengan adik aku, selepas berehat dan bersolat, pada puluk 8.00 mlm kami ke Kuala Perlis untuk makan malam. Sampai di sana kami berpecah, aku dan adik memilih gerai EDAH SM 4 Ikan Bakar. Aku tak tau member aku yang lain makan kt mana sebab sampai jer kat Kuala Perlis masing-masing dah lesap...ehehehe...makan kat kedai EDAH SM 4 ni boleh tahan sedap masakanya, yang aku suka ialah ikan siakap bakar disapu dengan madu bercampur cili sebelum di bakar, rasanya macam ayam percik dan kuah cecah dia pun lain..aku dan adik memang kekenyang giler...sampai di bilik nak tidur pun susah sebab kenyang sangat eheheh...

ermm..sedap menyelerakan

Licin..memang kenyang giler makan berdua jer

Pada esoknya 14/12/2008 pada pukul 8.00 am kami dah keluar dari asrama. Selepas sarapan pagi kami terus ke Wang Kelian, memang aku suka jalan ke Wang Kelian ni dah macam nk pergi Cameron Higland jer. Menakutkan aku jalannya curam tapi pemandangannya yang berbukit bukau menenangkan hati sapa-sapa yang melihatnya. Di kesempatan itu kami ke seberang Thai, nak masuk kene beratur untuk scan Mykad, jalan kaki jer tapi memang penat, tempat jualannya sama je macam pasar minggu. Harga barangan di sana murah sangat. Selepas ke Wang Kelian kami ke Padang besar pula dan terus pulang ke Melaka, sampai di rumah dalam jam 1.30 am...

Tiada ulasan: