Ketemu lagi..sekian lama menyepi baru kini aku muncul semula..itu pun tak tahu la..akan bertahan sampai bila..tengok masa dan keadaan sekarang ni..untuk mengisi masa lapang bagi melakar apa2 yang patut pada blog ni..aku buat blog ni pun suka2 jer..kali ni aku paparkan..gambar2 lama yg terdapat di Muzium Time Tunnel di Cameron Highland pada 16/12/2009..aku bercuti bersama-sama kakak, ika(anah buah). Selepas puas berada di Cameron kami beralih ke Lumut pada 18/12/2009..sampai di sana mula la cari bilik..berpusing2 satu lumut..tak jumpa juga..masa makin beralu ke malam..kami ambil keputusan ke Teluk Batik..pun begitu juga tak jumpa bilik untuk menginap..kami ke Setiawan sama juga..akhirnyer tokeh di sebuah hotel menelifon membernyer di Lumut..Alhamdulillah..nasib menyebelahi kami ada juga penginapan untuk malam tu..tapi dalam perjalanan untuk cari bilik..aku dah kepeningan dan mabuk..muntah air..sebab perut kosong..aku cuma alas ngan maggie sahaja petang tu..sampai di Dinding Hotel pun begitu juga..tak boleh bau lif..terus aku muntah..nasib baik adik aku boleh bawa kereta..mungkin di sebabkan aku dh terkene hujan masa di cameron dan perut kosong..jalan pusing2..tu sib baik aku yang drive..kalu aku jadi penumpang..dari cameron hingga ke lumut aku dah jadi lembik..pada keesokannya 19/12/2009 kami ke Pulau Pangkor..terus ke Teluk Nipah dan sewa bot 4 orang..jelajah beberapa pulau..dan tinggalkan sebuah pulau tempat untuk bermandi manda...aku tak mandi la..cuma anak buah aku yg mandi..sampai di Lumut dalam pukul 7.00..kami bertolak ke Puchong hantar kakak dan anaknya..pukul 3 kami berdua bertolak balik ke melaka...begitu la percutian aku tahun ni..huhuhu...
Muzium Time Tunnel (Cameron Highland)
Kata Ku
Selasa, 29 Disember 2009
Rabu, 25 November 2009
Isnin, 13 Julai 2009
Musim Buah-buahan...Kebun ku...
Musim Buah-buahan mula la org berniaga dengan pelbagai buah-buahan yg ada di Malaysia ni terutama sekali Durian memang popular sejak dari awal musim lagi, sehingga ke hari ini dan sekarang pula buah Rambutan dan Cempedak. Sudah ramai peniaga berniaga di tepi jalan dengan hasil tanaman mereka. Negara kita ni kaya dengan buah-buahan tempatan yg memang enak di makan tapi kalu terlebih makan bagi pesakit yg mmg dh ada penyakit tu kene la berjaga2 kerana buah-buahan tempatan kita ni kebanyakannya manis2 belaka. Kat bawah ni adalah sebahagian pokok-pokok buah-buahan yg terdapat di kebun belakang rumah aku. Pokok2 ni adalah hasil tanaman Arwah Atok, katanya "Atok tanam pokok buah-buahan ni untuk cucu2 Atok, senang tak payah nk beli2" tu katanya la..dan ini la hasilnya.Tapi tahun ni pokok durian(Gambar tak ada lupa nk snap) kurang berbuah, masa mula2 berbunga memang banyak, tp bila time mula nk jadi buah tak melekat. satu lagi musuh ialah Tupai..ish2..kene upah org tembak kalu nk hasil yg banyak. Dua tahun lepas memang lumayan buahanye, ada la dalam 50 batang pokok Durian Atok aku tanam dan tak la semua yg berbuah, kira puas bila makan, memang tak perlu beli.. Cakap pasal bunga durian ni..pun boleh buat lauk. Goreng bercili pun sodap..macam tauge kerangupanya. Bawah ni sebahagian pokok yg ada kt kebun buah-buahan Atok aku.
Bawah ni lak..pengikut setia setiap kali nk p kebun..ada lagi beberapa pengikut..tak ikut kene kurung. Leceh nak bawak ramai2..kesudahn kita lak terjerit2 panggil balik..ehehe..
Bawah ni lak..Ayam Jantan kt umah aku yg hampir pupus.hahaha..kokok aku ni..jer la yg tinggal, manja lak tu..yang lain mati kene makan biawak..malas nk bela..reban ayam, kitaorg buat tempat kucing2 aku berehat waktu petang..ehehe
Bawah ni lak..pengikut setia setiap kali nk p kebun..ada lagi beberapa pengikut..tak ikut kene kurung. Leceh nak bawak ramai2..kesudahn kita lak terjerit2 panggil balik..ehehe..
Bawah ni lak..Ayam Jantan kt umah aku yg hampir pupus.hahaha..kokok aku ni..jer la yg tinggal, manja lak tu..yang lain mati kene makan biawak..malas nk bela..reban ayam, kitaorg buat tempat kucing2 aku berehat waktu petang..ehehe
Khamis, 9 Julai 2009
Warghhhhhh!!!....Facebook kene block..
Busannyerrr...kene block..sorry ler geng..tak dapek nk mengikuti perkembangan u all kt Facebook..huhuhuh..ntah sampai bila la nih sabar jer la..tp lepas kul 5 boleh lagi..ehehehe..
Websense Enterprise
Your organization's Internet use policy restricts access to this web page at this time.
Reason:
The Websense category "UiTM Block Office Hour" is filtered.
URL:
http://www.facebook.com/home.php?
Websense Enterprise
Your organization's Internet use policy restricts access to this web page at this time.
Reason:
The Websense category "UiTM Block Office Hour" is filtered.
URL:
http://www.facebook.com/home.php?
Jumaat, 3 Julai 2009
Sukan Minggu MMS Pelajar Baru
Sukan antara pelajar-pelajar baru petang semalam, memang menyeronokkan..bila lihat new student bermain..kelakar sunggu..walau pun kurang pengalaman..tapi daya usaha mereka memang dasyat..ehehe..sampai kami ni leka lihat gerak geri mereka ketika memukul bola sampai tk sedar..bola dari pihak lawan sampai ke kami..apa lagi..ehehe..bola mengejut...jika di asah lama-lama..corak pemainan mereka mesti lebih bagus dari kami yg dah tua ni..apa2 pun Hamper yg disediakan bagi pasukan Bola Tampar, Bola Jaring dan Takraw..semua..staf yg gondol..apa lagi..menjamu selera la di padang...
Melaka hari ini
Sukan Antara Kampus Di Terenganu..fuh.masuk Melaka Hari ni..tu..nape la tk masuk Metro..Abg Nazri nih lupa nk masukkan ke..hehehe..kalu lah Volleyball team aku menang..tambah lagi satu Emas..Entah dari mana silapnyer..kekalahan pasukan kami teruk betul..tempat ke-4..tak sangka boleh kalah di tangan pasukan Kelantan..di sebabkan nila seitik..dan kurang kepercayaan pada kawan..macam2 boleh jadi..dah nasib..tak per..next year..usaha lagi...usaha tangga kejayaan..chaiyuk!!!
Selasa, 9 Jun 2009
Rindunyer pada blog...
Salam...lama sunggu aku tak mencoretkan apa2 pada blog aku ni..dalam keadaan aku busy dan tidak ada apa2 cerita yg nak aku kongsikan bersama, maka menyepilah aku dari blog ni. Baru2 ini aku baru jer balik dari sukan antara Kampus di UiTM Dungun Terengganu. Berkampung aku di sana selama seminggu. Dalam masa seminggu tu la keadaan kesihatan aku terganggu, aku tidak sihat..batuk dan demam. Dalam keadaan aku yang tidak sihat terpaksa aku harungi juga turun ke padang bersama2 pasukan Bola Tampar aku. Kalau aku tak turut bersama mungkin aku akan rasa ralat dan sia2 sahaja usaha aku menjalani latihan setiap petang..sampai naik gelap la kulit aku ni. Tapi nasib baik kesihatan aku tidak teruk sangat. Selepas seminggu aku berkampung di UiTM Terengganu..aku di landa demam yang teruk, batuk dan selsema..walau apa2 pun aku tetap datang kerja..tanggungjawab yg dah aku tinggalkan pada kawan2 selama seminggu..takkan la aku nk biar mereka buatkan keje aku jer..walau pun penat dan tak sihat aku tetap datang..aku takut aku terkena H1N1 jer..tapi sebelum aku di arahkan pergi kursus Semangat Waja di Melaka ni..Demam, batuk dan selsema aku dah hilang..maka aku harungi kursus tu dengan selesa sekali. Seronok sekali menghadiri kursus tersebut, tidak terlalu stress, yang mengetuai dan fasilitatornyer adalah Pengarah Kampus aku sendiri..dia lah yang mengetuai semua aktiviti kami, baik di Hutan mau pun di Laut. Aktiviti Luar memang seronok..terutama masuk hutan pada waktu malam di Taman Boltani Ayer Keroh atau Taman Rekreasi Ayer Keroh. Memang mencabar aktiviti tu..sebelum masuk hutan sekali lagi aku di landa pening2 dan rasa mabuk..rasa tak nak ikut jer aktiviti tu..tapi dengan semangat yg ada pada diri ni aku paksa juga masuk hutan..bila jejak kaki aku dalam hutan di tengah malam ni..segala penyakit aku hilang...yang tak boleh aku lupa bila badan aku di gigit lintah mungkin aku dapat lintah ni ketika mengharungi selut dan lumpur yang bau dia aduhhh..aku tak tahan, nasib baik malam..aku tak nampak apa2....eee..geli aku..ada juga penyelamat yg berani nak menyentuh dan buang lintah tu.thanks pendekar, kami terpaksa melintasi aku tak tau ler tu sungai ker tasik..sbb malam aku tk nampak..harunginyer dalam keadaan sejuk, aku yang rendah ni airnyer parat leher aku..berpandukan tali yang telah di ikat kedua2 seberang..kami selamat..kumpulan kami menang..esoknya kami ke Pulau Besar..3 acara kami lakukan..pertama kami terpaksa tutup mata dan harungi laut semata2 untuk mendapatkan bendera kumpulan..itu secara berkumpulan..kami di lepaskan berseorang tanpa memegang kawan2 lain..sehingga kaki mencecah air baru di benarkan memaut bahu kawan2 dengan di ikuti arahan jurulatih..kumpulan kami menang acara ni. Acara kedua ketua kumpulan terpaksa mendapatkan mendera kumpulan dari laut ke darat dengan mata tertutup..yang ni kumpulan kami akhir sekali..last acara futsal campuran..aktiviti ni seronok..satu kumpulan di campurkan lelaki dan perempuan..masa tu la yang perempuan nak tunjuk terror masing2 termasuk la aku..ehehe..aku ni di panggil ganas..oleh pengarah di sebabkan satu tendangan padu aku untuk menjaringkan gol kebetulan di depan Pengarah Kampus..walaupun tak masuk..ehehehe...dalam keseluruahn aktivit dari kelas, masuk hutan dan redah laut..kumpulan Hip Hop kami menjuari keseluruhannya..futsal kami tempat kedua, redah laut untuk mendapatkan bendera secara berkumpulan kami pertama..walau apa2 pn..memang seronok..sekali lagi selepas aku balik dari sukan..aku demam panas..nasib baik cepat sembuh..aku tak tau la..kenapa la aku asyik demam jer..agaknya dah tua kan..baru sekarang terasa sakit2..dulu susah aku nk dapat demam ni..dalam setahun belum tentu aku dapat demam..sistem imunisasi dan ketahanan badan aku dah berkurangan agaknyer..alhamdulillah..sudah seminggu aku tak kene demam dan harap tak kena lagi..semoga Allah memberkati hidup aku, jauhkan aku dari segala penyakit, sihat2 selalu, panjang umur dan semoga Allah memperkenankan hajat aku yang satu itu..amin..
Rabu, 22 April 2009
Kenangan di Sabah
Sudah sekian lama aku tak menulis di blog ni, tak ada cerita yang nak aku kongsikan tapi..Pada 10/4/2009 Jumaat pagi dalam pukul 5 pagi aku dan rakan-rakan HEA bertolak ke KLIA untuk lawatan ke Sabah. Sampai di Sabah dalam pukul 11.30 pagi, bas UiTM Sabah telah menunggu kami di Lapangan Terbang KK. Kami terus ke Hotel. Sampai di Hotel adalah acara bebas suka hati kami nk buat apa ehehehe. Tak sampai 5 minit aku duduk dalam hotel aku dan rakan sebilik telah keluar tak sabar nk menjamu mata di sekita KK. Di sana beberapa tempat telah kami lawati antaranya..Pasar Philipines, kedai mutiara..pasar malam..buang duit..ehehehe..lawatan sekitar di Kaki Gunung Kinabalu-Ranau, Kundasang..selain tu kami melawat 3 buah pulau tapi dh lupa apa nama pulau tu..ngeee. seharian kami di sana..sampai naik gelap la kulit aku. Walaupun aku tak menyelam, lautan yg jernih menampakkan isi di dalamnya di tepi lautan..memang cantik, pada hari isnin kami melawat di UMS..tempat mereka memang cantik, terutama Muzium/galeri mereka memang menarik pada pandangan aku. kami bertolak pulang pada 13/4/09 isnin. sepatutnya penerbangan kami pada pukul 7.30 malam, ada masalah menyebabkan penerbangan delay. Nak di jadikan cerita penerbangan yang sepatutnya kami naik dh terlepas, bukan salah kami..ini ada masalah sistem down. Terpaksa kami balik esok paginya. Nasib baik segalah penginapan, makan dan teksi di sediakan oleh pihak MAS. Merasa segala2nya free..eheheheh..tp malangnya sekejap jer dalam beberapa jam saja dapat aku merasa duk hotel yg di sediakan kerana pukul 2.30 pagi terpaksa aku bangun tuk bersiap2 ke lapangan terbang.
Jumaat, 20 Mac 2009
Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah
Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah (Rasullullah Penyatu Ummat Manusia)
Sambutan Maulidur Rasul di UiTM Kampus Melaka di sambut dengan meriah sekali, dengan pelbagai warna warni dari pakaian hingga la ke bungga mangar...Selepas perarakan kami semua masuk ke dewan Bendahara untuk acara seterusnya. Acara di mulai dengan persembahan Nasyid kemudian deklamasi sajak dan seterusnya ucapan dan perasmian dari Pengarah Kampus sera persembahan Montaj Pelancaran Kelab Seni Islam(Inspirasi) UiTM Melaka. Selepas Persembahan Montaj di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Sepanduk dan Perbarisan antara bahagian dan Kolej. Pejabat aku memenangi tempat kedua bagi Sepanduk..jadi la ..huhuhuh....
Perarakan
cuba cari saya kt mana?..ehehehh
Sambutan Maulidur Rasul di UiTM Kampus Melaka di sambut dengan meriah sekali, dengan pelbagai warna warni dari pakaian hingga la ke bungga mangar...Selepas perarakan kami semua masuk ke dewan Bendahara untuk acara seterusnya. Acara di mulai dengan persembahan Nasyid kemudian deklamasi sajak dan seterusnya ucapan dan perasmian dari Pengarah Kampus sera persembahan Montaj Pelancaran Kelab Seni Islam(Inspirasi) UiTM Melaka. Selepas Persembahan Montaj di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Sepanduk dan Perbarisan antara bahagian dan Kolej. Pejabat aku memenangi tempat kedua bagi Sepanduk..jadi la ..huhuhuh....
Perarakan
cuba cari saya kt mana?..ehehehh
Langgan:
Catatan (Atom)