Kata Ku


Khamis, 29 Januari 2009

D-PARADISE

Pada 27/01/2009 aku, adik dan sepupu memenuhi cuti yg tinggal sehari dengan melawati dusun buah-buahan di D-PARADIE jalan nk ke kampung melekik simpang ampat. kawasan dia memang luas kalu tak silap aku dalam 60 lebih hektar ler. Tiket masuk harga untuk dewasa RM49.90 dan sewa buggy kami ambil 3 seat RM49.90 serta kami sewa basikal RM10.00 untuk sebuah. kami sewa buggy dan 2 buah basikal. Aku dan Liza(sepupu) menunggang basikal. Memang seronok menunggang basikal sambil melihat keindahan alam yg penuh dengan pokok-pokok buah-buahan. Tapi sayang bukan musim buah-buahan sewaktu kami lawati hari tu yang berbuah cuma jambu, limau, belimbing, ceremai dan beberapa buah yang aku tak pernah lihat. Sebelum kami memulakan aktiviti kami. Kami di sediakan minuman berasaskan buah-buahan yg di perbuat dari buah cempedak..sedap gak..tak pernah aku minum air cempedak dan juga di sediakan buah-buahan. Selesai je makan kami pun teruskan perjalanan kami..memang menyeronokan..dengan angin yg bertiup kencang..tidak menjejaskan perjalan kami walaupun panas. sempat gak kami melihat budaya orang asli serta rumah-rumah suku kaum asali sarawak yang ada di sana dan persembahan tarian mereka. Kami juga turut di ajak menari bersama, aku apa lagi menari ler..walaupun tak pandai..ehehe...














SELAMAT PENGANTIN BARU KAK NANA

Pada 24/01/2009 aku, adik, wanie and family serta ayu menghadiri majlis nikah sahabat kami K.Nana. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi..entah macam mana aku , wanie terpisah dengan ayu. Tapi yg penting kami semua selamat sampai ke destinasi yg di tuju..sebelum kami ke rumah K.Nana kami singga dulu lunch di pekan Sabak Bernam..dalam pada tgh syok makan terjumpa la..group nasyid kumpulan Inteam. sempat gak la abah wani bergambar dengan mereka...pada hari persandingan esoknya (25/01/2009-ahad)aku pun hadir gak..kami bermalam di Hotel Kuang City..hotel murah jadi la. pada malam tu sempat juga la kami merewang di Bandar Teluk Intan di bangunan condong, meriah sunggu di sana..ada acara Karaoke dan jualan2 di sekitar bangunan condong tu..






Sabtu, 10 Januari 2009

2nd intake

Hari ni aku bertugas di kaunter pendaftaran. Bosan sungguhn menunggu kehadiran pelajar baru yang datang macam kura-kura lambat..tak ramai yg datang, setakat 12.10 pm ni aku menanti hanya 18 orang sahaja yg hadir dan di jangka seramai 100 orang. Naik bosan aku menunggu. Nasib baik aku bawa Novel bertajuk "Dilangit Cinta". Hilang sikit kebosanan aku, dan lebih menyeronokkan aku boleh bukak internet kt sini..ehehehe..leh la aku lakarkan apa2 kat sini. bila aku dah bosan aku sambung semula membaca novel. Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 12.30 pm. Mata aku dah terbayang tilam dan bantal je..huhuhu....tapi tak apa la aku keje pun boleh claim kira overtime ler..cuma tu la..rugi sikit sebab aku kene potong 2 jam dari overtime aku ni, sebab aku kene menanggung kerja sahabat aku yg sedang cuti bersalin. Kini kerja aku makin bertambah la dan bertambah la KP aku dari 2 dah jadi 5 KP nak aku layan...apa-apa pun aku layan jer..kerja tetap kerja. kat situ le aku cari rezeki.

"Hidup aku kini merindui apa yg dah aku hilang...sukar tuk aku lupakan dalam sekelip mata..kesepian dan kerinduan menemani aku"

Jumaat, 2 Januari 2009

Selamat Tahun Baru(Maal Hijrah-1430H

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK DIRI AKU DAN JUGA ORANG YANG RAJIN MEMBACA BLOG AKU...SEMOGA TAHUN 2009 NI PENUH DENGAN AZAM BARU DAN MUNGKIN AZAM 2008 AKAN AKU CARI DAN CUNGKIL DI MANA KESILAPAN DIRI SEHINGGA KINI AKU MASIH LAGI BELUM MENCAPAINYE...
SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU DAN LEBIH AFDAL AKU SEBAGAI ORANG ISLAM LEBIH UTAMA MENYAMBUT SALAM MAAL HIJRAH(1430H) AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DALAM DIRI AKU DAN PENGAJARAN APA YANG TELAH BERLAKU PADA TAHUN LEPAS. AKU INGIN MEMBANGKITKAN SEMANGAT BARU DALAM DIRI INI, TAPI AKU TIDAK TAHU SEJAUH MANA PENCAPAIAN AKU TAHUN INI. INSYALLAH, SEMOGA DI BERKATI ALLAH DAN SEMOGA JALAN YANG AKU TUJU REDHAI NYA DENGAN AZAM BARU AKU. APA AZAM AKU?..BIARLAH RAHSIA..HANYA AKU DAN DIA SAHAJA YANG TAHU BERTAPA AKU MENGHARAPKAN AGAR AKU DAPAT MENCAPAINYA....AMIN...