Pada 27/01/2009 aku, adik dan sepupu memenuhi cuti yg tinggal sehari dengan melawati dusun buah-buahan di D-PARADIE jalan nk ke kampung melekik simpang ampat. kawasan dia memang luas kalu tak silap aku dalam 60 lebih hektar ler. Tiket masuk harga untuk dewasa RM49.90 dan sewa buggy kami ambil 3 seat RM49.90 serta kami sewa basikal RM10.00 untuk sebuah. kami sewa buggy dan 2 buah basikal. Aku dan Liza(sepupu) menunggang basikal. Memang seronok menunggang basikal sambil melihat keindahan alam yg penuh dengan pokok-pokok buah-buahan. Tapi sayang bukan musim buah-buahan sewaktu kami lawati hari tu yang berbuah cuma jambu, limau, belimbing, ceremai dan beberapa buah yang aku tak pernah lihat. Sebelum kami memulakan aktiviti kami. Kami di sediakan minuman berasaskan buah-buahan yg di perbuat dari buah cempedak..sedap gak..tak pernah aku minum air cempedak dan juga di sediakan buah-buahan. Selesai je makan kami pun teruskan perjalanan kami..memang menyeronokan..dengan angin yg bertiup kencang..tidak menjejaskan perjalan kami walaupun panas. sempat gak kami melihat budaya orang asli serta rumah-rumah suku kaum asali sarawak yang ada di sana dan persembahan tarian mereka. Kami juga turut di ajak menari bersama, aku apa lagi menari ler..walaupun tak pandai..ehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan