Kata Ku


Ahad, 12 Februari 2012

Jogging..Jongging..mau sihat..mau kurus..

Seksikan Pic atas..hihihi..itu tak penting..yang penting bagi aku semangat nak sihat dan kurus macam dia. Masuk hari ini aku rasa dah 6 kali aku pegi jongging kot..or..4 minggu, dan aku cuba tak makan malam. Kadang-kadang tu..dalam seminggu ada gak la aku makan malam..kalau kt opis aku kurang makan benda berat. Sekurang-kurangnya aku akan makan malam seminggu dalam sehari..selebihnya aku lebih makan di office atau makan waktu petang selepas pulang dari kerja. Masalah aku ini buah kurang makan, agak-agak rajin nak makan aku akan makan..
Persoalannya..boleh kah aku KURUSSS???...hihihi..cuba tak nak buat kek lagi..tapi niat rasa macam nak buat..sekurang-kurangnya aku akan mengelak membuat kek berasaskan cheese buat sementara ini..baru kejap tadi berangan nak buat kek coklat..hahahahaha. Teringat sms dari Rijal..bila aku kata dah tak nak buat kek buat masa ni..apa dia kata.."ngelak buat kek, tapi tetap makan kek kan"lebih kurang macam tu la..hehehe...macam tau-tau je dia tu..bezanya lah..kalau aku buat kek..confirm aku akan makan banyak/berulang-ulang, sebab kat rumah aku memang peminat kek..nak lagi kek coklat dengan cheese..dengan whipping creamenya..aduyaiiiii,,tak boleh tahan, syahdu je..terliuk air liuk aku kalau biar macam tu je...tapi kalau aku setakat makan kek orang bagi or beli..tak banyak, cuma sepotong atau 2 potong..lepas tu dah tak boleh ualng-ulangkan..
Berapakah berat yang aku nak capai????..aku tak letakkan berapa target berat yang aku nak..cumah cukuplah fizikal aku nampak kempis sikit, badan rasa ringan dan sihat. Bila pakai baju ngan seluar tak adalah nanpak lembau. Masalah yang aku hadapai pada diri aku ini ialah keadaan Fizikal aku, dah memang acuan aku memang macam ni..keturunan lah katakan..jenis yang lebau-lebau..tang mana tuuu..hahaha..tang punggung lerr..peha aku sekali..badan ok..tetapi orang perempuan yang berpunggug kecik badan lebau tak cantik juga kan..kurus kering kerempeng pun tak cantik..sepapan je aku tengok ada sesetengah perempuan. Adakah meraka perasan cantik kah dengan keadaan kerempeng tu?..bak kata kawan-kawan aku.."laki ko nak peluk pun tak sedap..tulang jerrr"..hahahaha..memang pun..apalah yang nak di banggakan badan sekepingkan..tapi kalau kurus berisi..memang cantik dan solid..
Aku di kategorikan buah pear...


haaa..pic kat atas ni kategori bentuk badan..nasib baik kategori aku pear..cantik sikit kot..hahaha..nak banding dari apple tu..lurus je..kecik bawah tak ada body shape..hihihi..cuma aku ni dah terlebih sikit berisinya..kalau nak kurangkan boleh..tepuk dada tanya selera la...rajin dengan tak rajin je..aku pernah kurus..masa aku kerja kilang dulu..nak lak jadi line support..berjalan je kerja aku..mengulau pun ia juga..hahaha..memang aku kurus dan aku rasa ada macam cengkung..entah lah..

hihihi..ni masa umur aku dalam 20 thn kot..
Kecik je bahu aku..lengan pun dah lebau..macam sekarang..kalau aku sarung baju kebaya di atas..rasa-rasa tang mana tak boleh butang..hahahaha..yang confirmnya..tang punggung kau..tang perut..dada..semuanya tak boleh butang kot..sarung je bileh..tapi macam sarung nangka..hihihi..
Dan kalau boleh aku nak kurus pun sekurang-kurangnya berisi ler dari pic atas ni..nak dapatkan macam kat atas ni aku kene kerja kilang semula lerr..hihihi..
Malam tadi baru je aku coret blog tajuk Bila??..pasal kahwin..dah timbul persoalan tu pagi tadi..hihihi siapa lagi kalau bukan mak aku..perkara ni terjadi bila aku belek-belek..bunga telur. Aku dapat dari rumah kawan aku semalam..dia buat cukur jambul anak pertama dia. Aku belek-belek..mak aku tetiba cakap..nanti kalau kahwin nak buat bunga telur macam mana?..aku diam kejap..memikir lah ni..ermmm..macam ni pun ok..sambil tunjuk bunga telur kat tangan aku..hihihi..haa..lepas tu..mula la..mak aku..tanya.'bilalah kau nak kahwin ngan pakwe kau ni'?..aduhh mak aku ni.tak semestinya aku akan kahwin dengan pakwe aku kan..manalah tau tetiba terkawin ngan orang lain lak..siapa tau tetapi aku adalah seorang yang setia..ko tunjuk la, kenalkan lah..orang itu..orang ini..kaya macam manapun..hadsome macam mana pun..aku tetap sayang dengan yang dah ada..aku memang jenis tidak reti menduakan..meramaikan pakwe ok..rimas aku di buatnya.So..aku biasalah..jawapan aku "entahlah mak" sengih..tu je..lepas tu cepat-cepat tukar topik..hahaha...
Aku ni dah lari topik..dah lah..aku mau mandi..dah bau bijan dah ni..tapi  masalah eak..aku macam segan..rumah aku ni..ada orang sedang menukar bumbung..hohohoho..karang ada yang tersekodeng lak..kenelah..siap-siap dalam bilik air..lepas mandi tolong mak aku masak..selepasss itu..teruskan misi aku..jahit manikkkkkk..

>>kalau boleh..nanti aku nak jongging bertemankan orang tersayang>laki aku la..itupun kalau dapat laki yang rajin bersenam.hahah tuk bagi aku semangat..


Bila??

Bila?? itu adalah persoalan yang sering orang akan bertanya pada aku. Bila lagi?Bila?Bila?Bila..bila dan bila..kadang aku pun naik bosan bila orang bertanya perkara yang sama. Aku tak salahkan mereka yang bertanya soalan sebegitu, memang patut pun bertanya sebab tak ada perubahan hidup dalam diri aku ni, bila orang tengok aku masih membujang, walaupun ada macam unsur menyibuk tapi tidak sebenarnya. Memang dah lumrah manusia memang suka bertanya, ambil berat. Cuma yang kena tanya tu akan rasa bosan soalan yang sama ditanya dan jawapan yang sama aku akan jawap, dah memang tak ada jawapan lain yang nak aku jawap bagi memuaskan semua orang. "Nasib lah ye, jawapan aku tetap sama" dan akan menjadi bosan seperti aku..hihihihi...terkadang tu aku mengeluh sendiri "Haishh bila lah nak kahwin ni?" keadaan ini akan berlaku bula aku mendapat kad jemputan dari kawan-kawan aku yang nak mendirikan rumahtangga. Nak menghadiri majlis mereka pun sebenarnya segan. Orang sudah ke depan aku masih duduk termanggu lagi. Duduk tunggu buah durian tak jatuh.hihihi..tersengih lagi.
Satu perkara yang merimaskan aku ialah bila orang bertanya "kau dah ada pakwe ke belum?" itu adalah permulaan pada bicara..lepas tu, memuji ko ni cantik, pandai masak, rajin takkan tak ada orang nak kat kau.."kau jual mahal kot" ini lagi satu ayat yang  memang sering aku terima, berdesing telinga sebenarnya bila dengar, dan aku jawap sambil senyum "Eh..tak adalah, belum ada jodoh". Hihihi..lepas tu tersengih macam kerang busuk. Dalam hati hanyal Allah sahaja yang tahu. Bukan aku yang minta semua ni terjadi, kalu dah di beri keadaan macam ni aku terima dengan hati yang tabah, walaupun dalam hati menangis mengenangkan ujian yang aku tanggung. Orang tidak akan faham apa yang aku rasakan. Perit rasanya.. kadang-kadang menangis..sedih..tersengih melihat diri..ermmm..macam-macam reaksi..kadang-kadang aku rasa bodoh pun ada diri aku ni. duk menunggu sampai ler tua kerepot aku nanti.ermmm..
Ada lagi perkara lain..Bila orang datang duk tanya,
Situasi pertama :-
A= Anak kau ni dah berpunya ker?
Mak= Entah lah, tak tau la, tanya la empunya badan
A= Den berkenan tengok ngan anak kau ni..sepandan dengan anak sedara den ni.
Aku????..dalam hati saya dah berpunya makcik..
A= kau jangan tunggu lama-lama tak elok.
Mak=tersengih..tak tau nak jawap apa. Anak eak ketegak sangat.hihihi

Situasi kedua:-
A= Ruby kau dah ada pakwe ke belum ni??..soalan tetap yang sama..
Aku= sengih2, senyum tersipu malu kunun..padahal tengah memikir apa nak jawap kat tok sedara   
          aku ni..maka aku jawap. dah ada dah!!sengih lagi
A=Kalau dah ada bila lagi nak kawin?? tuingg...tersentak..jawapan aku sendiri pun tak pasti lagi..
A=sambung lagi kata-kata, aku senyap sengih lagi..kalau lambat nanti ada orang datang meminang!!
Aku= dalam hati..sambil tertelan air liuk..alamak!!!!!..aku senyap masih tetap dengan sengih..hihihi
A=tanya dia..cepat-cepat sikit ajak kahwin jangan tunggu lama-lama lagi..ada orang nk masuk meminag ni!! 
     kali kedua ayat tu di utarakan...
A-citer pasal anak laki dia pun tak kawin lagi..muda 2 tahun dari aku. Dia kata umur tak kisah. Janji serasi, suka. Ermm..senangnya cakap. Pakwe aku pUn muda setahun dari aku..aku memang tak kisah lah..dia entah lah..mungkin tidak kot. Bila A macam paksa aku cakap dengan pakwe aku apa yang dia sarankan tu, Aku dah mula takut, resah..alamak..alamak..alamakkkkk..tidakkk..'jangan paksa aku'!!..sampaikan waktu cuti ke apa-apa kaitan cuti..aku dah mula resah..jangan la dia balik kampung..jangan la dia singgah umah aku..soalan yang sama tetap akan di acukan..kali ni kalau dia tengok tak ada apa-apa perubahan..aku tak tau la..apa yang terjadi..hope anak dia tu dah jumpa yang terbaik buat diri dia. pstt!!!..nama dia bun aku tak tahu.dasyatkan..lantak la...
Teringat masa raya tahun lepas..Allah maha mengetahui apa yang aku rasa..alhamdulillah..bukan jodoh aku ngan anak dia kot..hihihi..tapi tak boleh cakap macam tu kan..mana la tau..dia nk uji aku kan..
Maka..masa raya Tok Sedara aku bawa kaum keluarga dia datang rumah beraya..anak lelaki dia yang tidak pernah datang umah aku ni..datang gak beraya..ish-ishhhhhh...Sib baik masa tu aku ngan adik beradik lain kuar beraya. Cuma ada selisih masa kereta hendah menurun ke laman rumah aku..masa tu aku memang tak terfikir pun itu dia orang yang dimaksudkan..Nasib lah tak dapat jumpa aku..hihihihihi..bila aku tanya mak..itu lah orang ea..aku tanya hadsome tak..mak jawap putih, boleh tahan hadsome..kecik2 mcm ko juga..hahahaha..alahaiii..tak mo la kecik..nanti anak2 aku kementot..kihkihkih..Aku tak kisah sapa yang akan jadi laki aku..putih ke,..gelap ke..coklat ke..hijau ke..hahaha..janji dia sayang aku, jaga aku dengan baik,..tanggungjawab tak dilupakan..
Situasi ketiga:-
K.J = Bie..tadi ada orang tanya pasal ko
Aku=??..tanya pasal apa kak?siapa yang tanya tu
K.J= tanya pasal ko dah ada pakwe ke belum?(soalan tetap sama kan) sapa yang tanya itu akak tak boleh cakap la..rahsia..staf sini juga la
Aku=???..alahai..cakaplah kak..(K.J tetap tk bagi tau siapa)
K.J= tapi akak cakap la..mana lah saya tau..tanya lah dia sendiri..
Aku= dalam hati-Aduyaii kak..kenapalah tak cakap dah ada..tak payah lah orang tu datang bertanya aku..rimas lah aku kalau orang nak jodoh-jodohkan aku dengan orang tu..orang ini..padahal bukan tak tahu..aku dah berpunya..ermm..mungkin sebab diaorang tengok aku ni..nama je dah ada pakwe tapi macam tu gak..tak kahwin-kahwin lagi...padahal dah lama diaorg dengar pasal aku ngan rijal..hihihi..aku nak jawap macam mana..dia sendiri pun tak pernah nak bagi kepastian pada aku..aku nak jawap apa!!
Kadang-kadang aku rasa betul juga apa yang kawan-kawan aku nasihatkan aku..pasal hubungan aku ni..kalau dia tu betul-betul nakkan kau..dah lama dah..datang jumpa kau..ajak kau kahwin..kat situ baru kita tahu keikhlasan dia terhadap kau, yang dia betul-betul nak kan kau."cakap kat dia kalau betul-betul nakkan saya kita kahwin" Apa nak tunggu-tunggu lagi, kahwin je" ish2 senangnya..macam senangkan..padahal..nanti yang tanggung aku..
Jawapan aku ialah..alahai kak..takpe biarlah dia nak kumpul duit tu dulu.mempersiapkand diri.itu sahaja yang mampu aku cakap..
Ada lagi ayat diaorang.."alahai pasal duit..tak jadi masalah..rancang kahwin ..insyallah..masalah duit pasti dapat diselesaikan..dengan izin Allah..lepas kahwin pun insyallah..lagi bertambah-tambah rezei korang...

aku 'mengeluh kejap'..berfikir..fikir..dan fikir..fikir sampai sekarang...tak ada petunjuk lagi..istikharah sudah..hihihihi
Aku= Baiklah..nanti saya cakap ngan dia..(tapi aku tak sampaikan pun..)

sebab aku takut nanti dia kata aku yang lebih-lebih lak.Semua orang tak tahu situasi kami buat masa ini macam mana..hihihi...biarlah itu antara aku dengan dia..Biarlah rahsia...
Manalah tau kan dia tak fikirpun ke arah tu buat masa ni..aku yang lebeyhhh lak..kalau ikutkan kata kawan..'cari je yang lain..' Amboi-amboiiii...sedapnya..ingat ini baju ke..
Aku tahu..dia nak mengukuhkan kedudukan dia sekarang.mempersiapkan diri.dah cukup duit..baru lah dia fikir pasal kahwin..itu pun kalau dia nak ajak aku kahwin..buatnya dia terjumpa yang lebih muda..cantik elok..manis..sopan.kurus..tinggi..semua lebih dari aku..siapa sangkakan..jodoh, takdir semua di tangan Allah..
Teeetapi..kalau aku ngan dia berusaha lebih..kahwin.lepas tu sama-sama cari duit..insyallah akan dipermudahkan olehnya..kan!!!!..hihihihihi....

dah lah..malas nak fikir..aku nak enjoyyy.manalah tau nanti kahwin dapat laki yang q.c..duduk la celah dapur..hihihi...tak sabarnya nak pergi Bandung bulan 5 niii.bercotiiiiii..horeyyyyy!! habiskan duit yang ada..saki baki..yang tinggal.simpan kahwin pun tidak kan..:p..dulu simpan duit nak kahwin..tapi dah di keciwa..aku enjoy duit tu..hahahha..gelak-gelakkam diri sendiri..padan muka...


blog aku ni penuh dengan luahan hati aku..penuh luahan, dengan soal jodoh..kahwin..selagi aku belum kahwin la..hihihi..suatu hari nanti..ditakdirkan umur aku panjang..ada jodoh aku.blog akan di penuh dengan ruangan keluarga pulak kan..aku nk tulis blog nasihat-nasihatkan orang..cakap pasal agama..aku bukan terror sangat..maka..ini sahaja pilihan yang boleh aku coretkan..