Bila?? itu adalah persoalan yang sering orang akan bertanya pada aku. Bila lagi?Bila?Bila?Bila..bila dan bila..kadang aku pun naik bosan bila orang bertanya perkara yang sama. Aku tak salahkan mereka yang bertanya soalan sebegitu, memang patut pun bertanya sebab tak ada perubahan hidup dalam diri aku ni, bila orang tengok aku masih membujang, walaupun ada macam unsur menyibuk tapi tidak sebenarnya. Memang dah lumrah manusia memang suka bertanya, ambil berat. Cuma yang kena tanya tu akan rasa bosan soalan yang sama ditanya dan jawapan yang sama aku akan jawap, dah memang tak ada jawapan lain yang nak aku jawap bagi memuaskan semua orang. "Nasib lah ye, jawapan aku tetap sama" dan akan menjadi bosan seperti aku..hihihihi...terkadang tu aku mengeluh sendiri "Haishh bila lah nak kahwin ni?" keadaan ini akan berlaku bula aku mendapat kad jemputan dari kawan-kawan aku yang nak mendirikan rumahtangga. Nak menghadiri majlis mereka pun sebenarnya segan. Orang sudah ke depan aku masih duduk termanggu lagi. Duduk tunggu buah durian tak jatuh.hihihi..tersengih lagi.
Satu perkara yang merimaskan aku ialah bila orang bertanya "kau dah ada pakwe ke belum?" itu adalah permulaan pada bicara..lepas tu, memuji ko ni cantik, pandai masak, rajin takkan tak ada orang nak kat kau.."kau jual mahal kot" ini lagi satu ayat yang memang sering aku terima, berdesing telinga sebenarnya bila dengar, dan aku jawap sambil senyum "Eh..tak adalah, belum ada jodoh". Hihihi..lepas tu tersengih macam kerang busuk. Dalam hati hanyal Allah sahaja yang tahu. Bukan aku yang minta semua ni terjadi, kalu dah di beri keadaan macam ni aku terima dengan hati yang tabah, walaupun dalam hati menangis mengenangkan ujian yang aku tanggung. Orang tidak akan faham apa yang aku rasakan. Perit rasanya.. kadang-kadang menangis..sedih..tersengih melihat diri..ermmm..macam-macam reaksi..kadang-kadang aku rasa bodoh pun ada diri aku ni. duk menunggu sampai ler tua kerepot aku nanti.ermmm..
Ada lagi perkara lain..Bila orang datang duk tanya,
Situasi pertama :-
A= Anak kau ni dah berpunya ker?
Mak= Entah lah, tak tau la, tanya la empunya badan
A= Den berkenan tengok ngan anak kau ni..sepandan dengan anak sedara den ni.
Aku????..dalam hati saya dah berpunya makcik..
A= kau jangan tunggu lama-lama tak elok.
Mak=tersengih..tak tau nak jawap apa. Anak eak ketegak sangat.hihihi
Situasi kedua:-
A= Ruby kau dah ada pakwe ke belum ni??..soalan tetap yang sama..
Aku= sengih2, senyum tersipu malu kunun..padahal tengah memikir apa nak jawap kat tok sedara
aku ni..maka aku jawap. dah ada dah!!sengih lagi
A=Kalau dah ada bila lagi nak kawin?? tuingg...tersentak..jawapan aku sendiri pun tak pasti lagi..
A=sambung lagi kata-kata, aku senyap sengih lagi..kalau lambat nanti ada orang datang meminang!!
Aku= dalam hati..sambil tertelan air liuk..alamak!!!!!..aku senyap masih tetap dengan sengih..hihihi
A=tanya dia..cepat-cepat sikit ajak kahwin jangan tunggu lama-lama lagi..ada orang nk masuk meminag ni!!
kali kedua ayat tu di utarakan...
A-citer pasal anak laki dia pun tak kawin lagi..muda 2 tahun dari aku. Dia kata umur tak kisah. Janji serasi, suka. Ermm..senangnya cakap. Pakwe aku pUn muda setahun dari aku..aku memang tak kisah lah..dia entah lah..mungkin tidak kot. Bila A macam paksa aku cakap dengan pakwe aku apa yang dia sarankan tu, Aku dah mula takut, resah..alamak..alamak..alamakkkkk..tidakkk..'jangan paksa aku'!!..sampaikan waktu cuti ke apa-apa kaitan cuti..aku dah mula resah..jangan la dia balik kampung..jangan la dia singgah umah aku..soalan yang sama tetap akan di acukan..kali ni kalau dia tengok tak ada apa-apa perubahan..aku tak tau la..apa yang terjadi..hope anak dia tu dah jumpa yang terbaik buat diri dia. pstt!!!..nama dia bun aku tak tahu.dasyatkan..lantak la...
Teringat masa raya tahun lepas..Allah maha mengetahui apa yang aku rasa..alhamdulillah..bukan jodoh aku ngan anak dia kot..hihihi..tapi tak boleh cakap macam tu kan..mana la tau..dia nk uji aku kan..
Maka..masa raya Tok Sedara aku bawa kaum keluarga dia datang rumah beraya..anak lelaki dia yang tidak pernah datang umah aku ni..datang gak beraya..ish-ishhhhhh...Sib baik masa tu aku ngan adik beradik lain kuar beraya. Cuma ada selisih masa kereta hendah menurun ke laman rumah aku..masa tu aku memang tak terfikir pun itu dia orang yang dimaksudkan..Nasib lah tak dapat jumpa aku..hihihihihi..bila aku tanya mak..itu lah orang ea..aku tanya hadsome tak..mak jawap putih, boleh tahan hadsome..kecik2 mcm ko juga..hahahaha..alahaiii..tak mo la kecik..nanti anak2 aku kementot..kihkihkih..Aku tak kisah sapa yang akan jadi laki aku..putih ke,..gelap ke..coklat ke..hijau ke..hahaha..janji dia sayang aku, jaga aku dengan baik,..tanggungjawab tak dilupakan..
Situasi ketiga:-
K.J = Bie..tadi ada orang tanya pasal ko
Aku=??..tanya pasal apa kak?siapa yang tanya tu
K.J= tanya pasal ko dah ada pakwe ke belum?(soalan tetap sama kan) sapa yang tanya itu akak tak boleh cakap la..rahsia..staf sini juga la
Aku=???..alahai..cakaplah kak..(K.J tetap tk bagi tau siapa)
K.J= tapi akak cakap la..mana lah saya tau..tanya lah dia sendiri..
Aku= dalam hati-Aduyaii kak..kenapalah tak cakap dah ada..tak payah lah orang tu datang bertanya aku..rimas lah aku kalau orang nak jodoh-jodohkan aku dengan orang tu..orang ini..padahal bukan tak tahu..aku dah berpunya..ermm..mungkin sebab diaorang tengok aku ni..nama je dah ada pakwe tapi macam tu gak..tak kahwin-kahwin lagi...padahal dah lama diaorg dengar pasal aku ngan rijal..hihihi..aku nak jawap macam mana..dia sendiri pun tak pernah nak bagi kepastian pada aku..aku nak jawap apa!!
Kadang-kadang aku rasa betul juga apa yang kawan-kawan aku nasihatkan aku..pasal hubungan aku ni..kalau dia tu betul-betul nakkan kau..dah lama dah..datang jumpa kau..ajak kau kahwin..kat situ baru kita tahu keikhlasan dia terhadap kau, yang dia betul-betul nak kan kau."cakap kat dia kalau betul-betul nakkan saya kita kahwin" Apa nak tunggu-tunggu lagi, kahwin je" ish2 senangnya..macam senangkan..padahal..nanti yang tanggung aku..
Jawapan aku ialah..alahai kak..takpe biarlah dia nak kumpul duit tu dulu.mempersiapkand diri.itu sahaja yang mampu aku cakap..
Ada lagi ayat diaorang.."alahai pasal duit..tak jadi masalah..rancang kahwin ..insyallah..masalah duit pasti dapat diselesaikan..dengan izin Allah..lepas kahwin pun insyallah..lagi bertambah-tambah rezei korang...
aku 'mengeluh kejap'..berfikir..fikir..dan fikir..fikir sampai sekarang...tak ada petunjuk lagi..istikharah sudah..hihihihi
Aku= Baiklah..nanti saya cakap ngan dia..(tapi aku tak sampaikan pun..)
sebab aku takut nanti dia kata aku yang lebih-lebih lak.Semua orang tak tahu situasi kami buat masa ini macam mana..hihihi...biarlah itu antara aku dengan dia..Biarlah rahsia...
Manalah tau kan dia tak fikirpun ke arah tu buat masa ni..aku yang lebeyhhh lak..kalau ikutkan kata kawan..'cari je yang lain..' Amboi-amboiiii...sedapnya..ingat ini baju ke..
Aku tahu..dia nak mengukuhkan kedudukan dia sekarang.mempersiapkan diri.dah cukup duit..baru lah dia fikir pasal kahwin..itu pun kalau dia nak ajak aku kahwin..buatnya dia terjumpa yang lebih muda..cantik elok..manis..sopan.kurus..tinggi..semua lebih dari aku..siapa sangkakan..jodoh, takdir semua di tangan Allah..
Teeetapi..kalau aku ngan dia berusaha lebih..kahwin.lepas tu sama-sama cari duit..insyallah akan dipermudahkan olehnya..kan!!!!..hihihihihi....
dah lah..malas nak fikir..aku nak enjoyyy.manalah tau nanti kahwin dapat laki yang q.c..duduk la celah dapur..hihihi...tak sabarnya nak pergi Bandung bulan 5 niii.bercotiiiiii..horeyyyyy!! habiskan duit yang ada..saki baki..yang tinggal.simpan kahwin pun tidak kan..:p..dulu simpan duit nak kahwin..tapi dah di keciwa..aku enjoy duit tu..hahahha..gelak-gelakkam diri sendiri..padan muka...
blog aku ni penuh dengan luahan hati aku..penuh luahan, dengan soal jodoh..kahwin..selagi aku belum kahwin la..hihihi..suatu hari nanti..ditakdirkan umur aku panjang..ada jodoh aku.blog akan di penuh dengan ruangan keluarga pulak kan..aku nk tulis blog nasihat-nasihatkan orang..cakap pasal agama..aku bukan terror sangat..maka..ini sahaja pilihan yang boleh aku coretkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan