Tajuk Hospital..tapi bukan aku yang masuk hospital ye..tetapi nak cerita apa yang terjadi di sana ketika aku sedang duduk menunggu mak aku ambil darah..biasalah kan..orang kencing manis ni..bila time dia kena ler amik darah..check darah okey ke tidak..ye idok..hihihi..macam ni ceritanya...................................................
Sebelum mak masuk bilik ambil darah..adalah seorang perempuan berpurdah duduk sebelah aku. Masa aku duduk tak lak aku perasan perempuan purdah, mungkin disebabkan aku nak mengelakkan diri aku di langgar oleh makcik yang sedang tolak whellchair suami dia..masa tu aku membelakangkan perempuan purdah dan aku terus duduk sebelah mak aku...tengah-tengah tunggu giliran mak aku..tetiba terdengar suara perempuan bertanya.."masuk bilik ni ke?" sambil tunjuk bilik yang betul-betul ngadap depan aku..aku toleh oh..perempuan purdah bertanya aku..so aku jawab lah kan tidak "tak lah..bilik sana...bukan saya..mak saya nak ambik darah"..sambil tu aku senyum..dia pun angguk kepala..mungkin senyum kot sbb tak nampak kan..nampak mata je..lepas tu dia terus bersembang dengan makcik sebelah dia lak..aku pun toleh pandang mak aku..tengok nombor gilirian dia..no 17 so kejap lagi mak aku masuk...tetapi no 18 yang masuk dulu..nombor pakcik sebelah mak aku..so..aku cakap..ok takpe kejap lagi mak lah tu...tak lama tu bilik depan aku terbuka adalah seorang pakcik Tabliq ke Arqam ke aku tak pasti...yang pasti nampak memang macam kategori dua-dua tu lah kan...dia duduk sebelah aku..dannn..tiba giliran mak pulak..aku pada awalnya nak alih tempat duduk sebelah hujung sebab kosong..sebab aku rasa macam tak manis orang alim macam tu duduks sebelah aku..dan aku rasa segan..huhuhu..tetapi entah macam mana..macam tak boleh nak bangun melekat lak punggung ni kat situ gak..ermmm..ok lah..duduk je..tunggu...dannnnnnnnnnnnnn..
tetiba aku terdengar suara berkata..lebih kurang macam ni lah ye..sbb masa tu aku tak pasti dia cakap ngan siapa so aku macam terkejut la..masa tu mak aku bangun nak masuk bilik ambil darah..tetiba "Orang yang bijak ni sentiasa menggingati mati" aku tergamam..eh..pakcik sebelah ni cakap ngan aku ke..masa tu aku tak toleh lagi..dan dia terus bercakap..tapi aku tak berapa nak dengar apa yang dia cakap..sebab dalam hati aku sedang berkata-kata eh..dengan aku ker..so..aku pun toleh dia pandang pintu bilik yang mak aku masuk..aku pun senyum dan terus berkata " betul tu.." dan pakcik tu ulang lagi.dan dia ada sentuh pasal cerita nabi..orang yang paling bijak di dunia ni ialah nabi..yang sentiasa menggingati mati..aku!!!..macam biasa senyum..tergamam tak tau nak kata apa..hihihi..baru aku paham..dan dia cerita pasal kawan dia baru lepas meninggal..sedang goreng mee goreng kat kedai..tetiba sakit pengsan..hantar hospital lepas tu meninggal...so..fahamlah aku apa yang dia nak sampaikan..kita ni bila-bila masa je akan mati..cuma kita tidak tahu bila..macam mana kita mati, kat mana..tu semuanya kuasa dan rahsia Allah...ermmm..saya faham pakcik..okey setakat ni boleh terima lagi dan aku faham..aku ingat dah habis..tetiba pakcik tu sambung lagi cakap"Orang perempuan ni senang nak masuk syurga, ada 4 perkara iaitu..Hormat kedua orang tua kita..hormat suami kita..jangan tinggalkan solat dan jaga maruah kita..memang senang..tetapi orang lelaki ni susah sikit..macam-macam karenahnya.."..aku lak..angguk dan masih senyum.....hihihihi..lepas tu..dia tanya aku lak" Suami kerja mana?"..aku okey lagi nak jawab.." Saya belum kahwin lagi" sambil senyum..dan malu-malu kucing...dia terkejut.."oh..tak kahwin lagi!..umur berapa sekarang ni?" masa tu aku...erkkk..aku jawab gak lah..dah 34 thn..dia angguk dan tetiba dia cakap.."ok..tak pelah lah saya ni penjalan jodoh" masa mula-mula tu aku tak faham apa dia cakap..aku pandang dia ...dan aku fikir..penjalan jodoh..lama gak lah kan..nak faham..lepas tu baru aku faham..oh ok..dan masa tu mula lah ada sedikit kurang senang di hati aku ni..huhuhu..pakcik tu berkata lagi" bagi saya no. telefon awak..nanti saya kenalkan awak dengan kawan saya, bolehlah saya jalankan"..ahhh..sudah nak jalankan aku dengan siapa ni?..kawan dia..sebaya dia ker?..alamak..kawan dia tu dah kahwin ker?..mesti kawan dia sebaya dia kot..nak cari bini no. 2 kot!..ahh,,tidak..masa tu aku dah mula pandang-pandang pintu bilik yang mak aku masuk..dalam hati mana mak aku ni..lambat la pulak dia ni keluar..pakcik tadi sekejap je..kenapa mak aku lambat ni..cepat lah mak keluar..cepatlahhh..pakcik tu bersuara lagi " Perempuan ni kalau nak cari calon suami ada 4 perkara"..dalam hati aku..4 perkara lagi.."kena cari yang beriman..yang aku tak pastu bertanggungjawab kot..dan lagi aku tak pasti masa tu dia cakap apa..sebab masa tu jiwa sedang berkecamuk..bila lah mak aku nak keluar ni..aku pandang dia..senyum dan cuma mampu berkata.."betul tu"..hihihihi..dia terus bercerita lagi.." Anak sulung saya sebaya awak..34 tahun..sekarang ni dah nak masuk 6 orang..aku pun terus cakap"oh..ye..anak pakcik mesti kahwin muda kan"..sambil pandang muka dia...dia kata anak dia kahwin masa umur 16 tahun..aku terkejut..mudanya anak dia kahwin..dia cakap masa tua anak dia sekolah apa eak dia sebut..madrasah ke sekolah pondok..entahlah.............kitaorang diam sekejap...tak beberapa minit tu..pakcik tu tanya aku.." dah berpunya ke belum ni?..aku tersentak..alamak...aku fikir oh ini peluang aku nak lepaskan diri..supaya dia tak minta no.telefon aku..hihi..so aku cakap lah ada kan...lepas tu dia tak puas hati..dia tanya lagi bila nak kahwinnya..mulanya aku dengan konfiden jawab..insyallah tahun depan..dalam hati aku..tahun depanya tahun bila aku tak tau lah..hihihi..tapi pakcik tu macam tak puas hati..dia tak dengar atau buat-buat tak dengar tak pastilah..masa tu aku boleh pulak tergagap-gagap nak cakap tahun depan kali kedua...huhuhu..dia angguk dan terus tanya aku lagi " dia orang mana?"..errrrrrr..boleh tergagap-gagap..aduyaii...errrrrr..orang..masa tu aku teringatkan Rijal..ah nasib baik....hahaha..orang mana eak..ermmm..aku belasah je Selangor..nak sebut rawang entahlah tak tersebut..aku pun tak pasti..dia tu jodoh aku ke idok..macam...ermmm..entahlah..yang pasti aku nak selamatkan diri aku..teringatkan dia..terus jawab selangor..dua kali lah pakcik tu tanya soalan yang sama..agaknya masa aku jawab mula-mula tu tergagap-gagap tak berapa jelas..tu pasal dia tanya aku lagi...dannnnnnnnnnnnn..pakcik tu cakap bagus lah macam tu...tak payahlah saya jalankan...masa tu Alhamdulillahhhh.lega hati aku..takut aku..buatnya dia jalankan aku ngan kawan dia yang dah kawin jadikan aku bini no.2..no.3 atau no.4..ohhhhh..tidakkkkkkkkk..masa tu..mak aku keluar..memang lah aku rasa bertambah-tambah lega..tak sabar aku nak ajak mak aku balik...hihihi..tapi mak aku duduk kejap..ambil beg dia..dan aku cakap..ok mak dah sudah...mak cakap dah.aku pun cakap jom balik..lepas tu aku cakap kat pakcik tu..saya balik dulu dan aku bagi la salam..dia tak dengar aku bagi salam kot masa tu..dia tak jawab..tapi dia tanya aku..ayah awak tadi tu?..aku jawab.."oh..tadi tu bukan ayah saya...ayah saya kat rumah.."sambil senyum dan terus beredar..sekali lagi aku cakap ok pakcik saya balik dulu..dia pun angguk..aku tak tau lah apa tanggapan dia pada aku masa tu..masa dia mula-mula tegur aku..aku tengok diri aku ni..pakaian aku ni seksi sangat tak..bila aku tengok balik..oh..tidak..ok lagi..tapi di sudut yang lain ada juga aku terfikir..adakah allah menghantar seseorang untuk tolong aku carikan jodoh..sebab tetiba pakcik tu cakap dia penjalan jodoh..atau ini ujian allah untuk aku..mengingatkan aku..cari calon jodoh yang terbaik yang perlu aku cari..sebab pakcik tu ada sebutkan 4 perkara lelaki yang perlu ada untuk di jadikan suami..dan 4 perkara ketika sudah menjadi isteri..senang untuk masuk kedalam syurga..memang senang..tetapi 4 perkara tu lah kadang-kadang orang perempuan ni terleka...terlupa..anggap perkara tu mudah..tetapi payah diaorg nak menghadapinya..sebab..zaman sekarang ni..macam-macam ragam...macam-macam pengaruh..yang boleh menyebabkan perempuan terlupa perkara yang senang untuk masuk ke syurga..entah lah..wallah huallam....aku sendiri akan hadapinya suatu hari nanti..bila sudah ada suami nanti..masa tu lah aku akan faham..dan aku perlu juga mengingati 4 perkara yang di katakan oleh pakcik tu..semat dalam hati..moga-moga aku jadi isteri yang baik pada suami aku nanti...siapa suami aku?..hihihi,,Rijal ke?entahlah aku tak pasti dengan dia ni macam main tarik-tarik tali lak.rasa tergantung tak bertali pun ada gak ni..atau..simpulan ni ke?..hihihi entahlah..yang pasti jodoh aku tu adalah tuan empunya rusuk kiri ini..kadang terfikir juga..empunya rusuk kiri aku ni..dah meninggal ke?..sakit ker?..hihihi..merepek je aku kan..mungkin jugakan..sebab tu ada perempuan yang tak kahwin sampai dia meninggal..sebabnya.........................ermmmmm..tak tau.Allah sahaja yang tau segalah-galanya....
p/s..Jodoh..oh jodoh.....sayang kamu.. :)
1 ulasan:
rilek2 la bi.. meaningful day tu.
Catat Ulasan