Kata Ku


Khamis, 10 Jun 2010

Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya


ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

(Sedihnye lagu ni tp best dengar lagu nih..)

Jumaat, 7 Mei 2010

Jumaat, 30 April 2010

Jerawat...arghhhhhhhh!!!!

Aduyaiii..napa la jerawat ni tumbuh kat dahi aku ni...
Jerawat atau dalam bahasa lain Acne Vulgaris..ini adalah disebabkan ganguan kelenjar yang berlebihan..terlebih minyak..tak pun di sebabkan kosmetik..ini menyebabkan pori-pori kita tersumbat..
Jerawat tumbuh akan menyebabkan kulit kita membengkak dan tersa sakit yaamatttt..aduyai..kalu tergesel ngan kuku lagi le bisa sesangat....dah 3 minggu jerawat aku mcm ni..ni pn dh kurang sikit jer..kt dahi lak tu tumbuh kt pipi ada sedikit..memang sakit..ermm..harap2 hilang le jerwat nih..tk pernah aku ketumbuhan jerwat sebanyak ni..kata org aku stress..aku pn tk tau apa yang yang aku stress..tp bagi aku..ini adalah dari segi pengambilan makanan yang berlebiha minyak dan pemakaian kosmetik..serta juga hormon..ehehehe..lepas ni aku nk letak hirisan kentang la pulak..bagi kecut..aku baca petua ni dari majalah rapi..cuma tinggal kerajinan aku je nih...ermm.harap2 la..

Selasa, 20 April 2010

Mencari Langkawi..ehehe

Pada 2/4/2010 hingga 4/4/2010 yang lalu aku bercuti di Langkawi bersama2 rakan2 HEA lama..thanks kerana sudi ajak aku join sekali ke Pulau Langkawi. Memang aku rindu nk kesana...tak tau la apa yang bestnyer..menyebabkan aku mmg suka sgt ke sana salah satunyer lautnyer yg cantik dan semestinyer menginap di chenang...kalu boleh nk pergi lagi..tapi duit rabak la kalu ke sana..macam2 aku nk beli..tapi sib baik aku boleh kontrol lagi..jimat2..
ini gambar ketika di Wang Kelian..sempadan Thailand..dapat gak la jejak kaki ke negeri thailand walau tk berpeluang ke sana lagi..eheheh

Jumaat, 2 April 2010

DE GEDIKS...

Pada 25/3/2010 - Majlis Perpisah Bos Kami Pn.Puziah yang telah bersara 
dan Seorang staf pemandu- akan bersara -Hj.Onn
bertempat di Kings Hotel,Melaka. Gambar diaorg tak ada..kitaorg je yg lebih2..ehehehe..

Khamis, 25 Mac 2010

Kenangan Terindah...Tinggal Kenangan...

                     Berposing sebelum memulakan Koir
                  Ketika Koir..Muka aku nampak sipi jer..huhuhu
             Bergambar kenangan hari terakhir bersama Bos...

        Maulidurasul..cantik tak sepanduk hasil dari tangan kami semua.. 
        N.Johan kategori Sepanduk..perbarisan hancur..ehehe..
     Aku dah macam ketua kendarat le pulak.....camner le leh terlepas kedepan
     ..yang penting muka aku masuk frame..ehehehe..

Isnin, 1 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Maka aku adalah salah seorang peserta yang menyertai perarakan peringkat negeri Melaka. Seronok juga la menyertainyer..beratus2 orang yang berada di Stadium Tun Fatimah tempat permulaan perarakan dan berakhir di Masjid Al-Azim. Alhamdulillah Kami pasukan dari UiTM telah memenangi Johan Sepanduk dan tempat ke 3 perbarisan..berbaloi2 aku duduk barisan depan..ehehe..walaupn masa tu aku rasa nk tercampak jer kasut aku ke depat..sbb aku cuma pakai kasut hitam separuh bersarung..lenguh kaki nak kontrol kasut supaya tak tercampak..eheheh...lepas ni kami akan berarak di Durian Tunggal peringkat Daerah Alor gajah dan seterusnyer peringkat UiTM antara bahagian..ermmm....selain kebaikan dan kelebihan yang akan di kurniakan oleh allah pada mereka yg mengahdiri majlis sambutan ini.....ini juga satu senaman gak...peluh banyak keluar..pecah lemak..ehehe

Bergambar sebelum perhimpunan dan berarak..

Antar peserta yg terlibat Ghairah nk bergambar wat kenangan

Sempat amik gambar dr berlakang je sebelum kene duk barisan depan pegang bunga telor huhuhu

Tengah menjamu selera 'lunch'
selepas berarak...seronok lak makan ramai2 camtu

Lepak lepas berarak...

Isnin, 22 Februari 2010

Selamat Pengantin Baru Wat Sahabatku....

Tahniah wat sahabat ku wanie...semoga bahagia melayari rumah tangga yg baru di bina..
semoga kekal ke akhir hayat..amin..


Bergambar selepas Nikah (16/2/2010 lepas Asar)

tinggal kenangan....me & wanie

Wani & Wan..bertandang di rumah lelaki

Rabu, 20 Januari 2010

Sang Mantan..apa maksudnyer eak!!..

Lagu ni best didengar..tp sang mantan tu?..ermmm

Sang Mantan

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Reff:
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Back to Reff

Mana janji janjimu

Selasa, 12 Januari 2010

THE BIGGEST LOSER.....


Red Team (Chaiyuk la..2 kali memenangi game berkumpulan

Peserta-peserta "The Biggest Loser"..
Memasuki program yang dianjurkan oleh unit sukat di tempat keje aku ni, memang menyeronokan. Tambahan lagi mengeratkan silaturrahim antara staf. Program berunsur Utamakan kesihatan badan dan sekali gus bersifatkan untuk menjaga bentuk badan yang membuatkan aku bertambah minat untuk mengikuti program ni. Tapi bila orang dapat tahu aku mengikuti program ni ada yang kata.."ko dh kurus buat apa masuk".."badan kecik tak payah masuk la" ayat-ayat yang tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan program tu, sebab yang join program ni kebanyakan besar-besar orgnya..takpe..sekurang-kurangnya aku sihat...kalau ikutkan setahun sekali sahaja bersukan di tempat keje aku ni..tak cukup untuk menyihatkan diri selain penjagaan makanan...kene juga di sampingkan dengan senaman. Aku sekarang ni dah mula sedar senaman itu adalah salah satu aktiviti yang menyihatkan...selama ni aku malas nk berjoging or wat ever la yang seangkatanya..bila sukan je aku rajin..sekarang aku dah mempengaruhi mak aku gak, so tiap-tiap minggu dia akan ikut aku berjoging di Taman. Harap-harap dapat la aku turun berat badan aku ni..selama aku mengikuti program ni...'hidup sihat"..chaiyuk!!hidup pasukan merah..2 kali berturut-turut memenangi cabaran dalam program ni. Harap-harap Jumaat ni..jadi juara lagi...

Selasa, 29 Disember 2009

Cuti2 Malaysia...

Ketemu lagi..sekian lama menyepi baru kini aku muncul semula..itu pun tak tahu la..akan bertahan sampai bila..tengok masa dan keadaan sekarang ni..untuk mengisi masa lapang bagi melakar apa2 yang patut pada blog ni..aku buat blog ni pun suka2 jer..kali ni aku paparkan..gambar2 lama yg terdapat di Muzium Time Tunnel di Cameron Highland pada 16/12/2009..aku bercuti bersama-sama kakak, ika(anah buah). Selepas puas berada di Cameron kami beralih ke Lumut pada 18/12/2009..sampai di sana mula la cari bilik..berpusing2 satu lumut..tak jumpa juga..masa makin beralu ke malam..kami ambil keputusan ke Teluk Batik..pun begitu juga tak jumpa bilik untuk menginap..kami ke Setiawan sama juga..akhirnyer tokeh di sebuah hotel menelifon membernyer di Lumut..Alhamdulillah..nasib menyebelahi kami ada juga penginapan untuk malam tu..tapi dalam perjalanan untuk cari bilik..aku dah kepeningan dan mabuk..muntah air..sebab perut kosong..aku cuma alas ngan maggie sahaja petang tu..sampai di Dinding Hotel pun begitu juga..tak boleh bau lif..terus aku muntah..nasib baik adik aku boleh bawa kereta..mungkin di sebabkan aku dh terkene hujan masa di cameron dan perut kosong..jalan pusing2..tu sib baik aku yang drive..kalu aku jadi penumpang..dari cameron hingga ke lumut aku dah jadi lembik..pada keesokannya 19/12/2009 kami ke Pulau Pangkor..terus ke Teluk Nipah dan sewa bot 4 orang..jelajah beberapa pulau..dan tinggalkan sebuah pulau tempat untuk bermandi manda...aku tak mandi la..cuma anak buah aku yg mandi..sampai di Lumut dalam pukul 7.00..kami bertolak ke Puchong hantar kakak dan anaknya..pukul 3 kami berdua bertolak balik ke melaka...begitu la percutian aku tahun ni..huhuhu...













Muzium Time Tunnel (Cameron Highland)

Rabu, 25 November 2009

Salam..

Isnin, 13 Julai 2009

Musim Buah-buahan...Kebun ku...

Musim Buah-buahan mula la org berniaga dengan pelbagai buah-buahan yg ada di Malaysia ni terutama sekali Durian memang popular sejak dari awal musim lagi, sehingga ke hari ini dan sekarang pula buah Rambutan dan Cempedak. Sudah ramai peniaga berniaga di tepi jalan dengan hasil tanaman mereka. Negara kita ni kaya dengan buah-buahan tempatan yg memang enak di makan tapi kalu terlebih makan bagi pesakit yg mmg dh ada penyakit tu kene la berjaga2 kerana buah-buahan tempatan kita ni kebanyakannya manis2 belaka. Kat bawah ni adalah sebahagian pokok-pokok buah-buahan yg terdapat di kebun belakang rumah aku. Pokok2 ni adalah hasil tanaman Arwah Atok, katanya "Atok tanam pokok buah-buahan ni untuk cucu2 Atok, senang tak payah nk beli2" tu katanya la..dan ini la hasilnya.Tapi tahun ni pokok durian(Gambar tak ada lupa nk snap) kurang berbuah, masa mula2 berbunga memang banyak, tp bila time mula nk jadi buah tak melekat. satu lagi musuh ialah Tupai..ish2..kene upah org tembak kalu nk hasil yg banyak. Dua tahun lepas memang lumayan buahanye, ada la dalam 50 batang pokok Durian Atok aku tanam dan tak la semua yg berbuah, kira puas bila makan, memang tak perlu beli.. Cakap pasal bunga durian ni..pun boleh buat lauk. Goreng bercili pun sodap..macam tauge kerangupanya. Bawah ni sebahagian pokok yg ada kt kebun buah-buahan Atok aku.









Bawah ni lak..pengikut setia setiap kali nk p kebun..ada lagi beberapa pengikut..tak ikut kene kurung. Leceh nak bawak ramai2..kesudahn kita lak terjerit2 panggil balik..ehehe..

Bawah ni lak..Ayam Jantan kt umah aku yg hampir pupus.hahaha..kokok aku ni..jer la yg tinggal, manja lak tu..yang lain mati kene makan biawak..malas nk bela..reban ayam, kitaorg buat tempat kucing2 aku berehat waktu petang..ehehe

Khamis, 9 Julai 2009

Warghhhhhh!!!....Facebook kene block..

Busannyerrr...kene block..sorry ler geng..tak dapek nk mengikuti perkembangan u all kt Facebook..huhuhuh..ntah sampai bila la nih sabar jer la..tp lepas kul 5 boleh lagi..ehehehe..

Websense Enterprise
Your organization's Internet use policy restricts access to this web page at this time.
Reason:
The Websense category "UiTM Block Office Hour" is filtered.
URL:
http://www.facebook.com/home.php?

Jumaat, 3 Julai 2009

Sukan Minggu MMS Pelajar Baru





Sukan antara pelajar-pelajar baru petang semalam, memang menyeronokkan..bila lihat new student bermain..kelakar sunggu..walau pun kurang pengalaman..tapi daya usaha mereka memang dasyat..ehehe..sampai kami ni leka lihat gerak geri mereka ketika memukul bola sampai tk sedar..bola dari pihak lawan sampai ke kami..apa lagi..ehehe..bola mengejut...jika di asah lama-lama..corak pemainan mereka mesti lebih bagus dari kami yg dah tua ni..apa2 pun Hamper yg disediakan bagi pasukan Bola Tampar, Bola Jaring dan Takraw..semua..staf yg gondol..apa lagi..menjamu selera la di padang...