Kata Ku


Khamis, 24 Februari 2011

Lemon Chess Cake & Banana Cake..testing2..

Kali ni aku tunjuk hasil kerja tangan aku hehe..first time aku wat chess cake ni.cake ni aku wat bulan lepas,skrg ni baru nak upload pic nye, tak ada masa la..asyik tumpukan pada facebook je. Sekali sekala layan blog best gak nih..tp memang dah lama aku nk wat sendiri cake ni..alhamdulillah..jadi gak la..walaupun tak sesedap cam kt kedai ..janji aku boleh makan dan memang aku orang yang banyak makan sekali..heheh..setakat untuk tekak aku boleh la nih....chess dia aku guna 1 buku je..tu pasal..kalu kita lihat biskut dia je yang lebih tebal..hehe..mau kasi nampak tebal itu cake laaa...ok tak cake aku..huhu..lepas ni aku nk try Tiramisu lak la..itu pun kalu aku rajin..

tebalkan biskut dia...Ermm..yumyum..tuk diri sendiri..

Yang ni Banana Cake..2nd time aku wat baru jadi..sebelum ni aku buat melekit..tk jadi..alhamdulillah..jadi gak cake aku nih..sedap dan gebu...yumyummm....

Sabtu, 12 Februari 2011

Selasa, 18 Januari 2011

Biarkan..

Biarkan aku terus berperasaan begini..indah entah lah..berbunga..entah lah..sakit hati..entah lah..nak nangis lagi lah entah. Tak dapat nak pastikan..biarkan lah dulu..hehehe. Apa aku nk buat pada tahun baru ini..dalam proses memikirkan sama ada boleh atau tidak. Kene fikir panjang walau memakan masa usia aku..hehehe..biarkan je laaa...hidup ini sekali..buat lah apa yang aku rasa nak buat. Selagi aku terdaya..hehehe.."Life is Wonderful..Life Goes Full Circle..life is our love"..hehehe..

Selasa, 11 Januari 2011

Jalan2 Cari Kawan..

Pic ni aku pergi MAHA 2010 bersama Kaka, Adik dan Ika(Anak buah aku)


REUNIO IPM-1/1/2011
Masa ni kami berkumpul di Bota(Perak), rumah Sham. Aku bertolak dari Melaka ke Tanjung Malim untuk ambil Along dan Adik, dalam pukul 5.00 am..sendirian. First time aku bawa kete Myvi aku berjalan jauh bersendirian. Seronok juga drive sorang-sorang ni..suka hati aku nak bukak radio slow ker or kuat..tp memang aku bukak kuat..hehehe..takut mengantuk. Nasib baik berjalanan pagi tu memang aku tak mengantuk. Lama sunggu tak jumpa diaorg ni hampir 11 tahun tak jumpa..masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri..tapi masa tu tak ramai yang hadir..so harap next reunion ramai la menyertainyer.

 Ni Along dan Adik (kembar tak seiras)

 Amir(Ijung),Unn dan Bad

 Baby Dya

 Aku dan Adik


 Aku dan Along

 Siti Sarah dan Zalila Lid

 Sham

 Keluarga IPM yang tak berapa nk ramai ni..anak2 je yang meramaikan..hehehe

Khamis, 16 Disember 2010

luahan entah apa-apa..

Bila hidup aku di tumbuhi tanaman-tanaman di taman..hati berbunga rasa..
Bila taman yang aku diami di sinari matahari..aku bahagia..
Bila kebahagian yang sedang aku kecapi di bajai dengan sempurna..kehidupan aku menjadi indah
Bila keindahan yang aku lalui bersama bunga-bunga segar..redup mata ku melihatnyer
Bila aku melihat perjalanan hidup aku di warnai denga warna-warna pelangi...yang pasti ada terselit kedukaan..
indahnyer hidup ini..
Bila ianya muncul dalam hidup..aku jadi resah..
Bila keresahan itu menjalar..aku mula takut..
Bila ketakutan itu menguasai diri..apa yang aku dapat??
Hidup aku akan sentiasa terlepas dari perkara-perkara yang mungkin baik bagi diri aku..tapi aku takut
untuk menerimanya..
Kali ini aku cuba untuk menjauhkan rasa takut itu daripada menguasai diri sepenuhnya..
Apa yang aku perlukan dalam hidup ini??
Kebahagian!!!
Keriangan!!!
Senyuman!!..senyum??..ehehe teringat lak kat seseorang..
apa yang pasti..aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ni..walaupun aku hidup bertemankan kebahagian orang lain..
Biarlah aku lihat mereka semua bahagia..aku suka..
Aku benci pada orang yang menipu..
Aku benci pada orang yang suka berpura-pura
Aku benci pada orang yang suka amik kesempatan
Aku benci pada orang yang anggap aku sebagai sandaran
Aku harap tiada kepura-puraan hanya kerana ingin menjaga hati..
yang penting sekarang aku bahagia bersama kriss and myvi kesayangan aku..hahaha..menggong aku!!!

Rabu, 15 Disember 2010

Percutian di Langkawi lagiii..dlm cuaca hujan..


Pada 10/12/2010 aku sudah berada di Langkawi - Sehingga 12/12/2010 menginap di Sinaran Motel..yang seronok bila melawat di Kilim Geoforest Park..Aktiviti yang menyeronokkan..dapat la hilang kebosanan apabila banyak tempat yang aku tak dapat pergi..
Takper..lain kali aku datang lagi ke Langkawi banyak kali pun tak apa..sampai la aku bosan..ehehe..aku akan ku pastikan aku pegi semua tempat-tempat tu..
Nak lagi kalu pergi ngan orang-orang tersayang..bila la aku dapat bawa mak,ayah!..adik??..aku dah bawa ehehe..ermm..

 Me n As


 Adik







Ahad, 7 November 2010

BBQ DI PENGKALAN BALAK 6/11/2010 (Sabtu 6.00 pm)

Hari ini aku, Adik, Ija, Zana & Intan...ber BBQ di tepi pantai sambil-sambil melihat matahari terbenam dan dalam keadaan ombak yg bergelora..sehingga sukar untuk kami membuat aktiviti tepi pantai..nak menyalakan api pn susah..sib baik ada family ni..dh habis bakar2..dia tinggalkan tapak yg masih berbara..serta jaring..thanks ya..kami cuma tambah lagi satu lubang untuk buat bara supaya cepat sikit masak kesemua bahan-bahan yang kami bawa..keadaan laut yg bergelora kadang-kadang percikan air menyimbahi kami..tapi kami tetap teruskan membakar..selepas siap semuanya..kami ke tapak yang lebih selamat untuk menjamu selera..keadaan cuaca yang memang cantik..memang aku suka keadaan seperti itu..bergelora seperti ku..eheheh..








Banyak kali buat BBQ kt Pengkalan balak ni..tp ni la yg mencabar..asyik kene air laut jerr..ombak kuat sangat..sampai basah la baju kitaorg ni..takut gak tgok keadaan camtu...ombak penuh gelora, hati dan perasaan kitaorg pn bergelora..huhuhu..Gelora di hati Sara vs Gelora di hati Rabiah..leh wat buku baru nih..Ombak yang menghempas pantai..bagaikan rajuk yang berpanjangan, angin bertiup kencang menyalakan api keresahan..matahari terbenam di selaputi awan mendung, berselindung kala hati rajuk..kini awan mendung mula berarak..menampakkan sinar cahaya..cahaya hati" wah..ayat aku tk menahan..ehehehe..

Selasa, 12 Oktober 2010

Hepi Besday Afiq 10.10.10 sama tarikh dengan kejadian mengerikan....

 Hepi Besday Afiq..yang ke 6 thn





Riuh betul kakak2 dan makcik2 yang datang..gamat sungguh..

Kemalangan yang mengerikan 10.10.10
Pada kejadian kemalangan tersebut aku adalah salah seorang yang terkandas di kesesakan itu. AKu baru pulang dari rumah abang sulung di bangi menyambut besday anaknya. Aku bertolak dalam pukul 6.30, pada cadangan awal..kami nk balik awal dalam pukul 5 tapi abang tak benarkan kami pulang sehingga kek di potong..maka aku tidak la terlibat dengan kemalangan itu alhamdulillah..apa yang aku rancang semua tak jadi..pada rancangan awal, aku nak exit tol di rembau, tetapi mak aku tak solat magrib lagi, singga di kawasan rehat seremban terlalu ramai, kesian mak aku, kaki dah la sakit..so aku rasa sempat kalu singgah di masjid alor gajah..rupa-rupanya..lain yang jadi..magrib mak aku ntah kemana..ehehhe..aku terjebak dengan kesesakan itu bermula dari pukul 7.30 mlm hingga 11.45 mlm di pedas, perjalanan sudah mula perlahan..pada sangkaan aku ada sekatan jalan raya di hadapan..tapi bila fikir balik takkan sekatan di Highway..hati mula cuak bila terdengar siren ambulan..sah..ada kemalangan..ingatkan kemalangan kecil..sekali lagi siren ambulan dari arah belakang..dan bunyi lagi..pada sangkaan aku..ini mesti melibatkan bas atau lori..macam-macam sangkaan antara aku, adik dan mak..bila sampai di tempat kejadian..sah la..memang berlaku kemalangan besar..aku mula terkandas selepas perhentian pedas..sehingga la hampir-hampir masuk ke sempadan melaka. Pada 2 jam pertama aku tidak rasa apa-apa..masih segar bugar..tetapi selepas 2 jam..aku dan adik dah rasa tak selesa..nak terkucil, nak membuang segala bagai, belum sampai rumah aku dah amik nombor dulu untuk masuk  ke toilet nak singgah kat tol..ramai org tak selesa..ehehe..aku mula rasa pening dan loya, mak dah standby kan plastik untuk aku..ikutkan hati aku nk berhenti saja tepi jalan..tapi aku gagahkan juga..perlahan-lahan kenderaan bergerak..sampai di suatu tempat..aku terpaksa matikan enjen kereta dan kepanasan mula terasa, nasib baik dalam kereta aku ada kipas tangan aku mula mengipas ada yang menegur aku..aku senyum je la..abang yang dalam ambulan pun sempat lagi menegur aku.. kerana masa tu memang kenderaan tidak boleh bergerak langsung...ada yang keluar dari kereta terus menuju ke tempat kejadian..sangkaan mereka hanya di depan sahaja kemalang berlaku tetapi jauh jangkaan mereka..memang jauh ke depan..ada yang patah balik..ehehe..gelagat manusia..ikutkan hati aku pun nk tengok..tapi di sebab kan aku yg drive..kene la duduk diam2 dalam kereta...sambil berkipas..