Kata Ku
Sabtu, 18 Oktober 2008
Stress dan Dengki
Hari ini dalam sejarah..sedang aku membuat kek carrot tiba-tiba Pak uda aku datang sekeluarga ke rumah dalam pukul 10.00 am. Mak uda aku bersalam dengan mak, aku, abang dan adik dalam keadaan yang sedih memohon maaf, mak terkejut dan hairan sedangkan pada raya pertama masing-masing telah memohon maaf di pagi raya. Kami sekeluarga menjadi panik melihat keadaannya. Kemudian Mak Uda aku ke rumah nenek katanya ingin memohon maaf pada Nenek dan Makcik aku sekeluarga. Aku, mak dan adik turut kerumah Nenek ingin mengetahui perkara sebenar. Disana Mak Uda aku asying menangis memohon maaf dan dia rasa bersalah kepada semua orang. Asyik-asyik ulang kita akhirnya akan bertemu di Melaka Pindah(rumah Mak Uda aku). Aku dah jadi seram dalam keadaan begitu betul ke Mak Uda aku akan pergi meniggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Aku rasa hampir 2 jam lebih berada di rumah Nenek. Kami menelefon semua adik beradik terdekat kerana ini adalah permintaan dia yang terakhir untuk memohon maaf. Dalam cerita ni aku pun tak tau nak cakap camne Mak Uda aku ni stress pun ada dan gangguan yang kita tidak nampak telah bersatu menjadikan dia tertekan sehinggakan dia rasa nyawa dia akan berkahir hari ini juga. Dalam keadaan dia macam tu dia ingin suami dan anak-anaknya berada disampingnya. Pak Uda aku call Mak Mertua dia di Seremban dan dia akan datang dengan segera. Mak Uda aku bercakap perkara-perkara yang pelik yang menakutkan aku sehingga meremang bulu roma aku dan semua yang berada di sana. AKu yang nak pergi beraya hari ini pun terpaksa batalkan. Kami turut memanggil guru kauseling yang sama tempat kerjanya untuk memberi nasihat dan kata-kata perangsang, lama-lama dia tenang sedikit. Sebelum tu Hujan turun dengan lebatnya, Pak Uda aku azankan di telinganya banyak kali baru dia senyap dan tenang. Tapi bila guru kaunseling tiba dia mula berang sedikit. Tapi lama-lama dia sudah boleh tersenyum tapi masih ada lagi yang menggangu hidupnya. Aku rasa macam bukan Mak Uda aku sahaja lain benar perangai dia, cara dia bercakap tidak senyum langsung. Setelah guru kaunseling pulang Pak Uda aku sekeluarga ke rumah aku. Disana Mak Uda aku menangis semula memohon maaf pada suaminya. Pak Uda aku turutkan aje la orang sakitkan dia terpakasa duduk di sebelahnya tak boleh kemana. Sementara aku mak dan adik menyediakan makanan tengah hari kerana masa tu sudah pukul 1.30 pm. Sedang kami semua makan, Mak kepada Mak Uda aku tiba. Mereka tidak lama singgah di rumah aku kerana dia ingin membawa Mak Uda aku berubat di Kelemak. Mak aku turut mengikut untuk mengetahui perkara sebenar. Menurut mak aku, Mak Uda aku ni terkena buatan orang dan juga stress, seperti yang aku cakap tadilah perkara tu dah bersatu. Sekiranya lambat berubat kemungkinan akan membawa maut. Selepas berubat dia dah berasa sihat dan tidak lagi menangis seperti sebelumnya. Siapa yang membuat Mak Uda aku jadi macam tu mak aku tak nak cerita, tak pe la yang penting dia selamat. Dalam cerita ni ada perkara-perkara yang dia cerita, katanya sebelum dia sakit dia pergi ke supermaket dia terjumpa dengan seorang lelaki bermata merah menyuruh dia mengambil air 100 plus tapi Mak Uda aku tidak ambil. Banyak kali la dia sebut perkara tu. Dia kata orang yang berada si sekelilingya pun bukan orang, kalu bukan orang sapa eak?..ermmm..entah la. Dia asyik-asyik menyebut nama seseorang iaitu guru di tempat dia bekerja dia ingin mohon maaf untuk apa aku tak tau bila di tanya dia tak buat salah dan guru tu pun tak buat salah. Dalam kejadian ni apa yang terpendam selama ini tidak di ketahui oleh suaminya semua terluah terutama sekali berkenaan hutang. Baru suami dia tahu yang isteri dia ada berhutang dengan guru di tempat kerjanya. Bukan perkara itu je, iannya melibatkan tanah pun ada juga. Baru-baru ni Mak Uda aku dan keluarganya pergi ke pejabat tanah berkenaan pembahagia tanah, mungkin ada yang tak puas hati ke aku pun tak tau. Banyak perkara yang boleh di kaitkan, berkenaan stress ni aku rasa dia banyak berfikir dia rasa guru-guru di sekolah tidak suka dia dan stress kerana Pak Udak aku sakit dia sering berulang alik ke Hospital, menjaga anaknya seramai 4 orang, dah lah tak reti bawa kereta terpaksa naik bas, tapi yang mana satu aku pun tak tau nak di kaitkan. Yang penting Mak Uda aku sihat. Itu la kisahnya hari ini dalam sejarah pertama kali aku mengalami perkara macam tu. Seram sejuk aku di buatnya, masa tu aku terfikir gak Dosa-dosa aku selama ni, ada menyakitkan hati orang ke, hutang yang tak aku perasan sempat ke aku nak minta maaf kat semua orang, menginsafkan aku gak ni..huhuhu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Ya, kehidupan begitu sih , dan mau bikin apa?
Salam kenal.
thanks gildo for your comment...kalau kehidupan begitu kita ngak boleh buat apa-apa sih..berserah aja pada takdir, kita tidak tahu siapa punya angkara, kalu kita mahu menunding jari pada orang yang kita tidak pasti kebenarannya, dosa nanti..
Catat Ulasan