Kata Ku


Isnin, 13 Oktober 2008

Sandaran Hati


Aku telah melakukan kesilapan, kerana terpadam catatan aku miggu lepas pada 6/10/2008 nasib baik aku leh copy paste semula....berikut adalah catatan aku pada minggu lepas mengenai novel yang aku baca....


Hari ni aku berjaya menamatkan pembacaan novel aku yang bertajuk "Sandaran Hati" from Aini Marisha keluaran Alaf21. Lama juga la aku nak habiskan membaca buku ni. Maklumla aku mula baca buku ni sehari sebelum raya. Bila dah sibuk menyiapkan persiapan untuk raya esok, terpaksa aku tinggalkan sekejap buku ni. Nak lagi bila berhari raya..terlalu sibuk nak mengadapnya pun tak sempat. Baru hari ni aku berjaya nak habiskan. Setiap perkara yang kita lakukan dengan niat baik dan sabar bahagia la jawapannya tapi jika niat tu tak elok, tamak dalam segala hal maka buruk padah la masa depan seseorang tu. Begitulah cerita yang di garapkan dalam novel ni. Nasib baik ceritanya happy ending best sikit aku nak baca. Tapi hidup aku tak pernahnya berjaya dalam percintaan, mencintai dan di cintai semuanya terkandas... sad ending huhuhu.. Tapi aku tak salahkan sesapa yang pernah aku kenali sebelum ni. Aku selalu fikir belum tiba masanya untuk aku merasai semua ni..ada hikmah disebaliknya. Allah sayangkan aku sebab tu dia selalu beri aku ujian. Aku kena tabah dan kuatkan iman untuk menghadapi semuanya, tu yang selalu aku pegang. "Tanyalah hati ini dan ketahuilah..penantian mu ada penghujungnya"...ayat-ayat kat depan novel ni. Boleh gak aku pegang kata-kata ni. Untuk meneruskan kehidupan seharian aku ni pasti ada penghujungnya....."Oh tuhan....ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu"...ermm...cam best jer ayat ni...

Tiada ulasan: