Kata Ku


Ahad, 15 April 2012

Body Slimming...(Part 1)

Anda gemuk!!!..dengan riak muka yang macam tak peracaya sambil kedua-dua tapak tangan melekap kat pipi dengan mata terbeliak, mulut ternganga.. Astagfirullah....makin lama makin naik berat aku. Apa kes niii..nak kata tak makan malam dah berhari-hari aku tak makan malam. kalau ikutkan jadual diet memang ler kene makan waktu siang. Terutama sekali waktu pagi sebelum kita memulakan kerja. Menu selalu yang aku order tak adanyer nasi. Semuanya Bihun sup atau bihun goreng, kadang-kadang tekak nak rasa mee goreng mamak aku order la. lunch pulak memang la tak makan cuma after 2 aku makan ler apa-apa yang patut. Cuma kalau ada meeting kat bilik mesyuarat utama sebelah je opis aku ni, ada lebih-lebihan makanan tu pantang kalau di offer kat kitaorg ni, confirm belasah jer..kalau seminggu tu ada meeting seminggu tu aku belasah. Tidak kira ler menu apa..kalau nasi goreng aku belasah jer..sedap la kan lagi pun free sapa nak tolak..hahahahaha. Sebelum ni aku cuba elakkan cheese tetapi berat aku macam tu juga. So..Rabiah you must do something for body slimming. Makanya...
Semalam aku dah pergi ke pusat body slimming, tetapi!!! bukan london weight tu yer. Aku tak mampu nak bayar mahal-mahal kat chino. Aku cuba mengkayakan orang-orang melayu kita. Kebetulan pengurus body slimming ni adalah ex-student UiTM Lendu ni. Maka eden torai la kat diaorg ni. Lagipun aku amik pakej yang paling murah jer huhuhu..aku boleh kalau nak amik pakej yang rege LIMA RATUS lebih tu, masalah eak eden nak poe Bandung awal bulan 5 ni, nak ler menyimpan duit kan..nak berjoli apa-apa ke nak gak pakai duit takkan air liuk kan. So bermulalah sesi pertama aku. aku ada 7 sesi untuk pakej ni. setiap sesi ada 3 program rawatan.
Hari Pertama:-
- Aku masuk pusat Body Slimming tu terlihat ada beberapa customer dengan selamba  je bercoli ngan spender jer. Ermmm..aku camner lak karang..hahaha..memang aku kena buat macam tu. Mula-mula tu segan gak la kan. Tetapi lama-lama dah tak segan.
- Pertama aku kena berkemban sementara menunggu Nani (Pengurus)datang untuk timbang berat badan aku sebelum melakukan treatment ni.
- Apabila dah timbang aku tengok berat aku..macam riak wajah yang aku cakap kat atas tadi la kan. Macam tak percaya. Aku rasa penimbang tu macam tipu aku jer. ker timbang kat umah aku tu dah longgar sekeru dia hahahaha..nak tau berat aku???..jeng jeng jeng..Biarlah rahsia yer..memang berat.
- Rawatan pertama yang aku kene buat ialah urutan badan menggunakan mesin apa ntah..ada nama rawatan ni body toning kot..entah la. Urutan di bahagian belakang dahulu yer. haa masa ni kene londeh kan towel aku dia selitkan towel kang bontot aku tutup bontot je walaupun aku bersepender. So badan aku di sapu ngan minya baby johnson. Ok..mula mengurut..bunyi mesin eak dah mcm bunyi mesin rumput hahahaha..apa-apa hal memang syiokkkk kene urut. Tetapi dia punya merenyam nyer..memang ler sesangat. Katanya lemak mula nak pecah.
- Rawatan ke dua pula aku bersauna. Suhu yang dia set ialah 65 darjah.. selama 30 minit. haaa..nak tau lagi 5 minit nak tamat aku dah suruh mak aku panggil consultant yang urut aku tadi suh bukak bekas sauna. Nak tau kenapa!!! aku rasa nak pengsan..sesak nafas..aduyaii..aku bab sauna memang rasa suka nak buat. tetapi dia punya panas dengan peluh mencurah-curah macam air hujan melimpah perghhhh..memang banyak kuar dan keadaan aku rasa macam tak selesa serta tidak bersarapan yang berat-berat, aku cuma minum air sahaja..memang patut aku rasa nak pengsang dan pening. lepas keluar dari sauna aku di suruh duduk kejap. lepas tu sambung mengurut di bahagian depan pula.
- Rawatan ke 3 body shapping. Aku kene bungkus dengan plastic wrap dan macam mumia pun ada..bila dah kene balut nak gerak dah macam robottt..koreh je.hahahaha..tetapi masa dia wrap badan aku perghhh..bila lah nak nak dapat badan kurus macam ni. Ada seorang customer tu..nengok badan aku kena wrap. Aku rasa dalam hati dia mesti cakap" ermm kalaulah aku dapat badan macam ni kan best..mesti ramai yang nak ngorat aku"..hahaha..budak tu memang gemuk, tetapi muka cantik. Apa-apa je lah dik..ko kena la usaha lebih yer..akak usaha kurang sikit jer dari adik..sebab badan akak tak lah gemuk mana..tang punggung ngan peha ni jer..hihihihi..lepas kena wrap aku kena baring..masa nak baring aku ni kena lah didukung sedikit nak naik atas katil..selepas baring aku di bungkus ngant selimut yang mempunyai haba berapa suhu kepanasan aku tak pasti. Tetapi yang pasti tekanan kat bahagian dada aku terlalu ketat sampai nak bernafas pun susah. pendek je nafas aku. Dalam hati aku, bila ler nak tamat masa niiiiii..aku cuba tidur...tak boleh juga..aduh...harung ajer laa..nak kurus punya pasal.
Kata pengurus- Pn. Nani..bila kita dah buat body slimming ni..bentuk kita dah kecik..pengambilan makanan pun dah kurang dah..dah boleh maintain berat atau bentuk badan kita. Aku nak kecik kan peha ngan punggung aku serta lenggan aku niiii..payah bebenauuu..nak kocik. Penat aku berjongging, sapu krim panas..tak juga kecik-keciknya. Rupa-rupanya aku tidak perlu berjongging sangat bagi orang macam aku yang berpeha lebau ni..makan pun aku tidak boleh ambik lauk yang berkuah...aduh..tom yam..sup-sup..buat masa ni aku kena tahan selelra aku ke arah lauk-lauk macam tu.
>> Nak tau apa keputusan aku selepas buat treatment tadi...hahaha..aku berjaya menurun berat badan aku 700 g dalam masa 2 jam...ermmm..kira oklah kan..dari berhari-hari aku torai nak kurangkan berat badan aku..tak juga turun-turun.
>> Esok aku akan buat sesi kedua pula yer..aku dah booking 8.30 pagi. sesi esok ada tambahan treatment. haa..ni tak termasuk dalam pakej. ni di panggil aksesori tau. aku buat buang angin ngan 3G..apa ntah..buat je la.
Yang aku risaukan..esok nak timbang..kompom berat aku naik balik..sbb tadi ada kenduri umah abg aku..maka aku dah belasah lah..tghari tadi..balik dari mantin belasah lauk2 dia..hihihi..harap2 naik sikit...atau adalah berkurangan..hahaha..tungguuuuuuuuuu...sambungan Episod Body Slimming aku ni yer..berjaya atau tidak...

>>aku kalau boleh setiap kali sesi nak ler turun 2 kilo ker..kan best..tetapi nani kata..ada setengah orang badan dia dah jadi kecik..tetapi berat tidak turun sangat...ada yang turun banyak..bergantung pada body kita la kan,..

Semoga berjaya Rabiah...Chaiyookkkkk...
 to be continued next episod..

Tiada ulasan: