Kata Ku


Isnin, 23 April 2012

Tiket...

Pening kepala aku malam ni..mungkin sebab aku tengah period kot. Aku kalau time bendera merah ni..memang macam ni la, pening.Sakit perutnya tak ada la sangat..sikit je..Dalam pada pening-pening pun otak aku ni asyik nak fikir benda yang bukan-bukan..Maksud aku fikir hal kehidupan la ye..Huhh..mengeluh aku di buatnya. Aku takut kalau perkara yang aku tak nak berlaku..akan berlaku sekali lagi dalam hidup aku ni. Payah nak handle emosi macam tu. Setiap kali bila berkata-kata unsur yang buat aku jadi mengharap tu, aku rasa cuak sama ada nak percayakan atau abaikan. Mungkin hanya gurauan sahaja atau memang berkata benar tetapi tiada daya kekuatan untuk mengotakan apa yang di katakan. Keberanian tak ada dalam diri, hanya pandai berkata-kata sahaja.
Arghhh..Bosan..kalau aku asyik nak fikirkan benda yang sama. Asyik fikirkan betulke ni jalan yang aku pilih sekarang ni, betul ke ni apa yang aku dah buat ni, betul ke ini pilihan aku. Aduhhh.. nak percayakan 100% tetapi tidak boleh, memandangkan pengalaman tu buat aku rasa cuak nak lebih-lebih. Tetapi kadang-kadang aku terlebih-lebih juga..melebihi apa yang aku takutkan..Ermmm...kenapa perlu dua insan yang masih hendak duduk di takuk yang lama menanti perkara ajaib berlaku dalam diri sedangkan..tiada usaha. Sabar tu ada hadnya..tahap kesabaran aku masih lagi boleh terkawal walaupun pemikiran itu datang berkali-kali buat aku sesak nafas sahaja bila dilayankan. Nak kata sedih..ada juga bila rasa macam tak di endahkan kehidupan ini, tetapi difikirkan balik ini yang aku pilih, yang aku mahu aku teruskan selagi terdaya. Dah banyak usaha aku, aku rasa aku yang terlebih untuk kearah itu, tetapi kehidupan itu seolah-olah lemah, malas, tak ada daya usaha..masih duduk macam tu sahaja, mencari untuk meningkatkan taraf hidup agaknya baru nak teruskan. Mungkin masa itu aku dah tak berdaya lagi untuk memikirkan, untuk hidup berdikari, untuk teruskan kearah kehidupan itu. Tiket dah ada tetapi berbolakbalik sama ada mau terbang bersama atau tidak..bukan aku. Bagi aku kalau dah ada tiket tu..teruskanlah penerbangan itu. Apa nak susah-susah, kapal terbang dah ada menunggu. Masa kita pilih mau terbang bila. jangan sampai terlepas kapal terbang sudah lah...kalau delay ok lagi..masih boleh lagi menunggu..ruang menunggu pun masih luas...maka terbanglah kearah destinasi yang dituju.....April hampir berlalu untuk meninggalkan kata-kata itu.walaupun itu bukan satu perjanjian tetapi ia tetap sesuatu pengharapan yang di harap..tetapiiiii............apakah itu...??? kehidupan kah itu..senak....yang penting..bulan 5  aku nk terbang dahhhh...moga selamat...Amin..

Aku dah mula merepek>

Tiada ulasan: