Kata Ku
Rabu, 22 April 2009
Kenangan di Sabah
Sudah sekian lama aku tak menulis di blog ni, tak ada cerita yang nak aku kongsikan tapi..Pada 10/4/2009 Jumaat pagi dalam pukul 5 pagi aku dan rakan-rakan HEA bertolak ke KLIA untuk lawatan ke Sabah. Sampai di Sabah dalam pukul 11.30 pagi, bas UiTM Sabah telah menunggu kami di Lapangan Terbang KK. Kami terus ke Hotel. Sampai di Hotel adalah acara bebas suka hati kami nk buat apa ehehehe. Tak sampai 5 minit aku duduk dalam hotel aku dan rakan sebilik telah keluar tak sabar nk menjamu mata di sekita KK. Di sana beberapa tempat telah kami lawati antaranya..Pasar Philipines, kedai mutiara..pasar malam..buang duit..ehehehe..lawatan sekitar di Kaki Gunung Kinabalu-Ranau, Kundasang..selain tu kami melawat 3 buah pulau tapi dh lupa apa nama pulau tu..ngeee. seharian kami di sana..sampai naik gelap la kulit aku. Walaupun aku tak menyelam, lautan yg jernih menampakkan isi di dalamnya di tepi lautan..memang cantik, pada hari isnin kami melawat di UMS..tempat mereka memang cantik, terutama Muzium/galeri mereka memang menarik pada pandangan aku. kami bertolak pulang pada 13/4/09 isnin. sepatutnya penerbangan kami pada pukul 7.30 malam, ada masalah menyebabkan penerbangan delay. Nak di jadikan cerita penerbangan yang sepatutnya kami naik dh terlepas, bukan salah kami..ini ada masalah sistem down. Terpaksa kami balik esok paginya. Nasib baik segalah penginapan, makan dan teksi di sediakan oleh pihak MAS. Merasa segala2nya free..eheheheh..tp malangnya sekejap jer dalam beberapa jam saja dapat aku merasa duk hotel yg di sediakan kerana pukul 2.30 pagi terpaksa aku bangun tuk bersiap2 ke lapangan terbang.















Jumaat, 20 Mac 2009
Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah
Wahdah Pemangkin Khairah-Ummah (Rasullullah Penyatu Ummat Manusia)
Sambutan Maulidur Rasul di UiTM Kampus Melaka di sambut dengan meriah sekali, dengan pelbagai warna warni dari pakaian hingga la ke bungga mangar...Selepas perarakan kami semua masuk ke dewan Bendahara untuk acara seterusnya. Acara di mulai dengan persembahan Nasyid kemudian deklamasi sajak dan seterusnya ucapan dan perasmian dari Pengarah Kampus sera persembahan Montaj Pelancaran Kelab Seni Islam(Inspirasi) UiTM Melaka. Selepas Persembahan Montaj di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Sepanduk dan Perbarisan antara bahagian dan Kolej. Pejabat aku memenangi tempat kedua bagi Sepanduk..jadi la ..huhuhuh....

Perarakan





cuba cari saya kt mana?..ehehehh
Sambutan Maulidur Rasul di UiTM Kampus Melaka di sambut dengan meriah sekali, dengan pelbagai warna warni dari pakaian hingga la ke bungga mangar...Selepas perarakan kami semua masuk ke dewan Bendahara untuk acara seterusnya. Acara di mulai dengan persembahan Nasyid kemudian deklamasi sajak dan seterusnya ucapan dan perasmian dari Pengarah Kampus sera persembahan Montaj Pelancaran Kelab Seni Islam(Inspirasi) UiTM Melaka. Selepas Persembahan Montaj di teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Sepanduk dan Perbarisan antara bahagian dan Kolej. Pejabat aku memenangi tempat kedua bagi Sepanduk..jadi la ..huhuhuh....
Perarakan
cuba cari saya kt mana?..ehehehh
Selasa, 10 Mac 2009
Cerita Kerbau yang berakal..ehehehe

Gambar hiasan
Sebab apa aku letak tajuk Kerbau...ini ada cerita aku sewaktu dalam perjalan aku menuju ke Alor Gajah untuk sarapan pagi di sana. Sewaktu sahabat aku tengah drive tiba-tiba sekumpulan kerbau sedang teragak-agak untuk melintas. Sahabat aku pun berhenti untuk memberi laluan pada sekumpulan kerbau ni. Yang aku jadi terpegun dan aku pun tak tau nk cakap apa...seekor kerbau yang pada fikiran aku adalah ketua kumpulan kerbau itu ianya juga merupakan kerbau jantan, berpatah semula kebelakang untuk memastikan anak-anak kerbau kesemuanya selamat melintas. Yang berada di belakang kumpulan kerbau ni pula ada di lindungi oleh kerbau betina, pada pengamatan aku itu mungkin ibu kepada anak-anak kerbau tersebut. Kerbau jantan ni tadi..memastikan kesemua kerbau selamat melintas baru la dia beredar dari kawasan jalan. Kami pun terus kan perjalan dan rasa teruja melihat adengan kerbau tadi. Aku rasa ralat la pulak sebab tak sempat nak ambil gambar kerbau-kerbau tadi.
Tapi tu la kan pelik aku..orang kata "binatang ni tak berakal"..tapi apa yang aku lihat tadi..ermm....macam apa yang kawan aku seloroh kan tadi..kerbau sekarang pegi sekolah..ehehehe...tergelak besar kami dalam kereta. Sahabat aku yang sorang ni pulak kata kerbau sekarang makan dedak tak macam kerbau dulu-dulu makan rumput jer..entah la betul ke tidak pendapat dia...mungkin yer juga kan. Sebelum ni pun..sewaktu aku hendak ke Alor Gajah juga...aku perhatikan sekumpulan Lembu pun berakal..sebelum lembu itu hendak melintas lembu-lembu ini pandang kiri kanan sebelum melintas..dalam hati aku berkata..pandai lembu ni..eheheh, itu la serba sedikit cerita aku hari ini..sekarang ni kita tak boleh nak kata binatang ni tak berakal,tak semua camtu kan...
Rabu, 18 Februari 2009
BTN(KOMPLEKS USAHAWAN HENING CIPTA(PONTION,JOHOR)
Aku ni baru je balik dari kursus BTN di Pontian Johor..letih betul badan aku ni..sampai aku demam kura2 hahaha..sekejap je..agaknye terkujat keletihan dan tak cukup tidur. Tapi tu la tekak aku ni perit dan batuk-batuk, agaknya cuaca panas dan aku asyik minum air sejuk. Not bad la tempat dia..aku ingatkan tempatnyer dalam hutan..tapi tak la...dia dekat ngan kawasan kampung di sana. Kursus aku tu bermula pada 12/2/2009 hingga 16/2/2009 petang isnin tu kami balik. tapi nktunggu hari isnin tu mak ai..bercinta tul..lama sangat..tak sabar je nk balik tidur puas2. dah la kertas kerja yg di bentang semua nyer tentang sejarah dan politik aku mana la minat semua tu, tak masuk dek otak. Tapi ada kebaikan juga sekurang2nya kita ada kesedaran sikit tentang sistem perlembagaan kita kt malaysia ni..tentang sejarah kita. Sbb tu sekarang banyak perkara yg buruk berlaku kt negara kita ni..ni di sebabkan tak ramai yg tahu ttg sistem perlembagaan kita di malaysia dan sesuka je diaorg nk saman raja. Apa2 pun seronok gak BTN ni..ramai kawan dan tak pasal2 aku di lantik jadi pengerusi majlis pada malam pertama tu. Menggigil kepala lutut aku ni bila berdiri kt atas pentas tu..semua tertumpu kat aku. Nasib baik aku tak tersalah baca skrip..ehehehe..yg bestnyer bila ada kt dalam dorm..terutama kak Yun yg suka buat lawak giler dia..dia la penghuluwati kitaorg dan juga staf uitm melaka. kebanyakkan yang datang dari kastam. kami dari uitm ni tak ramai. thanks la kepad urusetia BTN kami dan juga pada fasilitator kitaorg En.Borhan dan juga pada member group aku kumpulan 6-melati(aku tak tau nk eje nama dia..pelik sikit),Nurul izzati,Hidayah, Maz,Norha(budak serawak), Valentino(budak sabah),Azrool,Hafiz,Rasul dan A.Hafiz..seronok kenal ngan korang ni. Aktiviti yang paling aku suka sekali ialah Ice Breaking dan hari akhir LDK tu..mcm-mcm game kitaorg buat..yg best tu..lagu pizza Hut..Pizza Hut, kentucky fried chicken, Pizza Hut..tandori..tandori..eheheh..ada lagi..lupo..buat budak-budak yg satu dorm (bilik 3) ngan aku seronok kenal korang...korang memang otak giler2..
ni aku (ratu sondol) ngan penghuluwati(kak yun)ratu belon..hahaha

aku dan koda(ratu boyot)

faezah(ratu burung hantu dan koda(ratu boyot)

member2 dorm aku, adalah dalam 18 orang..otak giler2nyer



ni member2 group aku,korang memang best arr...




yus(ratu muzik) and the group
Ni Penghulu yg sengetkan mata tu bersama fazley satu group ngan k.nana(ratu ridsect)gak

ni aku rasa cam budak sekolah aku ni bila berpakaian cam ni..terasa muda..ehehe

yang ni dak yus(ratu muzik)

"MENARA BANGSA"
-HATI MELAYA...Penuh dengan sejarah
ni aku (ratu sondol) ngan penghuluwati(kak yun)ratu belon..hahaha
aku dan koda(ratu boyot)
faezah(ratu burung hantu dan koda(ratu boyot)
member2 dorm aku, adalah dalam 18 orang..otak giler2nyer
ni member2 group aku,korang memang best arr...
yus(ratu muzik) and the group
Ni Penghulu yg sengetkan mata tu bersama fazley satu group ngan k.nana(ratu ridsect)gak
ni aku rasa cam budak sekolah aku ni bila berpakaian cam ni..terasa muda..ehehe
yang ni dak yus(ratu muzik)
"MENARA BANGSA"
-HATI MELAYA...Penuh dengan sejarah
Khamis, 29 Januari 2009
D-PARADISE
Pada 27/01/2009 aku, adik dan sepupu memenuhi cuti yg tinggal sehari dengan melawati dusun buah-buahan di D-PARADIE jalan nk ke kampung melekik simpang ampat. kawasan dia memang luas kalu tak silap aku dalam 60 lebih hektar ler. Tiket masuk harga untuk dewasa RM49.90 dan sewa buggy kami ambil 3 seat RM49.90 serta kami sewa basikal RM10.00 untuk sebuah. kami sewa buggy dan 2 buah basikal. Aku dan Liza(sepupu) menunggang basikal. Memang seronok menunggang basikal sambil melihat keindahan alam yg penuh dengan pokok-pokok buah-buahan. Tapi sayang bukan musim buah-buahan sewaktu kami lawati hari tu yang berbuah cuma jambu, limau, belimbing, ceremai dan beberapa buah yang aku tak pernah lihat. Sebelum kami memulakan aktiviti kami. Kami di sediakan minuman berasaskan buah-buahan yg di perbuat dari buah cempedak..sedap gak..tak pernah aku minum air cempedak dan juga di sediakan buah-buahan. Selesai je makan kami pun teruskan perjalanan kami..memang menyeronokan..dengan angin yg bertiup kencang..tidak menjejaskan perjalan kami walaupun panas. sempat gak kami melihat budaya orang asli serta rumah-rumah suku kaum asali sarawak yang ada di sana dan persembahan tarian mereka. Kami juga turut di ajak menari bersama, aku apa lagi menari ler..walaupun tak pandai..ehehe...














SELAMAT PENGANTIN BARU KAK NANA
Pada 24/01/2009 aku, adik, wanie and family serta ayu menghadiri majlis nikah sahabat kami K.Nana. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi..entah macam mana aku , wanie terpisah dengan ayu. Tapi yg penting kami semua selamat sampai ke destinasi yg di tuju..sebelum kami ke rumah K.Nana kami singga dulu lunch di pekan Sabak Bernam..dalam pada tgh syok makan terjumpa la..group nasyid kumpulan Inteam. sempat gak la abah wani bergambar dengan mereka...pada hari persandingan esoknya (25/01/2009-ahad)aku pun hadir gak..kami bermalam di Hotel Kuang City..hotel murah jadi la. pada malam tu sempat juga la kami merewang di Bandar Teluk Intan di bangunan condong, meriah sunggu di sana..ada acara Karaoke dan jualan2 di sekitar bangunan condong tu..






Sabtu, 10 Januari 2009
2nd intake
Hari ni aku bertugas di kaunter pendaftaran. Bosan sungguhn menunggu kehadiran pelajar baru yang datang macam kura-kura lambat..tak ramai yg datang, setakat 12.10 pm ni aku menanti hanya 18 orang sahaja yg hadir dan di jangka seramai 100 orang. Naik bosan aku menunggu. Nasib baik aku bawa Novel bertajuk "Dilangit Cinta". Hilang sikit kebosanan aku, dan lebih menyeronokkan aku boleh bukak internet kt sini..ehehehe..leh la aku lakarkan apa2 kat sini. bila aku dah bosan aku sambung semula membaca novel. Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 12.30 pm. Mata aku dah terbayang tilam dan bantal je..huhuhu....tapi tak apa la aku keje pun boleh claim kira overtime ler..cuma tu la..rugi sikit sebab aku kene potong 2 jam dari overtime aku ni, sebab aku kene menanggung kerja sahabat aku yg sedang cuti bersalin. Kini kerja aku makin bertambah la dan bertambah la KP aku dari 2 dah jadi 5 KP nak aku layan...apa-apa pun aku layan jer..kerja tetap kerja. kat situ le aku cari rezeki.
"Hidup aku kini merindui apa yg dah aku hilang...sukar tuk aku lupakan dalam sekelip mata..kesepian dan kerinduan menemani aku"
"Hidup aku kini merindui apa yg dah aku hilang...sukar tuk aku lupakan dalam sekelip mata..kesepian dan kerinduan menemani aku"
Jumaat, 2 Januari 2009
Selamat Tahun Baru(Maal Hijrah-1430H
SELAMAT TAHUN BARU UNTUK DIRI AKU DAN JUGA ORANG YANG RAJIN MEMBACA BLOG AKU...SEMOGA TAHUN 2009 NI PENUH DENGAN AZAM BARU DAN MUNGKIN AZAM 2008 AKAN AKU CARI DAN CUNGKIL DI MANA KESILAPAN DIRI SEHINGGA KINI AKU MASIH LAGI BELUM MENCAPAINYE...
SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU DAN LEBIH AFDAL AKU SEBAGAI ORANG ISLAM LEBIH UTAMA MENYAMBUT SALAM MAAL HIJRAH(1430H) AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DALAM DIRI AKU DAN PENGAJARAN APA YANG TELAH BERLAKU PADA TAHUN LEPAS. AKU INGIN MEMBANGKITKAN SEMANGAT BARU DALAM DIRI INI, TAPI AKU TIDAK TAHU SEJAUH MANA PENCAPAIAN AKU TAHUN INI. INSYALLAH, SEMOGA DI BERKATI ALLAH DAN SEMOGA JALAN YANG AKU TUJU REDHAI NYA DENGAN AZAM BARU AKU. APA AZAM AKU?..BIARLAH RAHSIA..HANYA AKU DAN DIA SAHAJA YANG TAHU BERTAPA AKU MENGHARAPKAN AGAR AKU DAPAT MENCAPAINYA....AMIN...
SEMOGA KEDATANGAN TAHUN BARU DAN LEBIH AFDAL AKU SEBAGAI ORANG ISLAM LEBIH UTAMA MENYAMBUT SALAM MAAL HIJRAH(1430H) AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DALAM DIRI AKU DAN PENGAJARAN APA YANG TELAH BERLAKU PADA TAHUN LEPAS. AKU INGIN MEMBANGKITKAN SEMANGAT BARU DALAM DIRI INI, TAPI AKU TIDAK TAHU SEJAUH MANA PENCAPAIAN AKU TAHUN INI. INSYALLAH, SEMOGA DI BERKATI ALLAH DAN SEMOGA JALAN YANG AKU TUJU REDHAI NYA DENGAN AZAM BARU AKU. APA AZAM AKU?..BIARLAH RAHSIA..HANYA AKU DAN DIA SAHAJA YANG TAHU BERTAPA AKU MENGHARAPKAN AGAR AKU DAPAT MENCAPAINYA....AMIN...
Langgan:
Catatan (Atom)