Kata Ku


Ahad, 28 Oktober 2012

Ceritera di HOSPITAL...

Tajuk Hospital..tapi bukan aku yang masuk hospital ye..tetapi nak cerita apa yang terjadi di sana ketika aku sedang duduk menunggu mak aku ambil darah..biasalah kan..orang kencing manis ni..bila time dia kena ler amik darah..check darah okey ke tidak..ye idok..hihihi..macam ni ceritanya...................................................
Sebelum mak masuk bilik ambil darah..adalah seorang perempuan berpurdah duduk sebelah aku. Masa aku duduk tak lak aku perasan perempuan purdah, mungkin disebabkan aku nak mengelakkan diri aku di langgar oleh makcik yang sedang tolak whellchair suami dia..masa tu aku membelakangkan perempuan purdah dan aku terus duduk sebelah mak aku...tengah-tengah tunggu giliran mak aku..tetiba terdengar suara perempuan bertanya.."masuk bilik ni ke?" sambil tunjuk bilik yang betul-betul ngadap depan aku..aku toleh oh..perempuan purdah bertanya aku..so aku jawab lah kan tidak "tak lah..bilik sana...bukan saya..mak saya nak ambik darah"..sambil tu aku senyum..dia pun angguk kepala..mungkin senyum kot sbb tak nampak kan..nampak mata je..lepas tu dia terus bersembang dengan makcik sebelah dia lak..aku pun toleh pandang mak aku..tengok nombor gilirian dia..no 17 so kejap lagi mak aku masuk...tetapi no 18 yang masuk dulu..nombor pakcik sebelah mak aku..so..aku cakap..ok takpe kejap lagi mak lah tu...tak lama tu bilik depan aku terbuka adalah seorang pakcik Tabliq ke Arqam ke aku tak pasti...yang pasti nampak memang macam kategori dua-dua tu lah kan...dia duduk sebelah aku..dannn..tiba giliran mak pulak..aku pada awalnya nak alih tempat duduk sebelah hujung sebab kosong..sebab aku rasa macam tak manis orang alim macam tu duduks sebelah aku..dan aku rasa segan..huhuhu..tetapi entah macam mana..macam tak boleh nak bangun melekat lak punggung ni kat situ gak..ermmm..ok lah..duduk je..tunggu...dannnnnnnnnnnnnn..
tetiba aku terdengar suara berkata..lebih kurang macam ni lah ye..sbb masa tu aku tak pasti dia cakap ngan siapa so aku macam terkejut la..masa tu mak aku bangun nak masuk bilik ambil darah..tetiba "Orang yang bijak ni sentiasa menggingati mati" aku tergamam..eh..pakcik sebelah ni cakap ngan aku ke..masa tu aku tak toleh lagi..dan dia terus bercakap..tapi aku tak berapa nak dengar apa yang dia cakap..sebab dalam hati aku sedang berkata-kata eh..dengan aku ker..so..aku pun toleh dia pandang pintu bilik yang mak aku masuk..aku pun senyum dan terus berkata " betul tu.." dan pakcik tu ulang lagi.dan dia ada sentuh pasal cerita nabi..orang yang paling bijak di dunia ni ialah nabi..yang sentiasa menggingati mati..aku!!!..macam biasa senyum..tergamam tak tau nak kata apa..hihihi..baru aku paham..dan dia cerita pasal kawan dia baru lepas meninggal..sedang goreng mee goreng kat kedai..tetiba sakit pengsan..hantar hospital lepas tu meninggal...so..fahamlah aku apa yang dia nak sampaikan..kita ni bila-bila masa je akan mati..cuma kita tidak tahu bila..macam mana kita mati, kat mana..tu semuanya kuasa dan rahsia Allah...ermmm..saya faham pakcik..okey setakat ni boleh terima lagi dan aku faham..aku ingat dah habis..tetiba pakcik tu sambung lagi cakap"Orang perempuan ni senang nak masuk syurga, ada 4 perkara iaitu..Hormat kedua orang tua kita..hormat suami kita..jangan tinggalkan solat dan jaga maruah kita..memang senang..tetapi orang lelaki ni susah sikit..macam-macam karenahnya.."..aku lak..angguk dan masih senyum.....hihihihi..lepas tu..dia tanya aku lak" Suami kerja mana?"..aku okey lagi nak jawab.." Saya belum kahwin lagi" sambil senyum..dan malu-malu kucing...dia terkejut.."oh..tak kahwin lagi!..umur berapa sekarang ni?" masa tu aku...erkkk..aku jawab gak lah..dah 34 thn..dia angguk dan tetiba dia cakap.."ok..tak pelah lah saya ni penjalan jodoh" masa mula-mula tu aku tak faham apa dia cakap..aku pandang dia ...dan aku fikir..penjalan jodoh..lama gak lah kan..nak faham..lepas tu baru aku faham..oh ok..dan masa tu mula lah ada sedikit kurang senang di hati aku ni..huhuhu..pakcik tu berkata lagi" bagi saya no. telefon awak..nanti saya kenalkan awak dengan kawan saya, bolehlah saya jalankan"..ahhh..sudah nak jalankan aku dengan siapa ni?..kawan dia..sebaya dia ker?..alamak..kawan dia tu dah kahwin ker?..mesti kawan dia sebaya dia kot..nak cari bini no. 2 kot!..ahh,,tidak..masa tu aku dah mula pandang-pandang pintu bilik yang mak aku masuk..dalam hati mana mak aku ni..lambat la pulak dia ni keluar..pakcik tadi sekejap je..kenapa mak aku lambat ni..cepat lah mak keluar..cepatlahhh..pakcik tu bersuara lagi " Perempuan ni kalau nak cari calon suami ada 4 perkara"..dalam hati aku..4 perkara lagi.."kena cari yang beriman..yang aku tak pastu bertanggungjawab kot..dan lagi aku tak pasti masa tu dia cakap apa..sebab masa tu jiwa sedang berkecamuk..bila lah mak aku nak keluar ni..aku pandang dia..senyum dan cuma mampu berkata.."betul tu"..hihihihi..dia terus bercerita lagi.." Anak sulung saya sebaya awak..34 tahun..sekarang ni dah nak masuk 6 orang..aku pun terus cakap"oh..ye..anak pakcik mesti kahwin muda kan"..sambil pandang muka dia...dia kata anak dia kahwin masa umur 16 tahun..aku terkejut..mudanya anak dia kahwin..dia cakap masa tua anak dia sekolah apa eak dia sebut..madrasah ke sekolah pondok..entahlah.............kitaorang diam sekejap...tak beberapa minit tu..pakcik tu tanya aku.." dah berpunya ke belum ni?..aku tersentak..alamak...aku fikir oh ini peluang aku nak lepaskan diri..supaya dia tak minta no.telefon aku..hihi..so aku cakap lah ada kan...lepas tu dia tak puas hati..dia tanya lagi bila nak kahwinnya..mulanya aku dengan konfiden jawab..insyallah tahun depan..dalam hati aku..tahun depanya  tahun bila aku tak tau lah..hihihi..tapi pakcik tu macam tak puas hati..dia tak dengar atau buat-buat tak dengar tak pastilah..masa tu aku boleh pulak tergagap-gagap nak cakap tahun depan kali kedua...huhuhu..dia angguk dan terus tanya aku lagi " dia orang mana?"..errrrrrr..boleh tergagap-gagap..aduyaii...errrrrr..orang..masa tu aku teringatkan Rijal..ah nasib baik....hahaha..orang mana eak..ermmm..aku belasah je Selangor..nak sebut rawang entahlah tak tersebut..aku pun tak pasti..dia tu jodoh aku ke idok..macam...ermmm..entahlah..yang pasti aku nak selamatkan diri aku..teringatkan dia..terus jawab selangor..dua kali lah pakcik tu tanya soalan yang sama..agaknya masa aku jawab mula-mula tu tergagap-gagap tak berapa jelas..tu pasal dia tanya aku lagi...dannnnnnnnnnnnn..pakcik tu cakap bagus lah macam tu...tak payahlah saya jalankan...masa tu Alhamdulillahhhh.lega hati aku..takut aku..buatnya dia jalankan aku ngan kawan dia yang dah kawin jadikan aku bini no.2..no.3 atau no.4..ohhhhh..tidakkkkkkkkk..masa tu..mak aku keluar..memang lah aku rasa bertambah-tambah lega..tak sabar aku nak ajak mak aku balik...hihihi..tapi mak aku duduk kejap..ambil beg dia..dan aku cakap..ok mak dah sudah...mak cakap dah.aku pun cakap jom balik..lepas tu aku cakap kat pakcik tu..saya balik dulu dan aku bagi la salam..dia tak dengar aku bagi salam kot masa tu..dia tak jawab..tapi dia tanya aku..ayah awak tadi tu?..aku jawab.."oh..tadi tu bukan ayah saya...ayah saya kat rumah.."sambil senyum dan terus beredar..sekali lagi aku cakap ok pakcik saya balik dulu..dia pun angguk..aku tak tau lah apa tanggapan dia pada aku masa tu..masa dia mula-mula tegur aku..aku tengok diri aku ni..pakaian aku ni seksi sangat tak..bila aku tengok balik..oh..tidak..ok lagi..tapi di sudut yang lain ada juga aku terfikir..adakah allah menghantar seseorang untuk tolong aku carikan jodoh..sebab tetiba pakcik tu cakap dia penjalan jodoh..atau ini ujian allah untuk aku..mengingatkan aku..cari calon jodoh yang terbaik yang perlu aku cari..sebab pakcik tu ada sebutkan 4 perkara lelaki yang perlu ada untuk di jadikan suami..dan 4 perkara ketika sudah menjadi isteri..senang untuk masuk kedalam syurga..memang senang..tetapi 4 perkara tu lah kadang-kadang orang perempuan ni terleka...terlupa..anggap perkara tu mudah..tetapi payah diaorg nak menghadapinya..sebab..zaman sekarang ni..macam-macam ragam...macam-macam pengaruh..yang boleh menyebabkan perempuan terlupa perkara yang senang untuk masuk ke syurga..entah lah..wallah huallam....aku sendiri akan hadapinya suatu hari nanti..bila sudah ada suami nanti..masa tu lah aku akan faham..dan aku perlu juga mengingati 4 perkara yang di katakan oleh pakcik tu..semat dalam hati..moga-moga aku jadi isteri yang baik pada suami aku nanti...siapa suami aku?..hihihi,,Rijal ke?entahlah aku tak pasti dengan dia ni macam main tarik-tarik tali lak.rasa tergantung tak bertali pun ada gak ni..atau..simpulan ni ke?..hihihi entahlah..yang pasti jodoh aku tu adalah tuan empunya rusuk kiri ini..kadang terfikir juga..empunya rusuk kiri aku ni..dah meninggal ke?..sakit ker?..hihihi..merepek je aku kan..mungkin jugakan..sebab tu ada perempuan yang tak kahwin sampai dia meninggal..sebabnya.........................ermmmmm..tak tau.Allah sahaja yang tau segalah-galanya....


p/s..Jodoh..oh jodoh.....sayang kamu.. :)

Selasa, 9 Oktober 2012

PASAR/Market..


Pasar Masjid Tanah..Tengok licinkan keadaan lantai..kalau aku jalan terpaksa slow2..takut tergelincir..kotor tu biasalah..macam-macam tapak orang pijak lantai basah..itu pasal jadi macam tu.. ngan baunya lagi..hihihi..
Pasar adalah satu tempat di mana orang akan membeli belah untuk membeli bahan-bahan basah. Suka tak pergi pasar basah ni?..bagi aku..memang tak suka pergi ke pasar macam ni..tapi pasar seperti pic di atas ni kira ok lah..ianya luas sikit dari pasar kat Alor Gajah tu.tempat nak beli sayur bahagian dalamnya terpaksa lah kau mengerengkan badan, kalau dah terlampau ramai nau orang kan..nak lagi pada musim perayaan..Waduhhhhh..bikin pusing kepala sihhh..sampaikan aku cakap dengan mak.."mak pergilah kita tunggu sini" sbb aku tak larat nak berhimpit-himpit dengan orang ramai fuhhh...lagi satu aku tak suka keadaan yang terlalu ramai orang boleh berpinar biji  mata aku memandangnya..silap hari bulan pengsan jatuh kat situ je...
Tapi memanglah aku ni alah kot kalau masuk dalam pasar ni...bila masuk jer lama-lama..aku mula lah pening kepala..aku dah mula..haishhhh..mengeluh..dalam hati memberontak cepat lah mak..cepat lah mak..pilih barang tu..tak larat dah ni..nak tak nak aku cakap gak.."mak..cepat lah..kita dah pening ni"..alih-alih mak aku cakap..."Haa..tunggu sini..mak p beli barang kat sana kejap"..aduyaiii,,jadilah aku minah patung tercegat kat situ..tunggu mak aku datang..huhuhuhu...Tapi kalau kat pasar di atas ni..memang pada awal aku tak turun dari kereta biar mak aku je membeli..agak-agak lepas 15 minit tu baru lah aku nak munculkan diri..terhegeh-hegeh cari mak aku...sebab kesian dia bawa banyak barang..berat lak tu..:)
Sebenarnya..bukan benci nak pergi pasar tu..cuma keadaan tempat tu..sempit..dengan baunya lagi..dengan ramai orang nye..panas nye..itu yang buat aku pening dan rimas..tapi kalau kat Shopping pandai la pulak kepala aku ni..tak sakit..duk la lama2 pilih barang tak pe...hihihi..tapi kadang2 pening gak..kalau dah terlalu ramai nau orang kan...lagi pun kat dalam shopping tu ber Air-Cond..tak ler bermandikan peluh..seronok je..sayur-sayur..buah-buahan pun segar je..cuma ikan, ayam daging tu..kalau nak fresh kena lah pergi pasar..baru dapat yang baru..itu kelebihan pasar ni..ada juga  tempat menjual bahan-bahan kering utama yang memang di perlukan Pn. Dapur kita..hihihi
p/s..Tak suka pergi ke pasar bukan bermakna aku tak suka masak..masak ler yang aku suka buat..tinggal rajin ngan malas je kan..kalau boleh kat dapur tu semua bahan ada.kalau lengkap semua boleh buat...tinggal aku nak masak je..sonangkan..hehehe..kalau tak ada tu..kena lah membeli belah di pasar..


Selasa, 2 Oktober 2012

Diandra Arjunaidi - Angkasa [Official MV]


Cinta kita bagaikan fantasi..
kaulah yang ku miliki..kau lah yang ku mencari..
selama-lamanya....

Ahad, 30 September 2012

JAMBAN...

Nak tau kenapa aku tajuk aku jamban..dan letak pic yang sebegini rupa..menjijikan kalau ianya tersumbat. Itu gambaran yang sering aku mimpi..lebih menjijikan bila setiap pintu jamban yang aku buka pasti tersumbat penuh dengan isi-isinya..eeeeyarkkkkkkkkkk..uwekkkkkkkk...aku pelik kenapa aku selalu sangat mimpi-mimpi yang menjijikan dalam hidup aku. Suka sangat dia tampil dalam mimpi aku. Ada pelbagai rupa jamban yang aku jumpa..pelik-pelik pun ada..kedudukan jamban yang tinggi..terdedah..macam perigi, landai banyak lagi lah. Adakah ini satu petanda buruk untuk aku. Tapi aku perasan setiap kali aku berkawan dengan lelaki pasti aku akan mimpi jijik ni yang sama. Lepas tu pasti aku akan sedih..kecewa..sakit hati macam-macam reaksi yang menyakitkan lah..Adakah aku sedang di umpat,di fitnah, di ketawakan atau paling menyayat di bomohkan????..haaaaaaaaaaa...jauhkan lah..takutttttttt. Memang aku perasan bila mula bercinta ada yang tak kena mesti mimpi..bila aku tunjukan keikhlasan aku mesti mimpi..bila aku kata aku jujur mesti mimpi..bila aku msg katakan sesuatu mesti mimpi..apakah ini?????...hidup aku tak pernah lari dari mimpi ini...malam tadi pun sama mimpi juga jamban penuh..situasi sama...walaupun dalam mimpi aku tu berlainan tempat, tetapi jamban-jamban mesti banyak seperti di asrama, pilihlah yang mana suka..yang terdedah ada..yang tertutup ada..yang tertutup separuh ada..yang tinggi kena panjat tangga..tapi tetap ianya orang akan nampak juga...memang la kelakar pun ada bila aku kenangkan semula mimpi-mimpi jamban ni..tapi bila fikir semula..rungsing juga..2thn aku tak mimpi jamban ni, iaitu apabila aku tak bercinta..bila aku single...tapi bila aku bercinta...pada awalnya tak ada la mimpinya macam tu..tapi lama-kelamaan mimpi tu datang kembali. kembali menghantui aku..kerana aku tau kembalinya mimpi tu..sudah pasti ianya menyakitkan..huhuhuhu..dan memang menyakitkan..dan sudah pasti keputusannya mengecewakan. Adakah ini petanda-petanda buruk atau petanda amaran agar aku lebih berhati-hati..entahlah..wallaah huallam bissawad..(betul ke idok la ejaan aku ni)..hihihi..jamban oh jamban...nampaknye aku kena buat kajian mimpi jamban ni..kihkihkih..harap-harap hidup aku tak lah selalu dirundum malang...minta-minta di jauhkanlah..Bahagialah datangnya...aamiin...

Isnin, 24 September 2012

So Beautiful when your Life be Alone!!

Oh my English...




Mistake to bet in love .. it's a big mistake in life .. but it always happens when I met the L.O.V.E.. (Senyum je)
huhuhu..back alone but not lonely.
thank you god for giving me life ..

life without loneliness .. although always hurt by love ..
grateful to be surrounded by people who understand me .. love mom ..
love youuuuuuuu .. boleh la ni....hahaha

my life is too simple ... do what I like .. eating, cooking, holiday, take a beautiful pic, buat bodoh pun ye..sleep and dream my hero. :o oh my herooo i'm still waiting you..'naik kuda' hohoho..
 (can't wait for a new hobby)..tunggu la..hobi yang dah lama aku minat tetapi masih dipendamkan sejak terjumpa dengan sahabat ni lagi membuat2 hobi aku....apabila sudah mencukupi..I will continue this hobby..dan kalu rajin 'i will update and upload in my beloggggg'.rojak betul la....jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la...hahahahahahahahahaha..

Waittttttttttttttttttttt!!!!..hahahaha..Senget dak heroin ni...

Jumaat, 22 Jun 2012

Tekak ku sakit...



Erkkkkkkkk..sakit tekakkkkkkkk..hohohoho..dah seminggu mengalaminya..makan obat tu tak elok juga..siap deman, bisa-bisa badan..huhuhu..demam-demam pun aku tetap pergi kerja..banyak benda aku nak kene settlekan..dengan senarai tugas yang dah berubah buat kau poning kepaloooooooo...mana satu nak capai tak tau lerr...sudah eahhh...aku cakap kat Yus..aku amik tugas tu bulan Julai je la.. Kalau boleh aku nak amik lepas Audit Tadbir Urus nanti..aku nak fokus kat failing ngan Fail Meja yang kompem ler kene ubah...diberi tugas baru lagi..ish..ish..ishh..stress aku dibuat eak...
Haishhhhhh....ini ler pekerjaan yang paling aku kalau boleh elakkan dari kene hadap..ermmm...nampaknye bendah yang aku tak suka ler yang datang dalam pekerjaan aku nih...apa nak buat..hadap je la kan..dah ler fail-fail yang ditinggalkan tu kebanyakannye tak ada minit fail..kalau ler aku ada sepuluh tangan macam sotong sonang aku nak menulis. lengguh jari jemari aku...apa-apa pun..ini adalah pekerjaan aku..cari rezeki kt situ jugakan..maka...

"Buang yang tak suka..selami keikhlasan, kegembiraan ketika membuat kerja-kerja yang ada sekarang ni..terus jadi suka.."

>Bilerr nak sihat niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................sakit tekak nk makan pun tak berselera..walaupun perut pedih laporrr...tahan je la..jangan kene gastrik udah lerrrrrrr...

Selasa, 12 Jun 2012

Chit theng ther...khong top ten chirut riut..

Hahahaha...Bahasa apa la tajuk aku tu..hihihi..aku je yg pahamm..kenapa eak..kalau sebulan bagi perkara-perkara yang lain kejap je sampai hari jadi eak..tapi yang ni sebulan aku rasa macam setahun je lama eak..baru 4 hari dah rasa sebulan..belum sebulan lagi.huhuhuhu..orang yang aku tiap-tiap malam kacau..Sabarrrrr...
Nak citer hari tu aku pergi ler makan Tutti Fruiti..ingatkan murah ler..mahal juga eak..tapi tak per la kan..nak merasa punya pasal..sekali amik tak hengat dunia..sakali timbang haaa hamik ko..RM20.50.terbeliak mata aku.kau hadoooo..hahahahaha..Bagi aku RM20.50 tu kalau beli KFC ke..Mc Donald ke kompom ler kenyang..ini aku makan baru 1 jam dah lapau balik,..apa kes..kihkihkih...mengelabah cari makanan buat alas perut..kunun nak diet..haaa..citer pasal diet..treatmeant yang aku buat tu..dah boleh say sayonara je la..hahahahah..sebab eak..aku malas. Itu ler aku..buat keje tak pernahnyer habis kalau sesuatu pekerjaan tu aku rasa tak berbaloi dan membosankan...hihihi..baik aku buat sendiri aku lebih selesa. Tapi masalah eak, aku ada lagi 2 sesi nih..ermm..camno lah ni..nak pergi dah malas, kalau treatment tu..habis kul 10 tak apa gak..ni kadang sampai kul 12..perut aku dah berdangdut apa citer ni..balik aku melantak haaa hamik kau..makan juga...yang penting baju lama2 aku masih boleh sarung yer..itu tandanya aku tak ler segemuk mana."sedapkan hati, motivasikan diri"...hahahahahaha..masih okey lagi ni..kurangkan sikit pengambilan makanan..memang aku jarang makan malam sekarang ni..tapi macam tu je..maintain berat aku masa last aku wat treatmant..tp aku rasa ada kurang sikit lagi kot..hihihi..

>>kalau menaruh sgt harapan..bila tak tercapai..mau terbalik dunia ni..hihihi..
Chit theng ther......

Rabu, 23 Mei 2012

Teambuilding at Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang..

Selepas balik dari bercuti di Bandung, rehat sehari keesokanya aku kena pergi kursus Teambuilding pulok..aduh..penat memang tidak hilang lagi bertambang ler penat kt Gambang. Tapi nasib baik kursus ini tidak ler memeningkan kepala otak aku..enjoy je..yang paling seronok..masa teambuilding buat kat kawasan hutan..best, seronok, lawak dan penat. Paling spoting malam Arabian Night..pompuan semua memang best..ikut tema...lepas Arabian Night..kami buat projek sendiri, apa lagi Karaoke lerrr...memang otak gila-gila goyang habis..hahahaha..

 Team aku menang..team kwok..kok.kok..team ayam..hihihihi

 Game kt atas sume best2..paling best game bang..bang..lawak gilerrr..sakit perut aku gelak annn..sampai kuar air mato..

 

Arabian Night...

 Karok time...

Ceeewahhh...ada style Arabian tak..hihihi..mata dh mcm pakai lens ler pulok coklat eak..Pengsan Rozita Che Wan aku kebas bulu mata dia..

Cuti-cuti Bandung, Indonesia

Pada 14 Mei 2012 hingga 16 Mei 2012 aku dan rakan-rakan bercuti ke Bandung, Indonesia. Tiket tahun lepas booking, tahun ni baru dapat pergi. Tiket murah ler katakan.hihihi..Seronok dan penat..pewai aku di buatnyer..gila mata memandang bila berada di pasar baru. Macam-macam aku nak beli..ni lah dia mata pompuan kan..hihihi..tapi apakan daya..beli mana yang termampu kewangan ngan terdaya nak membawanyer..huhuhuhu....Aku duduk di Hotel Patradisa..okey gak la hotel dia..cantik..lain kali kalau aku nak pergi Bandung tak nak shopping lebih-lebih..sebab aku nak pergi Kawah Putih lak..orang kata kat sana lagi cantik dari Takuban Perahu...cadang nak pergi kedua-dua tempat..tapi apakan daya masa tidak mencukupi,..shopping je dah amik sehari..sambung lagi hari ke 3 sebelum balik Malaysia..kebanyakan shopping barang orang kirim..poning kepala aku dibuatnya mencari satu hal..dah la tak berapa fasih kat Pasar Baru tu..lain kali no kirim-kirim..kalau nak..ikut sekali..hahahahaha.....
- 14/5/2012 - Sampai je di Husein Sastranegara Bandung, dah ada super tunggu siap ngan nama aku lagi..hihihi, lepas tu dia terus bawa aku pergi Pasar Baru, dia suruh kitaorg Shopping dulu. Aku ingat pergi bersiar-siar ke..tapi tidak..buang duit dulu..hohoho..tak tentu arah nak cari barang orang kirim..barang sendiri lagi..sebab tak buat bersediaan langsung..tetiba je hantar tempat shopping. So kitaorang beli je mana yang sempat beli sebab hari ke-3 leh beli lagi..,lepas dah kasi penat-penatkan diri dengan tak mandi seharian tu..hihihi..check in ke hotel Patradisa dulu..mandi-mandi..rehat jap..peh tu sambung p cuci mato kat outlet2 yang ada kat situ then makan-makan..terus balik bilik semula..terus tidur..kepenatan..
- 15/5/2012 - hari ke-2 kami semua ke Takuban Perahu..jalan-jalan tengok keindahan tempatnya..memang cantik la..sejuk..macam Cameron Highland..pelajanannye dan suasana sama, tapi aku rasa kat situ lagi cantik. Lepas dah puas kat Takuban Perahu..sempat shopping T'shir tu anak-anak buah aku tu..hihihi..kami turun terus ke Kampung Daun..perhhhh..tempat dia memang cantik sesangat..tempat makan dia memang eklusif..nak makan ada pondok-pondok di sediakan..tempat duduk dia memang selesa ko nak baring ke bersila ke..silakan memang boleh..nak lagi aku dapat tempat betul-betul mengadap air terjun..cantik giler..lepas puas makan-makan..kami terus ke Trans Studio Bandung lak..memang best la..ada la beberapa game yang aku redah..hohohoho..luruh jantung aku..sebelum balik bilik..singgah makan Bakso lak..hihihi..
16/5/2012 - Hari ke-3 kami chec out..terus ke Pasar Baru..haaa..ni ko shopping ler puas-puas sebelum pulang..hahahaha..sebelum tu singgah dulu di Kartika Sari beli Brownis Cake..


Haaaa...super sudah tunggu..Mail namanya..lurus baik orangnye..


 Pemandangan di Takuban Perahu cantik dan sejuk..
Baru tiba di Husein Sasteranegara Bandung




Ni kat Kampung Daun..


Itu je la..yang boleh aku upload..banyak lagi..cukup le..ini je..hihihihihi
Penat sesangat..pewai..lepas balik dari bandung sehari cuti esoknya kau dah kene pergi Gambang Resort City, ada Teambuilding pulok..penat tak hilang, tambahkan lagi penat...tapi seminggu ler aku tak masuk opis..hahahahahahha relaksssssssss....

Ahad, 29 April 2012

Body Slimming (part 3 & 4)

Sesi ke 3 berat aku naik berapa ratus gram ntah la..naik la setelah seminggu lebih aku tk dtg..apa tidaknya aku belasa macam-macam, time tu aku period lagi ler selera macam hantu..hihihi..so semalam aku buat seperti biasa dan tambahan G5 maka turun semula berat aku dan pagi tadi berat aku turun lagi 200 gram. Nak kata aku tidak b/fast aku amik..kopi ganu ngan sedikit mee goreng then terus aku ke Spa. Lagi satu aku tak membuang pun pagi tadi..aku dah risau..adakah berat aku nak semula..dengan memakan macam2..lepas tu tidak membuang..haaa..bila timbang..berat aku tak naik tapi turun lagi ada..hihihi..geram aku tidak mecapai tahap yang aku nak huhuhu..sabar aje la..insyallah kalau aku tak mengikut nafsu makan aku yang macam apa ntah..munking akan ada penurunan. Aminnnn...harap-harap ler. Pagi tadi aku buat sesi yang ke 4..maka aku ada lagi 3 sesi sambung sabtu minggu depan. Sementara nak tunggu minggu depan tu maka aku kena ler jaga pemakanan aku. Bukan nak berdiet, nasi dibenarkankan waktu lunch pagi aku kene amik kopi ganu ngan oat ker..apa2 la kecuali apa-apa roti dan biskut. Bihun goreng boleh makan..sib baik. Hari ini aku tambah 1 eksesori iaitu Pre-Shapping. Perghhhhhhhhh..yang ini lagi sakit dari G5. T perut tu aku tak tahan.. sakit giler.rasa macam nak mati dah jer..siap aku mengucap ngan baca ayat kursi..manalah tau ada masalah dalaman ke tak sempat lak aku kan..hihihi.mula-mula aku tahan je tak bersuara. apa tidaknya 2 orang sekali kerjakan badan aku..sorang buat shapping..sorang lagi buat Pre-Shapping. Memang sakit, so agaknya budak-budak ni tengok muka aku menahan sakit..baru dia nak tanya sakit ke kak..ha..time tu baru le aku leh bersuara cakap sakit..tolong slow sikit bahagian perut tu..bahagian lain tak apa..terutama peha aku ni..memang dia lenyek habis la badan aku ni..berkesan badan aku dah ni..bertanda sedikit lebam2 kt badan..hihihi..tak apa kejap je tu kan...menyeksakan badan je aku ni..tapi memang betul la..aku tidak perlu berjongging..treatment ni dia punya penat sama je aku berjongging..balik aku dah terbaring penat. So..keputusannya..berat aku turun lagi 4oo gram..tapi tidak mencapai tahan keinginan aku..maka mulai esok aku kenalah berjaga-jaga dari segi pemakanan..ermmm..nak kurus punya pasalkan...hadap je lah..kembalikan la berat aku yang dulu..huaaaaaaaaaaa....dapat turun 6 kilo lagi pun dah cukup bagus...kira dah ok la tuh..tak mo ikut berat ideal aku..nanti nampak cengkung..tak lawooo...hahahaha..biar berisi sikit..aku suka...nampak muda remaja je nanti...kalau cengkung nanti kau nampak tua seusia aku..atau lebih lagi tua..hahahaha..apa pun tak bleh..hihihi..

Insyallah esok mau puasa...kuatkan semangat..tinggikan keyakinan tabahkan hati..perjuangkan hak diri..insyallah..hihihi..:)

Rabu, 25 April 2012

Bila jauh dari kediamannya..aku rasa lain macam...jauh sgt dari aku ..rasa rindu..lawak la pulak bila fikirkan...padahal memang jauh pun dari hidup aku. Entah la...hahahahahahaq
Sebenarnya hari ini aku malas tul nak wat keje..tak ada semangat langsung..lemah je...hihihii///tu je pun aku nk tulis..huhuhuhu


Untuk hilang stresss...kemalasan akuuuu...aku belasah magga dak etonnn.ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Kusyukkk sambil lelap mata..bukan tidor yer..

lelehhhh..

Isnin, 23 April 2012

Tiket...

Pening kepala aku malam ni..mungkin sebab aku tengah period kot. Aku kalau time bendera merah ni..memang macam ni la, pening.Sakit perutnya tak ada la sangat..sikit je..Dalam pada pening-pening pun otak aku ni asyik nak fikir benda yang bukan-bukan..Maksud aku fikir hal kehidupan la ye..Huhh..mengeluh aku di buatnya. Aku takut kalau perkara yang aku tak nak berlaku..akan berlaku sekali lagi dalam hidup aku ni. Payah nak handle emosi macam tu. Setiap kali bila berkata-kata unsur yang buat aku jadi mengharap tu, aku rasa cuak sama ada nak percayakan atau abaikan. Mungkin hanya gurauan sahaja atau memang berkata benar tetapi tiada daya kekuatan untuk mengotakan apa yang di katakan. Keberanian tak ada dalam diri, hanya pandai berkata-kata sahaja.
Arghhh..Bosan..kalau aku asyik nak fikirkan benda yang sama. Asyik fikirkan betulke ni jalan yang aku pilih sekarang ni, betul ke ni apa yang aku dah buat ni, betul ke ini pilihan aku. Aduhhh.. nak percayakan 100% tetapi tidak boleh, memandangkan pengalaman tu buat aku rasa cuak nak lebih-lebih. Tetapi kadang-kadang aku terlebih-lebih juga..melebihi apa yang aku takutkan..Ermmm...kenapa perlu dua insan yang masih hendak duduk di takuk yang lama menanti perkara ajaib berlaku dalam diri sedangkan..tiada usaha. Sabar tu ada hadnya..tahap kesabaran aku masih lagi boleh terkawal walaupun pemikiran itu datang berkali-kali buat aku sesak nafas sahaja bila dilayankan. Nak kata sedih..ada juga bila rasa macam tak di endahkan kehidupan ini, tetapi difikirkan balik ini yang aku pilih, yang aku mahu aku teruskan selagi terdaya. Dah banyak usaha aku, aku rasa aku yang terlebih untuk kearah itu, tetapi kehidupan itu seolah-olah lemah, malas, tak ada daya usaha..masih duduk macam tu sahaja, mencari untuk meningkatkan taraf hidup agaknya baru nak teruskan. Mungkin masa itu aku dah tak berdaya lagi untuk memikirkan, untuk hidup berdikari, untuk teruskan kearah kehidupan itu. Tiket dah ada tetapi berbolakbalik sama ada mau terbang bersama atau tidak..bukan aku. Bagi aku kalau dah ada tiket tu..teruskanlah penerbangan itu. Apa nak susah-susah, kapal terbang dah ada menunggu. Masa kita pilih mau terbang bila. jangan sampai terlepas kapal terbang sudah lah...kalau delay ok lagi..masih boleh lagi menunggu..ruang menunggu pun masih luas...maka terbanglah kearah destinasi yang dituju.....April hampir berlalu untuk meninggalkan kata-kata itu.walaupun itu bukan satu perjanjian tetapi ia tetap sesuatu pengharapan yang di harap..tetapiiiii............apakah itu...??? kehidupan kah itu..senak....yang penting..bulan 5  aku nk terbang dahhhh...moga selamat...Amin..

Aku dah mula merepek>

Isnin, 16 April 2012

Body Slimming (Part 2)

Sambungan citer kelmarin yer..rawatan aku kali kedua..
Macam rawatan pertama, aku datang kul 8.30 sepatutnya itu masa untuk aku buat treatment. Tetapi kul 9 baru mula.
- Treatment pertama bersauna la pulak, tak macam semalam toning dulu baru sauna. So..sebelum aku masuk sauna aku kene sapu minyak satu badan. Maka..aku mulai dengan bersauna la..kali ni aku tak rasa pening, ok steady jer. Sebab aku dah minum secawan kopi gano bersama roti.
- Selepas bersauna, toning pulang..iaitu urutan badan menggunakan mesin pengurut. Kira satu badang la kan.
- Treatment ke3 lak 3G..haaa..ini mesin pecah lemak punya. Perrghhh.badan aku dah macam kene lenyek apa ntah..hahaha..diurut-urut mana tempat yang berlemak tu lebih-lebih..Pada awal urutan tu...memang gelila aku menahan..tang pinggang tu..hahahaha...dari awal sampai ke sudah bila urutan tang pinggan aku mengeraskan badan menahan geli.
- Selepas 3G..Aku buat body shapping lak..ha yang ni..mcm aku cakap tu..dh macam robotkan..tp kali ni..badan aku di wrap tidak berapa ketat..kira adalah laluan untuk aku bernafas...hihihi..sempat lagi aku tidur berangan...
- Last treatment ialah angin..haaa..yang ni..tak panas..tetapi pembalut di bahagian peha dan pinggang..bila time dia..dia akan mencengkap kasi ketat gila..hahahaha..tapi bahagian peha aku suka sangat..bila tang pinggang memang ler..mengeraskan je badan aku...hahahahaha
- So..keputusan aku hari ini..berat aku turun 400 gram..sukanya...hahahahaha
- nak di campur dan talak naik 100 g tadi sebelum buat treatment..turun 1 kg. dalam masa 6 jam.untuk 2 hari..kesan dari treatment aku tadi...apa yang aku rasa tadi..ialah petang tadi aku pergi mydin dengan mak. makan kat food court..pertama kali makanan aku tk habis..aku rasa cepat kenyang ko...hahahaha
ermm..harap-harap maintain penurunan berat aku ni..makan pun kalau boleh aku kena jaga jugalah..walaupun Nani kata tak perlu berdiet dan berlapar...aku kene juga berhati-hati pasal pengambilan makanan..so...treatment seterusnya aku tak pasti bila nak buat..sebab esok dah kerja..nak datang petang kompom balik malam...takut lak aku jalan otw dr MT..ke lendu..sunyi sikit...harapkan weekend jer la...
hihihihi...

> Harap-harap..penurunan berat aku mencecah yang aku target..target aku tak tinggi..cuma beberapa kilo mungkin dalam 5 kilo...hihihi..cukup la kan..:)

Ahad, 15 April 2012

Body Slimming...(Part 1)

Anda gemuk!!!..dengan riak muka yang macam tak peracaya sambil kedua-dua tapak tangan melekap kat pipi dengan mata terbeliak, mulut ternganga.. Astagfirullah....makin lama makin naik berat aku. Apa kes niii..nak kata tak makan malam dah berhari-hari aku tak makan malam. kalau ikutkan jadual diet memang ler kene makan waktu siang. Terutama sekali waktu pagi sebelum kita memulakan kerja. Menu selalu yang aku order tak adanyer nasi. Semuanya Bihun sup atau bihun goreng, kadang-kadang tekak nak rasa mee goreng mamak aku order la. lunch pulak memang la tak makan cuma after 2 aku makan ler apa-apa yang patut. Cuma kalau ada meeting kat bilik mesyuarat utama sebelah je opis aku ni, ada lebih-lebihan makanan tu pantang kalau di offer kat kitaorg ni, confirm belasah jer..kalau seminggu tu ada meeting seminggu tu aku belasah. Tidak kira ler menu apa..kalau nasi goreng aku belasah jer..sedap la kan lagi pun free sapa nak tolak..hahahahaha. Sebelum ni aku cuba elakkan cheese tetapi berat aku macam tu juga. So..Rabiah you must do something for body slimming. Makanya...
Semalam aku dah pergi ke pusat body slimming, tetapi!!! bukan london weight tu yer. Aku tak mampu nak bayar mahal-mahal kat chino. Aku cuba mengkayakan orang-orang melayu kita. Kebetulan pengurus body slimming ni adalah ex-student UiTM Lendu ni. Maka eden torai la kat diaorg ni. Lagipun aku amik pakej yang paling murah jer huhuhu..aku boleh kalau nak amik pakej yang rege LIMA RATUS lebih tu, masalah eak eden nak poe Bandung awal bulan 5 ni, nak ler menyimpan duit kan..nak berjoli apa-apa ke nak gak pakai duit takkan air liuk kan. So bermulalah sesi pertama aku. aku ada 7 sesi untuk pakej ni. setiap sesi ada 3 program rawatan.
Hari Pertama:-
- Aku masuk pusat Body Slimming tu terlihat ada beberapa customer dengan selamba  je bercoli ngan spender jer. Ermmm..aku camner lak karang..hahaha..memang aku kena buat macam tu. Mula-mula tu segan gak la kan. Tetapi lama-lama dah tak segan.
- Pertama aku kena berkemban sementara menunggu Nani (Pengurus)datang untuk timbang berat badan aku sebelum melakukan treatment ni.
- Apabila dah timbang aku tengok berat aku..macam riak wajah yang aku cakap kat atas tadi la kan. Macam tak percaya. Aku rasa penimbang tu macam tipu aku jer. ker timbang kat umah aku tu dah longgar sekeru dia hahahaha..nak tau berat aku???..jeng jeng jeng..Biarlah rahsia yer..memang berat.
- Rawatan pertama yang aku kene buat ialah urutan badan menggunakan mesin apa ntah..ada nama rawatan ni body toning kot..entah la. Urutan di bahagian belakang dahulu yer. haa masa ni kene londeh kan towel aku dia selitkan towel kang bontot aku tutup bontot je walaupun aku bersepender. So badan aku di sapu ngan minya baby johnson. Ok..mula mengurut..bunyi mesin eak dah mcm bunyi mesin rumput hahahaha..apa-apa hal memang syiokkkk kene urut. Tetapi dia punya merenyam nyer..memang ler sesangat. Katanya lemak mula nak pecah.
- Rawatan ke dua pula aku bersauna. Suhu yang dia set ialah 65 darjah.. selama 30 minit. haaa..nak tau lagi 5 minit nak tamat aku dah suruh mak aku panggil consultant yang urut aku tadi suh bukak bekas sauna. Nak tau kenapa!!! aku rasa nak pengsan..sesak nafas..aduyaii..aku bab sauna memang rasa suka nak buat. tetapi dia punya panas dengan peluh mencurah-curah macam air hujan melimpah perghhhh..memang banyak kuar dan keadaan aku rasa macam tak selesa serta tidak bersarapan yang berat-berat, aku cuma minum air sahaja..memang patut aku rasa nak pengsang dan pening. lepas keluar dari sauna aku di suruh duduk kejap. lepas tu sambung mengurut di bahagian depan pula.
- Rawatan ke 3 body shapping. Aku kene bungkus dengan plastic wrap dan macam mumia pun ada..bila dah kene balut nak gerak dah macam robottt..koreh je.hahahaha..tetapi masa dia wrap badan aku perghhh..bila lah nak nak dapat badan kurus macam ni. Ada seorang customer tu..nengok badan aku kena wrap. Aku rasa dalam hati dia mesti cakap" ermm kalaulah aku dapat badan macam ni kan best..mesti ramai yang nak ngorat aku"..hahaha..budak tu memang gemuk, tetapi muka cantik. Apa-apa je lah dik..ko kena la usaha lebih yer..akak usaha kurang sikit jer dari adik..sebab badan akak tak lah gemuk mana..tang punggung ngan peha ni jer..hihihihi..lepas kena wrap aku kena baring..masa nak baring aku ni kena lah didukung sedikit nak naik atas katil..selepas baring aku di bungkus ngant selimut yang mempunyai haba berapa suhu kepanasan aku tak pasti. Tetapi yang pasti tekanan kat bahagian dada aku terlalu ketat sampai nak bernafas pun susah. pendek je nafas aku. Dalam hati aku, bila ler nak tamat masa niiiiii..aku cuba tidur...tak boleh juga..aduh...harung ajer laa..nak kurus punya pasal.
Kata pengurus- Pn. Nani..bila kita dah buat body slimming ni..bentuk kita dah kecik..pengambilan makanan pun dah kurang dah..dah boleh maintain berat atau bentuk badan kita. Aku nak kecik kan peha ngan punggung aku serta lenggan aku niiii..payah bebenauuu..nak kocik. Penat aku berjongging, sapu krim panas..tak juga kecik-keciknya. Rupa-rupanya aku tidak perlu berjongging sangat bagi orang macam aku yang berpeha lebau ni..makan pun aku tidak boleh ambik lauk yang berkuah...aduh..tom yam..sup-sup..buat masa ni aku kena tahan selelra aku ke arah lauk-lauk macam tu.
>> Nak tau apa keputusan aku selepas buat treatment tadi...hahaha..aku berjaya menurun berat badan aku 700 g dalam masa 2 jam...ermmm..kira oklah kan..dari berhari-hari aku torai nak kurangkan berat badan aku..tak juga turun-turun.
>> Esok aku akan buat sesi kedua pula yer..aku dah booking 8.30 pagi. sesi esok ada tambahan treatment. haa..ni tak termasuk dalam pakej. ni di panggil aksesori tau. aku buat buang angin ngan 3G..apa ntah..buat je la.
Yang aku risaukan..esok nak timbang..kompom berat aku naik balik..sbb tadi ada kenduri umah abg aku..maka aku dah belasah lah..tghari tadi..balik dari mantin belasah lauk2 dia..hihihi..harap2 naik sikit...atau adalah berkurangan..hahaha..tungguuuuuuuuuu...sambungan Episod Body Slimming aku ni yer..berjaya atau tidak...

>>aku kalau boleh setiap kali sesi nak ler turun 2 kilo ker..kan best..tetapi nani kata..ada setengah orang badan dia dah jadi kecik..tetapi berat tidak turun sangat...ada yang turun banyak..bergantung pada body kita la kan,..

Semoga berjaya Rabiah...Chaiyookkkkk...
 to be continued next episod..

Isnin, 26 Mac 2012

HePi BeSdAy..

Hari ini adalah ulang tahun aku YANG KE..DOT DOT DOT..tua dahhh..kat FB..x menang tangan aku nk balas ucapan terima kasih kat kengkawan wish mereka tu..suka sangat..hihi..mcm artis lak rasanya..apa-apa pun:-

ALLAH SELAMAT KAN SAYA
ALLAH SELAMAT KAN SAYA
ALLAH SELAMAT KAN RABIAH IBRAHIM
ALLAH SELAMAT KAN SAYA...

>Thanks sayang nyanyikan lagu besday..hihihi!!! Like..Like..Like... :)

Selasa, 6 Mac 2012

Menghitung Hari...

Menghitung hari detik demi detik..masa ku nanti apakan ada.jalan cerita kisah yang panjang...wahhh..nyanyi lagi..hehehe..aku ni bukannya menghitung hari sebab nak kahwin (pasal kahwin lagi..huh)..aku menghitung hari pasal tak lama lagi aku dah nak menjejak ke 34 tahun...kira punya kira adalah dalam 20 hari lagi. Perghhh..dah nak masuk tua aku ni. Tapi kalau ikut kalendar Islam 16 Rabiul Akhir 1398..maka hari jumaat ni la..kene ingat ni..tarikh penting tarikh islam dan sebab tu nama aku Rabiah..atuk aku yang letak nama aku ni. Tapi besday aku ni..ermmm..adalah berapa kali sambut. Itupun kawan2 aku yang wat surprise kat aku..beli kek..beli hadiah. Hadiah yang masih aku pakai dan simpan hasil dari pemberian kawan-kawan rapat aku ialah..botol susu giant dalam dia ada bear..masih ada lagi bear tu..buat peneman aku kat bilik..botol dia lak..aku wat tabung..hahahaha..tabung tak pernah penuh pun..asyik susut jer...satu lagi hadiah..
Haaa..yang ni aku nak gelak lawak punya hadiah..aduiiyaiii..lawak la kawan-kawan aku nih..tak pernah aku dapat hadiah macam ni. hadianya ialah........BRA NGAN G-STRING..erkkk betul ke aku eja g-string tu..hihihi..bra tu memang aku masih pakai sampai sekarang dan sedang pakai pun..sebab selesa pakai bra yang diaorang hadiah cuma g-string tu..aku pernah try sekali je..tapi aduyaiiii...tak selesa langsung..hahahah..sekejap je aku pakai..nk merasa la kan..lepas tu takdo nyo eden nak pakai..simpan..dan sekarang ntah kemana aku pun lupa..mungkin aku dah bungkus...
pstttt...aku nk citer pasal aku dapat bunga masa besday aku yang keberapa eak..ermmm..masa tu umur aku 30 tahun kot. Terkejut juga la ada orang bagi aku bunga..tak pernah hayat selama aku hidup 29 tahun orang bagi aku bunga...eh..silap..masa remaja dulu ada gak la..tapi sekuntum jer...ini sejambak ko...hahaha...merah lak tu. Aku dah naik panik sapa bagi..siap penjual bunga tu hantar kat tempat keje..masa tu aku baru balik dari breakfast ngan kawan..sampai kat opis aku tengok ada sejambak bunga merah..aku dah mula glabah sapa bagi...aduyaiii..sapa ni ..sapa ni..dengan muka tekezut..sambil tu merah padam muka aku malu dengan kawan-kawan opis kene perli kata pakwe aku bagi..padahal masa tu aku baru je putus cinta..dari mana lak datangnya pakwe. Ermmmm..aku musyikil sebenarnya..macam aku kenal je orang yang bagi bunga ni..macam tau-tau je aku dah putus cinta. So..dia mula nak masuk jarum la katakan...hihihi..aku cuba call kedai bunga tu..tapi dia tak nak bagi tau..dia kata dia sendiri pun tak kenal sapa laki tu..paksa macam mana pun aku tetap tak temui jawapannya..lepas tu aku malas nak fikir sapa yang bagi aku bunga...ada secret admirer rupanya aku. Apa-apa la...sengih je aku sepanjang hari..walaupun kata malas nak fikir..tetapi aku tetap nak fikir gak siapakah gerangan yang bagi..kihkihkih.Ada kawan yang kata mungkin Ex-Bf aku kot..ermmm tak ada maknya nak bagi aku bunga nak lagi surprise kan, itulah pertama dan terakhir aku terima bunga..tapi bagi aku membazir je kot..bagi  bunga..lepas tu layu..tak leh nak buat kenangan..cuma kalau bagi bunga tu senyum kembang semagkuk je la..kejap je..hati berbunga-bunga gitu..hahaha.
haishhhh...sambil mengeluh...
haishhhh..ngeluh lagi..bila aku cakap kat mak..
Aku: Mak ari ni besday kita!!
Mak: haaa..iyer..sambil senyum-senyum..alahai anak mak ni.dah berapa umur rabiah ni?
Sambil tu aku memuncung..siap leh gantung hanger..hihihi..
Aku: dah tua da mak kita niiii...
Mak: cukup lah kita ingat tarikh lahir kita je..habis tu tak nak buat kek?
Haa..apa tu..kata cuma ingat je..lepas tu..tanya pasal kek..besdaygirl punya besday kena wat kek sendiri ke..hahahaha..mak..mak..
Aku: buat apa nak sambut..dah tua..(dalam hati kan best kalau ada orang sambut..hahaha) bawa aku p jalan-jalan ke..cukuplah..takat untuk memenuhi aktiviti harian besday aku..hehehe..tapi aktiviti harian tidur pun best gak kan...tak payah buat kerja.
Apa-apapun semoga Allah..panjangkan umur aku untuk menikmati/merasai sekali lagi besday aku. Seronok bila kawan2 wish besday kat aku..aku rasa disayang oleh kawan-kawan.ini bererti aku masih diingatan diaorg...
Menghitung..menghitung..menghitung..sebenarnya aku takut nak menyampai ke tarikh kebesaran aku tu..takut kalau aku tak sempat nak merasainya..Maut bila-bila masa akan tiba kan...insyallah umur panjang...Amin...

Isnin, 5 Mac 2012

Rambut...

Yeaaa...dah boleh ikat rambut..aku suka..suka..suka..sesangat..hihihi. Sebelum ni rambut aku pendek..sebab mengalami keguguran rasa macam teruk..sebab tu aku gunting pendek sangat-sangat pendek..macam rambut sofea jane masa pendek tu..hihihi..masa mula-mula pendek tu seronok..lega je rasa...tapi lama kelamaan..macam rindu je kat rambut panjang, rasa nak ikat, tapi tak boleh ikat. Siap aku beli pengikat rambut. Tunggu punya tunggu...alhamdulillah..dah boleh ikat walaupun kontot je nampaknye hihihihi..yang penting berikat. Selesa je keadaan aku dan rasa terurus bila rambut di ikat...
Itu je la yang aku nak kata kan..hahahah..selamat malam...

Malam Yang sepi di baluti selimut..
Mata terpejam mengikut arahan
Lena dibuai mimpi-mimpi indah yang di harap
Adakah setiap yang di impikan itu menjadi kenyataan..
Persoalannya adakah mimpi dan impian sama..???,,hihihi
Kompom ler tak sama..hahahaha...cuma yang sama..semua yang diharap yang indah-indah sahaja

ok Gud nite n nice dream
.msg from sum1..
"i will try flying into your dream"
tak perlu nak coba-cobaan..masuk terus..memang di undang tak perlu membayar tol..hihihi..

Adiosss...>>>>>

Ahad, 12 Februari 2012

Jogging..Jongging..mau sihat..mau kurus..

Seksikan Pic atas..hihihi..itu tak penting..yang penting bagi aku semangat nak sihat dan kurus macam dia. Masuk hari ini aku rasa dah 6 kali aku pegi jongging kot..or..4 minggu, dan aku cuba tak makan malam. Kadang-kadang tu..dalam seminggu ada gak la aku makan malam..kalau kt opis aku kurang makan benda berat. Sekurang-kurangnya aku akan makan malam seminggu dalam sehari..selebihnya aku lebih makan di office atau makan waktu petang selepas pulang dari kerja. Masalah aku ini buah kurang makan, agak-agak rajin nak makan aku akan makan..
Persoalannya..boleh kah aku KURUSSS???...hihihi..cuba tak nak buat kek lagi..tapi niat rasa macam nak buat..sekurang-kurangnya aku akan mengelak membuat kek berasaskan cheese buat sementara ini..baru kejap tadi berangan nak buat kek coklat..hahahahaha. Teringat sms dari Rijal..bila aku kata dah tak nak buat kek buat masa ni..apa dia kata.."ngelak buat kek, tapi tetap makan kek kan"lebih kurang macam tu la..hehehe...macam tau-tau je dia tu..bezanya lah..kalau aku buat kek..confirm aku akan makan banyak/berulang-ulang, sebab kat rumah aku memang peminat kek..nak lagi kek coklat dengan cheese..dengan whipping creamenya..aduyaiiiii,,tak boleh tahan, syahdu je..terliuk air liuk aku kalau biar macam tu je...tapi kalau aku setakat makan kek orang bagi or beli..tak banyak, cuma sepotong atau 2 potong..lepas tu dah tak boleh ualng-ulangkan..
Berapakah berat yang aku nak capai????..aku tak letakkan berapa target berat yang aku nak..cumah cukuplah fizikal aku nampak kempis sikit, badan rasa ringan dan sihat. Bila pakai baju ngan seluar tak adalah nanpak lembau. Masalah yang aku hadapai pada diri aku ini ialah keadaan Fizikal aku, dah memang acuan aku memang macam ni..keturunan lah katakan..jenis yang lebau-lebau..tang mana tuuu..hahaha..tang punggung lerr..peha aku sekali..badan ok..tetapi orang perempuan yang berpunggug kecik badan lebau tak cantik juga kan..kurus kering kerempeng pun tak cantik..sepapan je aku tengok ada sesetengah perempuan. Adakah meraka perasan cantik kah dengan keadaan kerempeng tu?..bak kata kawan-kawan aku.."laki ko nak peluk pun tak sedap..tulang jerrr"..hahahaha..memang pun..apalah yang nak di banggakan badan sekepingkan..tapi kalau kurus berisi..memang cantik dan solid..
Aku di kategorikan buah pear...


haaa..pic kat atas ni kategori bentuk badan..nasib baik kategori aku pear..cantik sikit kot..hahaha..nak banding dari apple tu..lurus je..kecik bawah tak ada body shape..hihihi..cuma aku ni dah terlebih sikit berisinya..kalau nak kurangkan boleh..tepuk dada tanya selera la...rajin dengan tak rajin je..aku pernah kurus..masa aku kerja kilang dulu..nak lak jadi line support..berjalan je kerja aku..mengulau pun ia juga..hahaha..memang aku kurus dan aku rasa ada macam cengkung..entah lah..

hihihi..ni masa umur aku dalam 20 thn kot..
Kecik je bahu aku..lengan pun dah lebau..macam sekarang..kalau aku sarung baju kebaya di atas..rasa-rasa tang mana tak boleh butang..hahahaha..yang confirmnya..tang punggung kau..tang perut..dada..semuanya tak boleh butang kot..sarung je bileh..tapi macam sarung nangka..hihihi..
Dan kalau boleh aku nak kurus pun sekurang-kurangnya berisi ler dari pic atas ni..nak dapatkan macam kat atas ni aku kene kerja kilang semula lerr..hihihi..
Malam tadi baru je aku coret blog tajuk Bila??..pasal kahwin..dah timbul persoalan tu pagi tadi..hihihi siapa lagi kalau bukan mak aku..perkara ni terjadi bila aku belek-belek..bunga telur. Aku dapat dari rumah kawan aku semalam..dia buat cukur jambul anak pertama dia. Aku belek-belek..mak aku tetiba cakap..nanti kalau kahwin nak buat bunga telur macam mana?..aku diam kejap..memikir lah ni..ermmm..macam ni pun ok..sambil tunjuk bunga telur kat tangan aku..hihihi..haa..lepas tu..mula la..mak aku..tanya.'bilalah kau nak kahwin ngan pakwe kau ni'?..aduhh mak aku ni.tak semestinya aku akan kahwin dengan pakwe aku kan..manalah tau tetiba terkawin ngan orang lain lak..siapa tau tetapi aku adalah seorang yang setia..ko tunjuk la, kenalkan lah..orang itu..orang ini..kaya macam manapun..hadsome macam mana pun..aku tetap sayang dengan yang dah ada..aku memang jenis tidak reti menduakan..meramaikan pakwe ok..rimas aku di buatnya.So..aku biasalah..jawapan aku "entahlah mak" sengih..tu je..lepas tu cepat-cepat tukar topik..hahaha...
Aku ni dah lari topik..dah lah..aku mau mandi..dah bau bijan dah ni..tapi  masalah eak..aku macam segan..rumah aku ni..ada orang sedang menukar bumbung..hohohoho..karang ada yang tersekodeng lak..kenelah..siap-siap dalam bilik air..lepas mandi tolong mak aku masak..selepasss itu..teruskan misi aku..jahit manikkkkkk..

>>kalau boleh..nanti aku nak jongging bertemankan orang tersayang>laki aku la..itupun kalau dapat laki yang rajin bersenam.hahah tuk bagi aku semangat..


Bila??

Bila?? itu adalah persoalan yang sering orang akan bertanya pada aku. Bila lagi?Bila?Bila?Bila..bila dan bila..kadang aku pun naik bosan bila orang bertanya perkara yang sama. Aku tak salahkan mereka yang bertanya soalan sebegitu, memang patut pun bertanya sebab tak ada perubahan hidup dalam diri aku ni, bila orang tengok aku masih membujang, walaupun ada macam unsur menyibuk tapi tidak sebenarnya. Memang dah lumrah manusia memang suka bertanya, ambil berat. Cuma yang kena tanya tu akan rasa bosan soalan yang sama ditanya dan jawapan yang sama aku akan jawap, dah memang tak ada jawapan lain yang nak aku jawap bagi memuaskan semua orang. "Nasib lah ye, jawapan aku tetap sama" dan akan menjadi bosan seperti aku..hihihihi...terkadang tu aku mengeluh sendiri "Haishh bila lah nak kahwin ni?" keadaan ini akan berlaku bula aku mendapat kad jemputan dari kawan-kawan aku yang nak mendirikan rumahtangga. Nak menghadiri majlis mereka pun sebenarnya segan. Orang sudah ke depan aku masih duduk termanggu lagi. Duduk tunggu buah durian tak jatuh.hihihi..tersengih lagi.
Satu perkara yang merimaskan aku ialah bila orang bertanya "kau dah ada pakwe ke belum?" itu adalah permulaan pada bicara..lepas tu, memuji ko ni cantik, pandai masak, rajin takkan tak ada orang nak kat kau.."kau jual mahal kot" ini lagi satu ayat yang  memang sering aku terima, berdesing telinga sebenarnya bila dengar, dan aku jawap sambil senyum "Eh..tak adalah, belum ada jodoh". Hihihi..lepas tu tersengih macam kerang busuk. Dalam hati hanyal Allah sahaja yang tahu. Bukan aku yang minta semua ni terjadi, kalu dah di beri keadaan macam ni aku terima dengan hati yang tabah, walaupun dalam hati menangis mengenangkan ujian yang aku tanggung. Orang tidak akan faham apa yang aku rasakan. Perit rasanya.. kadang-kadang menangis..sedih..tersengih melihat diri..ermmm..macam-macam reaksi..kadang-kadang aku rasa bodoh pun ada diri aku ni. duk menunggu sampai ler tua kerepot aku nanti.ermmm..
Ada lagi perkara lain..Bila orang datang duk tanya,
Situasi pertama :-
A= Anak kau ni dah berpunya ker?
Mak= Entah lah, tak tau la, tanya la empunya badan
A= Den berkenan tengok ngan anak kau ni..sepandan dengan anak sedara den ni.
Aku????..dalam hati saya dah berpunya makcik..
A= kau jangan tunggu lama-lama tak elok.
Mak=tersengih..tak tau nak jawap apa. Anak eak ketegak sangat.hihihi

Situasi kedua:-
A= Ruby kau dah ada pakwe ke belum ni??..soalan tetap yang sama..
Aku= sengih2, senyum tersipu malu kunun..padahal tengah memikir apa nak jawap kat tok sedara   
          aku ni..maka aku jawap. dah ada dah!!sengih lagi
A=Kalau dah ada bila lagi nak kawin?? tuingg...tersentak..jawapan aku sendiri pun tak pasti lagi..
A=sambung lagi kata-kata, aku senyap sengih lagi..kalau lambat nanti ada orang datang meminang!!
Aku= dalam hati..sambil tertelan air liuk..alamak!!!!!..aku senyap masih tetap dengan sengih..hihihi
A=tanya dia..cepat-cepat sikit ajak kahwin jangan tunggu lama-lama lagi..ada orang nk masuk meminag ni!! 
     kali kedua ayat tu di utarakan...
A-citer pasal anak laki dia pun tak kawin lagi..muda 2 tahun dari aku. Dia kata umur tak kisah. Janji serasi, suka. Ermm..senangnya cakap. Pakwe aku pUn muda setahun dari aku..aku memang tak kisah lah..dia entah lah..mungkin tidak kot. Bila A macam paksa aku cakap dengan pakwe aku apa yang dia sarankan tu, Aku dah mula takut, resah..alamak..alamak..alamakkkkk..tidakkk..'jangan paksa aku'!!..sampaikan waktu cuti ke apa-apa kaitan cuti..aku dah mula resah..jangan la dia balik kampung..jangan la dia singgah umah aku..soalan yang sama tetap akan di acukan..kali ni kalau dia tengok tak ada apa-apa perubahan..aku tak tau la..apa yang terjadi..hope anak dia tu dah jumpa yang terbaik buat diri dia. pstt!!!..nama dia bun aku tak tahu.dasyatkan..lantak la...
Teringat masa raya tahun lepas..Allah maha mengetahui apa yang aku rasa..alhamdulillah..bukan jodoh aku ngan anak dia kot..hihihi..tapi tak boleh cakap macam tu kan..mana la tau..dia nk uji aku kan..
Maka..masa raya Tok Sedara aku bawa kaum keluarga dia datang rumah beraya..anak lelaki dia yang tidak pernah datang umah aku ni..datang gak beraya..ish-ishhhhhh...Sib baik masa tu aku ngan adik beradik lain kuar beraya. Cuma ada selisih masa kereta hendah menurun ke laman rumah aku..masa tu aku memang tak terfikir pun itu dia orang yang dimaksudkan..Nasib lah tak dapat jumpa aku..hihihihihi..bila aku tanya mak..itu lah orang ea..aku tanya hadsome tak..mak jawap putih, boleh tahan hadsome..kecik2 mcm ko juga..hahahaha..alahaiii..tak mo la kecik..nanti anak2 aku kementot..kihkihkih..Aku tak kisah sapa yang akan jadi laki aku..putih ke,..gelap ke..coklat ke..hijau ke..hahaha..janji dia sayang aku, jaga aku dengan baik,..tanggungjawab tak dilupakan..
Situasi ketiga:-
K.J = Bie..tadi ada orang tanya pasal ko
Aku=??..tanya pasal apa kak?siapa yang tanya tu
K.J= tanya pasal ko dah ada pakwe ke belum?(soalan tetap sama kan) sapa yang tanya itu akak tak boleh cakap la..rahsia..staf sini juga la
Aku=???..alahai..cakaplah kak..(K.J tetap tk bagi tau siapa)
K.J= tapi akak cakap la..mana lah saya tau..tanya lah dia sendiri..
Aku= dalam hati-Aduyaii kak..kenapalah tak cakap dah ada..tak payah lah orang tu datang bertanya aku..rimas lah aku kalau orang nak jodoh-jodohkan aku dengan orang tu..orang ini..padahal bukan tak tahu..aku dah berpunya..ermm..mungkin sebab diaorang tengok aku ni..nama je dah ada pakwe tapi macam tu gak..tak kahwin-kahwin lagi...padahal dah lama diaorg dengar pasal aku ngan rijal..hihihi..aku nak jawap macam mana..dia sendiri pun tak pernah nak bagi kepastian pada aku..aku nak jawap apa!!
Kadang-kadang aku rasa betul juga apa yang kawan-kawan aku nasihatkan aku..pasal hubungan aku ni..kalau dia tu betul-betul nakkan kau..dah lama dah..datang jumpa kau..ajak kau kahwin..kat situ baru kita tahu keikhlasan dia terhadap kau, yang dia betul-betul nak kan kau."cakap kat dia kalau betul-betul nakkan saya kita kahwin" Apa nak tunggu-tunggu lagi, kahwin je" ish2 senangnya..macam senangkan..padahal..nanti yang tanggung aku..
Jawapan aku ialah..alahai kak..takpe biarlah dia nak kumpul duit tu dulu.mempersiapkand diri.itu sahaja yang mampu aku cakap..
Ada lagi ayat diaorang.."alahai pasal duit..tak jadi masalah..rancang kahwin ..insyallah..masalah duit pasti dapat diselesaikan..dengan izin Allah..lepas kahwin pun insyallah..lagi bertambah-tambah rezei korang...

aku 'mengeluh kejap'..berfikir..fikir..dan fikir..fikir sampai sekarang...tak ada petunjuk lagi..istikharah sudah..hihihihi
Aku= Baiklah..nanti saya cakap ngan dia..(tapi aku tak sampaikan pun..)

sebab aku takut nanti dia kata aku yang lebih-lebih lak.Semua orang tak tahu situasi kami buat masa ini macam mana..hihihi...biarlah itu antara aku dengan dia..Biarlah rahsia...
Manalah tau kan dia tak fikirpun ke arah tu buat masa ni..aku yang lebeyhhh lak..kalau ikutkan kata kawan..'cari je yang lain..' Amboi-amboiiii...sedapnya..ingat ini baju ke..
Aku tahu..dia nak mengukuhkan kedudukan dia sekarang.mempersiapkan diri.dah cukup duit..baru lah dia fikir pasal kahwin..itu pun kalau dia nak ajak aku kahwin..buatnya dia terjumpa yang lebih muda..cantik elok..manis..sopan.kurus..tinggi..semua lebih dari aku..siapa sangkakan..jodoh, takdir semua di tangan Allah..
Teeetapi..kalau aku ngan dia berusaha lebih..kahwin.lepas tu sama-sama cari duit..insyallah akan dipermudahkan olehnya..kan!!!!..hihihihihi....

dah lah..malas nak fikir..aku nak enjoyyy.manalah tau nanti kahwin dapat laki yang q.c..duduk la celah dapur..hihihi...tak sabarnya nak pergi Bandung bulan 5 niii.bercotiiiiii..horeyyyyy!! habiskan duit yang ada..saki baki..yang tinggal.simpan kahwin pun tidak kan..:p..dulu simpan duit nak kahwin..tapi dah di keciwa..aku enjoy duit tu..hahahha..gelak-gelakkam diri sendiri..padan muka...


blog aku ni penuh dengan luahan hati aku..penuh luahan, dengan soal jodoh..kahwin..selagi aku belum kahwin la..hihihi..suatu hari nanti..ditakdirkan umur aku panjang..ada jodoh aku.blog akan di penuh dengan ruangan keluarga pulak kan..aku nk tulis blog nasihat-nasihatkan orang..cakap pasal agama..aku bukan terror sangat..maka..ini sahaja pilihan yang boleh aku coretkan..

Sabtu, 14 Januari 2012

Pembelajaran di tahun 2012..

Hihihi..apa kene mengena ngan tajuk aku ntah..sebenarnya aku nk upload resepi yang aku buat baru-baru nii..iaitu blueberry cheese tart (yang ni memang dah lama aku nak belajar buat..cuma sekarang je baru berkesempatan nak belajar buat eak) dan juga puding roti bersama blueberry cheese yang ni aku ada reka main belasah sikit..kira dan macam kek lak rasa dia..memang yumyummm..sempena besday Eton, Maka aku merajinkan buat.dan ikhlas tuk eton tapi aku yang lebih-lebih belasa makan..hahaha....


blueberry cheese tart..
1st time buat..boleh tahan sedapnya yang aku buat ni..2nd time buat kongsi rasa bersama kekasih hati..bila dia kata sedap..kembang kempis hidung aku kejap..hahahaha

yang ni aku nk pangil Kek Puding Roti bersama Blueberry Cheese..haaa hamik ko..panjang lagi tajuk resepi ni..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

hihihi..yang ni ada kene mengena ker?..hahaha..adaaa..dia pun nk belajar gak..tp belajar cara-cara nak guna netbook aku tu..hihihihi..nama kucing ni..gigirl..asalnnye tiger..masa kecik sejibik macam anak tiger..maka jadi la gigirl si mata kecik..cian dia..adik beradik sepupu sepapat yang sebaya dia ni sume dah mati..tinggal la dia sekor yang paling kecik..menumpang kasih pada kucing yang meningkat besar..mak dia dah mula menggatal@mengawan..nak buat adik si gigirl ni..kurang kasih sayang dia nih..maka aku bagilah kasih sayang aku pada dia..walaupun gigirl ni kucing adik aku..hahahaha..